Friday, June 20, 2008

8 PERISYTIHARAN UNTUK RAKYAT SABAH

BERNAMA
20 Jun 2008

KOTA KINABALU:
Majlis Tertinggi SAPP yang mengadakan mesyuarat tergempar, hari ini menggariskan lapan 'perisytiharan penduduk Sabah' bagi membawa perubahan dalam negara ke arah mewujudkan satu kerajaan beramanah dan satu masyarakat yang adil, harmoni dan progresif.

Lapan perisytiharan itu ialah :

* Kerajaan berasaskan kepada tadbir urus yang baik, masyarakat madani dan politik bukan perkauman.

* Sabah harus mempunyai autonomi politik, yang kerajaannya dibentuk dan diuruskan oleh penduduk Sabah.

* Sabah dan negeri lain yang mengeluarkan minyak berhak mendapat 20 peratus royalti petroleum.
* Wilayah Persekutuan Labuan dikembalikan kepada Sabah dan diuruskan sebagai satu wilayah khas.

* Undang-undang pusat yang tidak adil kepada Sabah, dan jabatan persekutuan yang tidak membawa manfaat kepada negeri itu, dikaji semula.

* Sabah diberikan penyertaan adil dan saksama dalam pentadbiran persekutuan, perkhidmatan awam dan sektor swasta, dan jabatan persekutuan di Sabah, sebolehnya diketuai rakyat tempatan.

* Kerajaan pusat dan kerajaan negeri menyediakan sumber, kesungguhan dan kepimpinan dalam menyelesaikan masalah kehadiran pendatang tanpa izin dengan cara yang tegas tetapi berperikemanusiaan, dengan tumpuan kepada konsep serantau dan perkongsian bijak.

* Kerajaan pusat dan kerajaan negeri bekerjasama membetulkan ketidakseimbangan dalam struktur ekonomi dan sosial melibatkan Sabah dan negeri lain.

WT: Seperti kata Yong Teck Lee, `within this 48 hours is very crucial time for him and SAPP'. Bak kata orang `berani buat berani tanggung brader!!!

# Dalam pada itu, Majlis Tertinggi SAPP memutuskan menerima keputusan untuk undi tidak percaya kepada PM. Bermakna ia sudah menjadi keputusan rasmi SAPP. Berhubung soal kedudukan di dalam BN, SAPP menyerahkan kepada pimpinan BN untuk menentukannya.

# BPR juga memberitahu bahawa siasatan terhadap komisen RM5 juta yang dikaitkan dengan Datuk Yong Teck Lee semasa soal jawab mahkamah dalam kes rasuah Tan Sri Kasitah Gaddam akan disiasat.

No comments: