Sunday, March 3, 2013

OPS SULU: Terkini dari PDRM...Kumpulan Kiram Terus Berdegil!


# WT sangat bersedih dengan gugurnya perwira negara. Perkara pokok buat masa ini ialah `menghapuskan saki baki kumpulan Kiram' dengan apa jua cara! Kemudian barulah kita yakni PDRM,ATM dan kerajaan melakukan pelbagai usaha dan perkara termasuk menyiasat dalang, memperkukuh kawalan keselamatan, meningkatkan kesiapsiagaan di Sabah khususnya dan mungkin perlu mengambil tindakan paling tidak popular dari segi politik!

Alfatihah untuk 7 perwira negara yang gugur demi negara...

Bangsat untuk pemimpin pembangkang yang terlibat secara langsung atau tidak memperlekeh keselamatan negara...


LAHAD DATU, SABAH , 3 Mac 2013 (Ahad) 5.00 petang

YDH Dato' Pahlawan Hj. Hamza Bin Taib , Pesuruhjaya Polis Sabah telah mengadakan sidang media berkenaan kedudukan terkini kes di Lahad Datu. Menurut YDH PJP Sabah keadaan keselamatan di Kampung Tanduo Lahad Datu, Semporna dan Kunak adalah dalam keadaan terkawal. YDH PJP Sabah menegaskan orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin yang tidak berasas tentang kejadian sekarang. Pengawal keselamatan iaitu pihak polis dengan kerjasama pihak angkatan tentera sedang mengenal pasti sebelum pihak keselamatan melakukan tindakan drastik kepada penceroboh yang masih tinggal di Kampung Tanduo walaupun kita telah mengedarkan risalah untuk mereka menyerah diri. 

Setakat ini, pihak polis telah menangkap 3 orang penceroboh yang cuba keluar daripada kawasan perairan Malaysia. Tambah YDH PJP Sabah lagi, keadaan di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna masih dalam keadaan terkawal, walaubagaimanapun pasukan keselamatan sedang berusaha merapati tempat persembunyian musuh. Manakala pada pagi tadi di Kampung Sinalang Lama, Semporna salah seorang daripada penjenayah yang terlibat dalam kejadian serang hendap di Kampung Sri Jaya Lama telah menyelinap dan menaiki pantai kampung tersebut dan penjenayah itu telah menjadikan orang kampung itu sebagai tebusan di mana penjenyah itu menggunakan selaras senjata M16 dan graned launcher di mana 20 orang pemuda yang dijadikan tebusan tersebut telah menyerang dan mengambil tindakan dengan memukul penjenayah tersebut sehingga mati.

YDH PJP Sabah juga menegaskan bahawa tiada pengistiharan perintah berkurung dikeluarkan terhadap mana-mana kawasan di daerah Lahad Datu dan orang ramai boleh menjalani rutin kehidupan mereka seperti biasa.

YDH PJP Sabah memberitahu bahawa usaha-usaha sedang dilakukan oleh pasukan keselamatan untuk mengeluarkan 5 orang polis yang terkorban dalam kejadian di Semporna pagi tadi.

No comments: