Thursday, June 26, 2008

DATUK ANIFAH: `PRESIDEN' PARTI BEBAS SABAH?

Warisan Tamar
26 Jun 2008

Fuhhh...Datuk Yong Teck Lee, makin galak mengaitkan orang lain dalam `perjuangan' beliau. Terbaru beliau `mengajak' dan menawarkan Datuk Anifah Aman, Ahli Parlimen Kimanis (BN-UMNO) supaya sama-sama `menubuhkan kumpulan Ahli Parlimen bebas' dan mencadangkan sekaligus menyokong Datuk Anifah mengetuai kumpulan tersebut...lebih kurang sama macam Presiden lah!!! Ini semua gara-gara kenyataan `ikhlas' Datuk Anifah berkenaan pasukan bertindak terhadap PATI di Sabah yang akan dilancarkan sepertimana diumumkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini. Dimana komen Datuk Anifah, task force tersebut hendaklah diketuai oleh YAB Ketua Menteri Sabah selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan hal-hal imigresen.

WT- Alamak Datuk Yong! Macam Datuk Ghaffur Salleh, Ahli Parlimen Kalabakan (BN-UMNO) bilang a.k.a kata `kenyataan keras dari ahli parlimen BN/UMNO tidak semestinya digambarkan atau diinterpretasikan sebagai satu isyarat untuk menjadi dan menyertai pembangkang serta keluar dari BN'.

Don't jump to the conclusion lah Datuk Y....

UPDATE: Seperti saya jangka, Datuk Anifah menolak cadangan Datuk Yong. Katanya, mungkin beliau berkongsi aspirasi yang sama dengan Datuk Yong dalam memperkatakan isu berkaitan `kepentingan' Sabah dan rakyat Sabah tapi beliau tidak berkongsi pendirian sama dalam isu undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

TAN SRI MUHYIDDIN - SAH BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN?

Warisan Tamar
26 Jun 2008

Telah diteka-tekikan bahawa TS Muhyiddin akan bertanding jawatan No.2 dalam UMNO sebelum ini. Kesempatan minum teh tarik dengan sahabat-sahabat dari Johor baru-baru ini, timbul semula cerita ini. Kata mereka `konpem' TS Muhyiddin bertanding jawatan No. 2 dalam UMNO. Kata orang inilah yang dikatakan cakap kedai kopi. Tapi berlaku juga dimana cerita kedai kopi begini sebenarnya `dirancang' dengan sengaja supaya sesuatu cerita bertebaran di seluruh pelusuk kedai kopi...hmmmm, empunya badan saat ini jika ditanya pasti akan memberikan jawapan standard - `Tiada komen buat masa ini, tunggulah apabila tiba masanya'.

WT- Terpulanglah untuk kita mempercayainya atau tidak. Tapi Datuk Seri Najib mau letak mana geng???

Dalam ramai-ramai calon Naib Presiden UMNO nanti, mungkin Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein akan menjadi calon terakhir mengumumkan beliau akan bertanding untuk jawatan tersebut.Yang terakhir, kadang kala boleh jadi yang paling `top'...Ingat! Jangan pandang tiada mata brader.....

MUTAKHIR: UMNO

Warisan Tamar
26 Jun 2008

Tan Sri Isa Samad, Naib Presiden UMNO yang digantung hak keahliannya selama 3 tahun telah `dibebaskan' dan dibenarkan bertanding dalam pemilihan UMNO Disember 2008. Beliau juga dipercayai telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan sama (Naib Presiden) dalam pemilihan akan datang.

Sdr Ezam Mohd Noor, bekas `orang kuat' PKR diterima masuk menjadi ahli UMNO tetapi tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan UMNO Disember nanti. Kata Ezam, beliau bersyukur kerana diterima dan tidak kisah tidak dibenarkan bertanding kerana beliau masuk UMNO bukan mengejar jawatan dalam kepimpinan UMNO.

WT- TS Isa melakukan perhitungan semula dengan sahabat-sahabatnya di dalam UMNO. Jangan pandang TS Isa tiada mata! Tapi TS Isa jangan lupa bayar yuran tahunan RM1...nanti `disqualified'.

Sdr Ezam- jika kepulangan ke UMNO ini dianggap penyesalan kerana bersama DS Anwar, maka buktikan segala-galanya! Jangan cakap ada berpuluh atau beratus kotak rahsia tapi akhirnya...habuk pun tarak! Buktikan sumpah atas nama Allah dan Nabi Muhamad s.a.w yang dilafazkan bukan mainan mulut tapi ingatlah kesannya jika sumpah itu diabaikan. Jangan makan sumpah! Selamat Berjuang bro.....

Saturday, June 21, 2008

BERAKHIRKAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL?

Oleh Warisan Tamar
21 Jun 2008

PADA 8 Jun 2008 yang lalu, genaplah 100 hari pemerintahan atau pentadbiran kerajaan selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 samada oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR). Sepertimana diketahui umum, BN berjaya mengekalkan tampuk kuasa pemerintahan diperingkat pusat dengan mendapat majoriti bukan 2/3 yang selama ini dinikmati dengan selesanya. Manakala PR (dahulunya Barisan Alternatif) selain menafikan majoriti 2/3 BN telah juga menawan empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan mengekalkan pemerintahan di Kelantan. Ini tidak mengambil kira kemenangan besar PR di Lembah Kelang / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Senario politik Malaysia jelas mengalami perubahan yang agak drastik apabila berlakunya `rampasan’ kuasa daripada BN dinegeri-negeri tertentu. Meskipun BN berjaya mengekalkan pemerintahan peringkat pusat atau Putrajaya tetapi parti komponennya terutamanya yang berpusat di Semenanjung Malaysia bergelut dengan pelbagai krisis yang dikaitkan dengan `kelemahan’ kepimpinan parti. UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP menerima tamparan yang cukup hebat selepas PRU12. PR yang dianggap `underdog’ semasa PRU12 kini semakin galak untuk mematah dan menumpulkan taring BN.

Dalam pada BN tercari-cari formula ampuh untuk memulihkan kejutan yang diluahkan oleh pengundi pada PRU12, PR semakin mengukuhkan semangat dan mempertajamkan usaha untuk melakukan `rampasan paling dahsyat’ sebelum PRU13. BN dan PR masing-masing dengan keyakinan untuk mengekalkan dan mengambilalih `kuasa’ di Putrajaya. Apa pentingnya kuasa Putrajaya kepada BN dan PR? Mengapa tidak menanam hasrat menggunung untuk menawan negeri-negeri yang terlepas mahupun gagal dikuasai? Mengapa hanya hipotesis bahawa Parlimen sahaja akan berubah pola dihuru harakan? Dan mengapa tidak di kecohkan DUN-DUN seperti Perak, Terengganu, Sabah atau Kelantan yang akan berubah kedudukan pemerintahan?

Jika diberi pilihan sekalipun kepada kedua-duanya (BN dan PR) untuk memilih samada kuasa di negeri atau di Putrajaya, sudah tentu pilihan utama adalah PUTRAJAYA. Secara ringkasnya, Putrajaya teramat penting untuk dimiliki jika mahu mempunyai kuasa `mutlak’ pemerintahan negara kerana banyak kuasa di Putrajaya yang tiada di negeri-negeri. Tiada ummppphh kata orang kalaupun menang semua negeri tapi tewas di peringkat pusat.

Saya lebih berminat untuk berbicara tentang kemampuan BN untuk mengekalkan kuasa peringkat Pusat dan menerajui kepimpinan negara yang berpusat di Putrajaya. Apakah ancaman rampasan kuasa melalui lompatan emas wakil rakyat BN ke PR akan menjadi kenyataan sekaligus menamatkan kekuasaan BN menerajui tampuk pemerintahan negara semenjak merdeka lagi?


KEPIMPINAN DAN RAKYAT
Kekalahan BN pada PRU12 disebabkan oleh kelemahan pemimpin yang ada dan rakyat sudak muak dengan muka pemimpin yang sama serta tiada inovasi yang diharapkan oleh rakyat. Demikian kesimpulan umum yang boleh dibuat terhadap kritikan, cemuhan dan pendapat rakyat akar umbi negara terhadap BN. Pada saya bukan setakat UMNO diserang sakit jantung malah semua parti komponen BN yang berpusat di Semenanjung Malaysia juga menerima nasib serupa.

Oleh kerana pemimpin UMNO merupakan tulang belakang kepada kepimpinan negara maka kritikan dan desakan sebenarnya jelas lebih menyasarkan kepada mereka. Paling menyesakkan dada ialah desakan agar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah (DS Abdullah) agar meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri dilontarkan tidak henti-henti sejak dari saat kekalahan BN/UMNO Mac lalu. Hinggakan sampai ke tahap biarlah siapa pun jadi PM asalkan bukan DS Abdullah. DS Abdullah dianggap `penyebab’ utama kepada kekalahan BN dan longlainya sokongan rakyat terhadap BN khususnya BN.

Namun, DS Abdullah `cekap’ bermain bunga silat dan pandai berdalih serta memberi alasan untuk kekal di kerusi empuk Perdana Menteri di Putrajaya. Alasan yang paling saya ingati adalah apabila beliau merasakan bahawa kemenangan selesa BN dan hanya kurang 8 kerusi untuk mendapat majoriti 2/3 maka ia bukanlah masalah besar atau penting sehingga perlu untuk terhegeh-hegeh melakukan peralihan kuasa serta mengundurkan diri. Kemudian timbullah beberapa titik hitam dan rentetan negatif yang kelihatan berterusan. DS Abdullah terus bersikap `Aiman tak kisah!’ dan `serba tak tahu’.

Adakah mesej akar umbi dan sentimen yang dimainkan dengan agak jayanya oleh PR tidak mengusik jiwa DS Abdullah bahawa kelemahan kepimpinan BN yang beliau terajui adalah antara faktor utama kekalahan BN? Atau beliau ada perancangan tersendiri yang tidak terfikir oleh pihak lain?

Kegagalan memahami perasaan dan kehendak rakyat tidak boleh dianggap sebagai perkara remeh semata-mata. Apa yang ada di dalam tangan BN kini bukanlah sesuatu yang amat kuat untuk dipegang. Kalau pemimpin BN di Sabah yang tidak berhadapan masalah sokongan rakyat @ pengundi semasa PRU12 mula berkata bahawa daripada tinggal di dalam rumah banglo tapi duduk di dalam tandas, lebih baik berpindah ke rumah teres walaupun kecil tapi sendiri rasa selesa (tidaklah terasa tidur dalam tandas).

Apakah mesej yang diterima oleh kepimpinan BN terutamanya yang tinggal di dalam rumah banglo tapi mempunyai bilik yang besar, sofa empuk dan makanan yang enak? Kegagalan memahami dan mentafsirkan apa yang tersirat, akan membawa posibiliti yang tinggi kepada selesainya perjuangan pemimpin BN dalam menerajui tampuk pemerintahan pusat.

HUBUNGAN ANTARA PARTI KOMPONEN
Ayat lumrah dituturkan adalah parti komponen BN bersatu hati menyokong kepimpinan DS Abdullah sebagai teraju utama BN dan PM. Adakah ia ikhlas dan benar-benar mewakili perasaan serta kehendak rakyat atau ahli parti komponen berkenaan?

Benar soal keikhlasan adalah sesuatu yang subjektif kerana banyak putarbelitnya jika ia dipersoalkan. Namun yang jelas keikhlasan tersebut hadir kerana telah `dimaktubkan’ bahawa jika tidak ikhlas bererti tidak menyokong kepimpinan. Jika tidak menyokong maknanya tidak berkenan dengan kepimpinan. Lalu lebih jauh lagi adalah bererti parti komponen itu harus mengisytiharkan keluar dari BN. Rakyat beranggapan BN adalah sebuah parti `kumpulan pak angguk’ walaupun pada hakikatnya tidak mungkin sedemikian.

Mutakhir ini, parti komponen BN sudah mula bersuara di sana sini. Pelbagai pandangan, kiasan dan sebagainya dilontarkan khusus kepada kepimpinan BN. Antaranya beberapa parti komponen menyatakan pandangan bahawa sudah tiba masanya sistem satu parti BN diwujudkan. Bererti tiada lagi UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PBS dan lain-lain. Hanya ada parti tunggal BN. BN akan dikenali sebagai sebuah parti berbilang kaum dan bukan berasaskan perkauman. Tidak hairanlah ada parti selain UMNO mula mengorak langkah untuk membuka keahlian kepada bukan Cina. Rasanya UMNO telah berbuat demikian, samada sedar atau tidak UMNO juga disertai oleh ahli bukan Melayu iaitu bumiputera Islam dan bukan Islam dari Sabah. Apakah ia akan direalisasikan ke arah `melahirkan’ parti tunggal BN yang berbilang kaum, bangsa dan agama?

Hubungan antara parti komponen BN tidaklah retak tetapi sedang mengalami gegaran. Ia mungkin tidak sekuat mana tapi ia harus dihalusi jika tidak mahu ia menyebabkan keretakan serius dalam BN. Masing-masing kelihatan cuba keluar dari kepompong `pak angguk’ seperti didakwa ramai pihak dan juga kelihatan cuba `mendekati’ kehendak rakyat dan ahli parti masing-masing.

PARTI KOMPONEN BN DI BORNEO
Sabah dan Sarawak merupakan negeri-negeri dimana komponen BN menyumbang kepada kekalnya BN sebagai pemerintah di Putrajaya. Dengan modal tersebut, tidak hairanlah lahirnya suara-suara lantang dikalangan ahli Parlimen BN dari Sabah khususnya untuk menuntut `peruntukan’ yang lebih besar dan menarik dari Putrajaya. BN diperingkat pusat telah melakukan apa yang harus dilakukan walaupun ia dilihat oleh ramai pihak masih sedikit berbanding banyaknya `keperluan’ yang dituntut.

Pimpinan PR juga menyedari betapa `pentingnya’ kedua-dua negeri tersebut diberikan perhatian. Berbanding PR, BN sebenarnya telah melakukan atau memberi perhatian yang lebih kepada Sabah dan Sarawak. Suasana PRU12 di kedua-dua negeri tidak `sepanas’ di Semenanjung Malaysia bilamana serangan bertubi-tubi yang dilancarkan oleh PR terhadap BN.

Apabila ahli parlimen dari Sabah mula mengeluarkan taring, melemparkan tuntutan, ia ternyata menggamit pimpinan BN untuk lebih kerap turun ke Kota Kinabalu dan Kuching. Malah PR juga mula mengorak langkah lebih agresif. Sudah tentu, PR dengan `janji-janji manis’ mereka cuba memancing ikan-ikan yang `kelaparan’. Setakat ini, berdasarkan realiti semasa hanya SAPP yang condong untuk `memakan’ umpan PR. Yang lain, masih berselindung disebalik batu. PR pula amat yakin bahawa umpan mereka akan dimakan oleh ikan-ikan `emas’ dari Sabah dan Sarawak. Sejauh mana kebenaran dakwaan DS Anwar, bagi saya ia ada benarnya! Dalam politik segalanya berkemungkinan. Namun PR janganlah terlalu `over confident’. Silap haribulan, ikan-ikan emas PR di Semenanjung yang beralih arah!!!

Justeru, parti komponen BN di Sabah dan Sarawak amat besar maknanya kepada kekuatan BN pada saat ini (sekurang-kurangnya sehingga PRU13 akan datang). Menghamburkan janji dalam bentuk RM berbillion-billion nilainya bukanlah penyelesaian total kepada apa yang disuarakan oleh pemimpin dari Sabah dan Sarawak. Orang Sabah sebenarnya `rindu’ dengan kehadiran pemimpin dari Putrajaya. Semasa membawa UMNO ke Sabah, rasanya begitu ramai pemimpin UMNO malah komponen BN yang lain (di Semenanjung) berkampung dan berkelana di pelusuk kampong daif di negeri Sabah. Itu dulu!!!

ISU SEMASA
Kerajaan BN akhir-akhir ini memang dihimpit dengan pelbagai masalah. Ia `musibah’ yang datang dari dalam dan luar. Isu-isu besar yang mengusik hati rakyat seperti kenaikan harga minyak, isu kehakiman dan lain-lain perlu dikategorikan isu besar yang perlu ditangani oleh BN secara berhemah dan telus.

Isu harga minyak bukan mudah untuk dirungkaikan. Pemimpin BN harus mengemblengkan tenaga dan usaha untuk turun ke akar umbi bagi menjelaskan segala kemelut yang terhasil daripada tindakan paling tidak popular kerajaan BN iaitu menaikkan harga minyak. Menaikkan harga minyak juga telah menaikkan pelbagai barang dan perkhidmatan yang akhirnya tidak memuaskan hati rakyat.

BN sebenarnya masih kurang efektif dalam menyalurkan maklumat disebalik kenaikan harga minyak. Maksudnya, selain menteri dan pemimpin atasan, berapa keratkah pemimpin pertengahan atau akar umbi dikalangan parti komponen BN yang bergerak, berceramah dan sebagainya untuk menerangkan secara lebih effisien cerita disebalik kenaikan harga minyak. Sebab itulah, rakyat termasuk ahli-ahli parti komponen BN sendiri pun tidak bersetuju dan tidak berpuashati.

BN gagal mengerakkan tenaga dan melakar strategi yang ampuh untuk menangani isu-isu semasa. Kalau ahli parti sendiri pun tidak percaya dengan penjelasan pimpinan BN, bagaimana dengan ahli parti lawan dan rakyat akar umbi?

Apakah kegagalan ini juga disebabkan kelemahan kepimpinan BN sedia ada? Ini kerana itulah yang diluahkan oleh rakyat akar umbi malah ahli parti di bawah BN.

STRATEGI PR DAN KELICIKAN ANWAR IBRAHIM
Sekiranya telah tertulis disebalik yang tersirat bahawa BN kecundang akhirnya, daripada banyak faktor, strategi politik dan kelicikan DS Anwar juga memainkan peranan penting. Saya rasa pemimpin BN tidak lagi boleh memandang rendah kemampuan PR dan DS Anwar melakukan sesuatu yang dianggap mustahil oleh BN iaitu `merampas’ tampuk pemerintahan yang sebelumnya didominasi oleh BN.

Ada suara-suara `misteri’ mengatakan PR khususnya DS Anwar mendapat `green lane’ daripada pimpinan BN sendiri dalam melancarkan serangan terhadap BN. Kemudian dikatakan bahawa pimpinan BN juga berpecah dalam bersatu. Pemimpin peringkat atasan BN harus tunduk ke bawah bukan mendongak ke langit. Kalau setakat mendengar `akujanji’ antara pemimpin bahawa taat setia tidak terbelah dan terbahagi diberikan kepada DS Abdullah, saya rasa DS Anwar pun tersengih. Sebab itu perkara biasa dalam politik.

Kelicikan DS Anwar juga dilihat sukar dikawal dengan `kelembutan’ BN itu sendiri serta ketiadaan pelan dan strategi bertahan dan menyerang yang baik yang mampu diterjemahkan oleh BN. BN sendiri bergolak di dalam `tenang’ pada saat semua parti komponen BN kononnya `bersatu hati’ untuk DS Abdullah. Sebab itu juga DS Anwar semakin galak dengan tarikh-tarikh keramat beliau. Beliau sudah jadi macam nujum pak belalang apabila sentiasa menguar-uarkan `kejutan’ yang bakal berlaku. Terkini, katanya tunggu 16 September 2008!!!

Cuma saya tertanya sejak DS Anwar dibenarkan aktif berpolitik dalam sebulan dua ini, tidak pula saya mendengar atau melihat `keahlian’ beliau dalam PKR. Atau saya terlepas pandang? Atau memang sengaja tidak menjadi ahli PKR? Atau kelak masuk UMNO semula dengan alasan serupa dengan Ezam – saya tidak keluar UMNO tapi dipecat! DS Anwar kini semakin licik berbanding ketika berada di dalam gengaman Tun Mahathir.

AKHIRNYA….
Berdasarkan situasi semasa, BN memang sedang melalui onak duri yang menyakitkan. Serangan dan musibah datang dari setiap pelusuk penjuru. BN seperti kata seorang sahabat – BN sudah tidak dijiwai oleh ahli-ahlinya lagi. Pengerusi BN acap kali didengarkan dengan suara `keras’ dan didatangi mimpi `ngeri’ yang lantang memintanya turun dari tampuk kuasa. Ia menjadi satu fenomena abnormal dinegara kita bila seorang ketua sebuah parti yang besar, yang hanya 8 kerusi sahaja lagi untuk mencapai majoriti 2/3 di Parlimen tetapi didesak tidak sudah-sudah agar meletakkan jawatan. Kestabilan dan keselamatan negara haruslah dipertahankan bukan oleh orang lain tapi oleh kerajaan BN sebagai penguasa dan pemerintah negara kita yang tercinta.

BN harus ada pelan strategik yang lebih efektif dalam menyediakan pertahanan dan menyerang apabila sesuai. Kadangkala, pihak yang menyerang sentiasa lupa memperkemaskan benteng pertahanan mereka atau mereka leka dengan bayang-bayang `kemenangan’ yang diuar-uarkan oleh ketua mereka. Pada saat itulah waktu dan masa paling sesuai untuk BN melakukan serangan balas. Jika tidak lebih baik menyerah diri saja lah – habis cerita!

Apapun, saya meyakini bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus memegang tampuk pemerintahan negara. BN akan terus berkuasa dan menduduki Putrajaya. Hanya ada satu sebab sahaja jika sejarah ingin dicatatkan, fenomena abnormal direalisasikan dimana BN kecundang, perjuangan selesai dan berundur dari Putrajaya iaitu rebahnya BN adalah kerana perbuatan ahli-ahli BN sendiri termasuk pemimpin-pemimpinnya dan ia bukan disebabkan oleh kekuatan Pakatan Rakyat mahupun disebabkan oleh `kehebatan’ DS Anwar!

Friday, June 20, 2008

LAPOR JIKA SEKOLAH PERLU NAIK TARAF

BH Online
20 Jun 2008


ALOR STAR:
Kerajaan negeri perlu melaporkan kepada Kementerian Pelajaran sekiranya terdapat sekolah yang perlu dinaik taraf di negeri masing-masing, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata kementerian tidak keberatan untuk menerima apa-apa laporan berkaitan hal tersebut kerana keselamatan dan keselesaan di sekolah amat penting.

“Kita mempunyai Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah (3K) yang bertanggungjawab untuk menguruskan perkara seperti ini.

“Keselamatan pelajar serta warga pendidik di sekolah menjadi keutamaan dan kita perlu bendung apa juga bencana dari awal,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebakaran yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Suka Menanti di sini, awal pagi semalam, yang difahamkan berusia lebih 20 tahun dan perlu dinaik taraf.

“Kerajaan negeri perlu bertanggungjawab dan bekerjasama untuk melaporkan segala yang berlaku kerana terdapat kira-kira 10,000 sekolah di seluruh negara di bawah seliaan kementerian,” katanya.

Mengenai sekolah di negeri pembangkang, Hishammuddin berkata mereka juga perlu prihatin dan melaporkan kepada kementerian sekiranya ada sebarang masalah.

WT- Kerajaan negeri terutamanya Sabah harus merebut peluang ini untuk menaik taraf majoriti sekolah-sekolah di Sabah yang semakin usang dan perlu `diceriakan'. YB-YB jangan asyik berpolitik tapi masalah sekolah tidak dipedulikan.

8 PERISYTIHARAN UNTUK RAKYAT SABAH

BERNAMA
20 Jun 2008

KOTA KINABALU:
Majlis Tertinggi SAPP yang mengadakan mesyuarat tergempar, hari ini menggariskan lapan 'perisytiharan penduduk Sabah' bagi membawa perubahan dalam negara ke arah mewujudkan satu kerajaan beramanah dan satu masyarakat yang adil, harmoni dan progresif.

Lapan perisytiharan itu ialah :

* Kerajaan berasaskan kepada tadbir urus yang baik, masyarakat madani dan politik bukan perkauman.

* Sabah harus mempunyai autonomi politik, yang kerajaannya dibentuk dan diuruskan oleh penduduk Sabah.

* Sabah dan negeri lain yang mengeluarkan minyak berhak mendapat 20 peratus royalti petroleum.
* Wilayah Persekutuan Labuan dikembalikan kepada Sabah dan diuruskan sebagai satu wilayah khas.

* Undang-undang pusat yang tidak adil kepada Sabah, dan jabatan persekutuan yang tidak membawa manfaat kepada negeri itu, dikaji semula.

* Sabah diberikan penyertaan adil dan saksama dalam pentadbiran persekutuan, perkhidmatan awam dan sektor swasta, dan jabatan persekutuan di Sabah, sebolehnya diketuai rakyat tempatan.

* Kerajaan pusat dan kerajaan negeri menyediakan sumber, kesungguhan dan kepimpinan dalam menyelesaikan masalah kehadiran pendatang tanpa izin dengan cara yang tegas tetapi berperikemanusiaan, dengan tumpuan kepada konsep serantau dan perkongsian bijak.

* Kerajaan pusat dan kerajaan negeri bekerjasama membetulkan ketidakseimbangan dalam struktur ekonomi dan sosial melibatkan Sabah dan negeri lain.

WT: Seperti kata Yong Teck Lee, `within this 48 hours is very crucial time for him and SAPP'. Bak kata orang `berani buat berani tanggung brader!!!

# Dalam pada itu, Majlis Tertinggi SAPP memutuskan menerima keputusan untuk undi tidak percaya kepada PM. Bermakna ia sudah menjadi keputusan rasmi SAPP. Berhubung soal kedudukan di dalam BN, SAPP menyerahkan kepada pimpinan BN untuk menentukannya.

# BPR juga memberitahu bahawa siasatan terhadap komisen RM5 juta yang dikaitkan dengan Datuk Yong Teck Lee semasa soal jawab mahkamah dalam kes rasuah Tan Sri Kasitah Gaddam akan disiasat.

YONG TECK LEE : YOU ARE ALONE!!!

NST Online
June 20, 2008

WHAT a moment that must have been for Sabah Progressive Party president Datuk Seri Yong Teck Lee. What a way to make history - as the first Barisan Nasional component party to call for the ouster of an incumbent coalition chairman and sitting prime minister. In the past, if and when any BN component lost faith in the coalition to such an extent as to be at odds with the government, it would simply pack up and leave.

No one knows this better than Yong, who was with Parti Bersatu Sabah when it pulled out of the BN just weeks before the 1990 general election, and who then pulled out of PBS four years later to help bring down the state administration and ensconce his own SAPP within the BN, the better to have his two-year turn as Sabah chief minister.

Well, there he goes again. If "politics is the art of the possible", it can be frankly amazing just what heights of brazen conceit are possible in the Malaysian version of the art. Yong chose his moment to coincide with the BN's lowest ebb, with the coalition still painfully convalescing nearly four months since its mauling in the March general election.

At a time when the BN's components are striving to reconsolidate themselves as parties and partners-in-government, the SAPP under Yong shakes the table. The blatant cynicism of this act devalues Yong's righteous "justifications" - Sabah's illegal immigrant problem, share of resource revenues and relationship with the peninsular centre.

These are real and pressing issues, and they are receiving real and urgent attention by the present state and federal administrations, as witness the billions of ringgit in development pledged to Sabah in just the past month. Yong's gambit does nothing to help these causes, and indeed does them unwarranted harm.

However, this shabby attempt to lob a bombshell into the BN is unlikely to have much effect. Yong's initiative hasn't raised much applause among the constituents of the Pakatan Rakyat, other than Datuk Seri Anwar Ibrahim's prompt claim of credit. Anwar's overture only casts further into disrepute Yong's bid to mask his motives as pious concern for Sabah and its peoples.

Most importantly, many of Yong's SAPP colleagues are repudiating his action, drawing a clear distinction between the party and its president. If saner heads prevail, the party itself may not have to quit the BN. That cannot be said for Yong Teck Lee. He must surely go.

Wednesday, June 18, 2008

KERAP BACA BLOG TIDAK SEMESTINYA UNDI PEMBANGKANG

Bernama Online
17 Jun 2008

KUALA LUMPUR: Laman web dan blog di internet hanya media pilihan keempat pengundi sebagai sumber maklumat pada pilihan raya 2008 selepas televisyen, akhbar dan ceramah politik.

Dapatan daripada kajian bertajuk "Peranan dan Pengaruh Internet dan Kewartawanan Blogger Terhadap Pengundi Semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008" turut menunjukkan meskipun 80 peratus responden tahu mengenai blog, ia lebih digemari dan diterima oleh golongan kelas pertengahan dan bawah.

Kajian yang dilakukan oleh Prof. Madya Dr. Baharuddin Aziz, Dr. Rahmat Ghazali dan Dr. Abd Rasid Abd Rahman dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM itu turut mendapati tiada data kukuh yang dapat menjuruskan bahawa kekerapan melayari blog menentukan kecenderungan mengundi pembangkang.

"Setelah dibuat silang perbandingan, kami mendapati tiada bukti statistik yang kukuh yang dapat menyokong bahawa kandungan internet telah mempengaruhi pengundi untuk mengundi pembangkang.

"Ramai responden yang hanya memilih televisyen dan akhbar arus perdana sebagai sumber maklumat turut memilih pembangkang begitu juga pembaca blog yang mengundi parti pemerintah," kata Dr. Baharuddin.
Kajian sebulan itu turut mendapati banner, poster, bendera dan risalah telah memainkan peranan dan pengaruh yang berkesan terhadap pengundi memilih pembangkang.

Klip video V.K Lingam pencetus utama
Kajian yang dilakukan ke atas 1,100 pengundi dari empat zon iaitu zon utara (28 peratus), Selatan (22 peratus), Pantai Timur (19 peratus) dan Tengah (31 peratus) ini menggunakan kaedah persampelan kelompok berlapis.

Ia mendapati isu dan komen yang timbul dalam blog mulai September 2007 telah mampu membentuk dan mengacuankan minda pengundi kepada pembangkang.

"Isu yang dibangkitkan blogger mulai September 2007, bermula dengan kes klip video V.K Lingam yang memaparkan perbualan antara peguam terkemuka dengan seorang yang dikatakan Hakim Kanan mengenai urusan pelantikan hakim adalah titik perubahan yang menyebabkan pengundi menjauhi parti pemerintah dan mula cenderung kepada pembangkang," kata Dr. Baharuddin.

Internet dan blog telah muncul sebagai jendela kepada kelainan iaitu wadah kepada kandungan yang berbeza daripada apa yang disajikan oleh media arus perdana, katanya.

Pembaca memilih blog kerana mereka inginkan kelainan serta mengukuhkan persepsi mereka. Tiga puluh lapan peratus responden berpuas hati membaca blog kerana isu yang dikupas berbeza dengan media aliran perdana.

"Bila menteri dan ahli politik turut sama dalam fenomena ini bererti mereka mengakui pengaruh blog dan kewartawanan online, justeru mendedahkan pembaca dengan pandangan yang seimbang.

"Pihak berkuasa tidak perlu over react. Tambahan pula, kebanyakan penulisan yang diterbitkan dalam blog tidak perlu dilihat dengan begitu serius tetapi komen yang diberikan perlu dilihat sebagai maklum balas yang positif," kata Dr. Baharuddin.

Hampir separuh responden baca blog di pejabat
Kerja lapangan untuk kajian dijalankan pada hari pembuangan undi dengan taburan responden sebanyak 57 peratus lelaki dan 43 peratus wanita. Enam puluh enam peratus responden berusia bawah 40 tahun.

Antara dapatan menarik ialah blog adalah corak yang memusat kepada kawasan bandar dan berpengaruh kepada golongan muda berusia bawah 35 tahun serta hampir separuh responden iaitu 41.3 peratus melayari blog di pejabat dan 31.7 peratus di rumah.

Empat puluh empat peratus menjawab mereka melayari laman blog sebanyak dua atau tiga kali sehari dan 33 peratus responden langsung tidak pernah melayari laman blog.

Apabila ditanya adakah isu yang diketengahkan blog mempengaruhi pemilihan calon, 55.2 peratus responden menjawab "ya" dan 41.8 peratus "tidak".

Antara isu dalam laman blog yang menjadi pilihan responden ialah kenaikan harga petrol dan barang keperluan, video klip V.K Lingam, isu badan kehakiman, isu Bersih dan rasuah.

Manakala taburan peratusan parti yang diundi oleh responden ialah 48.6 peratus mengundi pembangkang dan 41.1 peratus responden mengundi Barisan Nasional.

Hampir 36 peratus pembaca blog percaya sikit-sikit kepada kandungan laman blog, 16.4 peratus percaya hampir semua, 2.8 peratus percaya semua dan 4.9 peratus tidak percaya langsung.

Antara laman blog dan web yang menjadi pilihan responden ialah Malaysiakini.com, Suara Keadilan, Suruhanjaya Pilihan raya, Harakah Online, Berita Harian online, Youtube, Utusan Malaysia online, Malaysia Today, The Star online dan agensiagensi berita.

Cabaran pilihan raya akan datang
Ketika ditanya cabaran pilihan raya akan datang, Dr. Baharuddin berkata perangsaraf media digital dan kecederungan golongan muda perlu diberi perhatian serius, apatah lagi dengan 1.8 juta pengundi baru layak mengundi pada tahun 2012/2013. TV Mudah alih (Mobile TV) dan rangkaian telefon bimbit akan turut memainkan peranan besar.

"Kita tidak dapat menidakkan jurang digital masih lagi wujud di negara kita namun pengaruh media baru tidak dapat kita sanggah. Semasa pilihan raya kecil di Ijok (Selangor) dan Machap (Melaka), bloggers sudah ada, tetapi kenapa impaknya tidak begitu kelihatan tetapi keadaan sebaliknya pula berlaku ketika pilihan raya 2008", katanya.

Parti pemerintah kali ini dikejutkan ketika pilihan raya kerana terdapat pelbagai isu yang ditangani dengan lemah.

"Contohnya, pada 13 Februari lepas bukan sahaja berita mengenai pembubaran parlimen malah pada hari yang sama juga muka surat depan kebanyakan akhbar memaparkan berita mengenai krisis badan kehakiman," katanya.

Pengurusan isu sangat penting kerana pendekatan yang lemah inilah yang membuatkan pengundi bercelaru dan beralih kepada blog untuk penjelasan lanjut.

Dan memetik katakata salah seorang pembentang kajian ini, Dr Rahmat Ghazali, yang menekankan apabila terdapat terlalu banyak blog yang mendorong sifat anarki tidak mustahil jika kita melahirkan masyarakat yang anarkis. Fikirkan !.
WT - Sama-sama kita fikirkan!!!


SAPP's VOTE OF NO CONFIDENCE AGAINST PRIME MINISTER (PM)

STAROnline
June 18, 2008 (Wednesday)


KOTA KINABALU: The Sabah Progressive Party (SAPP) has lost confidence in Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, it said at a press conference here Wednesday.

In the coming sitting of the Parliament session on Monday, its two Members of Parliament will support a vote of no confidence against the Prime Minister, the party said.

Whether its MPs table the vote of no confidence, or whether other MPs will do it, would be determined in due course, it said in a statement.

SAPP’s two MPs are Datuk Eric Enchin Majimbun (P171 Sepanggar) and Datuk Dr Chua Soon Bui (P190 Tawau).
The party also has four state representatives.

The statement was read out by Dr Chua and signed by Majimbun, who was overseas on official duties. He will be back for the Parliament sitting next Monday, June 23.

The statement listed four areas of dissatisfaction with Abdullah's premiership:

1) That no concrete action had been taken on the issue of illegal immigrants, despite repeated requests by SAPP and other Barisan component parties;

2) That the government had offered no holistic economic solutions to cushion the blow of the sudden hike in fuel prices, which had greatly burdened the people and threatened further hardcore poverty;

3) That not enough attention had been paid to issues raised by the people of Sabah -- poor delivery systems, corruption, wastage, lack of transparency and accountability -- and that SAPP would have failed in its duty as elected representatives if these issues continued to be ignored; and

4) That the people have lost confidence in Abdullah, and that if he can't perform, he should step aside and make way for another leader to take over.

Talk had been rife Wednesday morning that SAPP was going to abandon the Barisan Nasional coalition and defect to the Pakatan Rakyat alliance.

The party is running a poll on its blog, asking members of the public whether it should stay on in Barisan, leave the coalition but remain independent, or join Pakatan.

At press time, there were 2,828 votes tallied, with 85% (2,411 votes) asking SAPP to join Pakatan. Only 2% (80 votes) urged it to stay on with Barisan, while the remainder suggested it quit Barisan but remained unaligned.

WT - PM said that he unaware of Sabah MPs forming own bloc. He said, he had not been told about the speculation. Donno or just make donno? I think PM should asks his dozen of advisers to work harder so that he won't missed any coming political move either planned or unplanned. Difficult lah if everything `serba tak tahu'. Sometimes what people talk at coffee house is actually a true story and the gossip become reality. BN should take appropriate action against SAPP for `breaching' the spirit of BN according to some BN components leaders.

Sunday, June 15, 2008

Salam Transformasi!

Oleh Warisan Tamar
15 Jun 2008

Saudara/i pembaca yang saya hormati,

SAYA menyedari dalam tempoh lebih kurang dua tiga minggu kebelakangan ini, blog saya menerima kunjungan yang memberangsangkan. Memberangsangkan dari kaca mata saya sebab saya hanyalah blogger kecil jika dibandingkan nama-nama besar seperti chedet.com, drkhir.com, kudakepang, Sdr KJ dan lain-lain. (menerima kunjungan lebih 2 ribu pembaca bagi blogger sekerdil saya adalah sesuatu yang mahal nilainya!). Namun terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung saya dan pembaca tulisan mahupun koleksi tulisan yang diambil dari blogger lain. Semoga ia akan menjadi pendorong kepada saya untuk terus berkongsi pandangan dan pendapat bersama saudara/saudari semua.

Beberapa tulisan saya juga telah dibenar muat oleh moderator atau administrator blog dimana mereka telah memaparkan tulisan saya untuk dikongsi bersama pembaca mereka. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka seperti agendadaily, MalaysiaToday dan sebagainya. Malah saya juga menyedari secara tidak langsung (selepas dimaklumkan oleh sahabat saya @ pembaca tulisan saya) bahawa terdapat beberapa blogger lain juga mengambil (cut & paste) tulisan saya untuk dipaparkan di dalam blog mereka. Terbaru dimana penulis di mykmu.net merujuk kepada artikel import saya (saya mengesahkan ia tulisan yang diimport daripada laman web Sdr KJ!)

Saya tidak ada masalah untuk tindakan tersebut buat masa ini. Saya mengalu-alukan kepada mana-mana rakan blogger atau penulis yang ingin mengongsikan info yang ada di dalam blog saya atau pun tulisan saya untuk dipaparkan di blog masing-masing. Cuma lagi usahlah ia dimodifikasikan hingga menjejaskan maksud dan tulisan saya tersebut.

Saya juga mengalu-alukan para pembaca mahupun sahabat bloggers yang lain yang ada menghantar email kepada saya untuk berkongsi pendapat. Saya menghormati pilihan sebahagian mereka kerana mereka merasakan lebih baik memilih berkongsi pendapat melalui email daripada melemparkan kata di ruang komen seperti kebiasaannya. Namun begitu juga ada 2 atau 3 komen yang sempat ditulis oleh pembaca saya. Dengan kata lain semuanya amat saya hargai dalam proses kita mencambah maklumat dan berkongsi pendapat. Dan soal positif atau negative ia adalah hak masing-masing, sekurang-kurangnya kita mendengar dari semua sudut pandangan dan tidak terkongkong kepada sesuatu yang dikatakan `pak angguk @ pak turut’ sahaja.

Akhir kalam, semoga kita berterusan menjadikan blog sebagai salah satu mekanisme media yang berguna. Jadikan ia satu platform untuk mengutarakan pendapat dan pandangan yang mampu mengangkasa pemikiran kita bersama dalam meniti arus transformasi.

Salam Transformasi!