Thursday, March 28, 2013

Terkini: Esok Pembubaran Dewan Rakyat?




Dewan Undangan Negeri Sembilan telah luput secara automatik. Bermakna buat kesekian kalinya sesebuah Dewan Undangan Negeri terbubar secara automatik. Selepas ini beberapa DUN akan mengikut giliran pembubaran secara automatik sekiranya tidak dibubarkan lebih awal dari tarikh matang.

Pembubaran Dewan Rakyat adalah yang sangat ditunggu-tunggu. Berdasarkan situasi semasa, esok hari Jumaat adalah hari paling sesuai untuk DS Najib mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat dan akan disusuli oleh DUN-DUN lain. 

Sebelum ini WT ada menyatakan bahawa 29 Mac 2013 adalah tarikh akhir yang paling sesuai untuk pembubaran! DISINI



PUTRAJAYA 28 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertemu beberapa pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri di pejabatnya di Kompleks Perdana Putra di sini, meningkatkan lagi bahang spekulasi Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir.

Perjumpaan itu dipercayai membincangkan senarai calon BN yang akan bertanding di setiap negeri dan persiapan mutakhir mereka.

Kelihatan memasuki perkarangan kompleks itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Sepang, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor juga dilihat hadir.

Turut sama ialah Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun, tiada seorang pun daripada mereka yang hadir sedia berhenti untuk ditemu bual petugas media yang berkumpul menunggu mereka di hadapan pejabat Perdana Menteri di sini seawal 9.30 pagi.

Demam PRU-13 semakin hangat apabila Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan terbubar secara automatik tengah malam tadi.

Esok, Perdana Menteri dijangka akan mengadakan perjumpaan dengan presiden parti-parti komponen BN.

BN terdiri daripada 13 parti komponen - UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, PRS, SPDP, PBS, PBRS, UPKO dan LDP.

Tempoh lima tahun mandat Dewan Rakyat akan berakhir 30 April dan akan terbubar secara automatik jika tidak dilakukan lebih awal. 



No comments: