Tuesday, October 11, 2011

Hangat: Tun Mahathir Kata PRU13 ~ BN Akan Kalah



11 Oktober 2011


TUN MAHATHIR memang terkenal dengan kenyataan menyengat beliau. Sekali dengar, kata-kata Tun M ini bakal membuatkan Anwar Ibrahim dan rakan-rakan tersenyum. Sekurang-kurangnya mereka dapat tumpang sekaki kesan dari kenyataan Tun M. Adakah bermakna Tun M lebih `mempercayai' Pakatan Rakyat untuk merealisasikan wawasan 2020 beliau yang cuma tinggal 9-8 tahun saja lagi? Jawapan yang amat pasti tidak mungkin!

Tun M sekali lagi membuat kenyataan minggu lalu secara terbuka dan berterus terang berkenaan peluang parti UMNO dalam PRU akan datang. Kata beliau, sekiranya PRU13 diadakan sekarang UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka pudar!

Secara jujur, pimpinan tertinggi UMNO tidak harus memandang enteng kenyataan Tun M. Usahlah menafikan dan mengatakan bahawa itu cuma pandangan peribadi Tun M. Benar itu adalah pandangan peribadi Tun M tetapi bukankah Tun M itu pemimpin agung UMNO sebelum ini? Beliau menerajui negara dan UMNO berdekad lamanya. Orang kata sudah tahu mana baik dan buruknya.

DS Najib semasa Majlis Penerangan Perdana di PWTC pada 9/10/11 juga menekankan betapa masih ada lompong-lompong yang belum ditampal oleh pemimpin UMNO dan bakal koyak rabak apabila tiba masa mengundi. DS Najib juga menyatakan dengan tegas betapa perbuatan sabotaj calon BN yang telah dipilih akan memusnahkan BN. Mampukah DS Najib mengekang perbuatan sabotaj atau boikot? Jawapannya tidak! 

Daripada beberapa kelemahan dan faktor yang akan membawa kepada kekalahan BN dan UMNO, salah satu daripadanya adalah perbuatan sabotaj atau boikot calon! Percaya atau tidak, perbuatan ini pasti akan berlaku pada PRU13 akan datang. Mengapa blog ini berani mengatakan perbuatan itu pasti akan berlaku? Baca sebabnya...

Pertama, difahamkan bahawa `winnable candidate' yang dimaksudkan oleh DS Najib telah diinterpretasikan secara pelbagai oleh ahli dan pemimpin UMNO yang mula `pasang badan'  berkira-kira ingin menjadi calon. Ada yang menganggap diri mereka adalah `winnable candidate' yang dimahukan oleh DS Najib & TS Muhyiddin hanya kerana mereka paling banyak `turun padang' kebelakangan ini, mereka menerima pelbagai pengiktirafan, mereka pemimpin UMNO yang kononnya popular dan sebagainya.  Sedangkan DS Najib mempunyai terjemahan sendiri tentang siapakah `winnable candidate' yang sebenarnya. Sekiranya kelompok ini yang aktif melobi menjadi calon gagal dipilih menjadi calon, apakah DS Najib yakin 100% mereka akan `merestui' dan memberi sokongan kepada `winnable candidate' yang dipilih oleh kepimpinan BN?  DS Najib mungkin tahu bagaimana mereka ini sudah `menghimpit' pegawai-pegawai KEMAS, JASA, BTN, Polis dan beberapa agensi lain dan mereka sanggup `berbelanja' lebih asalkan nama mereka dimasukkan dalam senarai calon (kalau boleh senarai top three). Untuk pengetahuan, mereka telah memulakan `kerja-kerja' mereka berbulan-bulan lamanya. Apakah segala titik peluh, tenaga dan wang ringgit yang dilaburkan itu dihalalkan begitu saja sekiranya tidak terpilih menjadi calon? 

Kedua, calon UMNO sedia ada sudah pun `melipatgandakan' pergerakan mereka melawat kawasan sejak akhir-akhir ini. Dengan anggapan, mutakhir ini ramai `spy-spy atau mata-mata' yang berkeliaran dan maklumat turun padang mereka diyakini akan sampai ke telinga dan meja DS Najib. Jika tahun pertama dan kedua mereka sangat lembab sebagai wakil rakyat, mutakhir ini mereka menjadi manusia yang paling sibuk di muka bumi. Hinggakan majlis dimana mereka tidak dijemput juga akan mereka hadiri tanpa segan dan malu. Atas alasan `Rakyat Didahulukan'...hahaha...sekali lagi motto DS Najib dipergunakan! Kerajinan mereka mutakhir ini dijelmakan dengan peruntukan poket sendiri dengan `unlimited budjet'. Mintalah apa saja ketika ini, semua akan ditunaikan. Semestinya segelintir wartawan akan dirapati dan memainkan peranan tersangat penting dalam `mempromosikan' aktiviti turun padang mereka. Wartawan bijak akan menggunakan apa saja ruang promosi hatta di media massa mahupun ruang maya seperti Facebook, twitter, blog dan sebagainya. Golongan ini jika tidak dipilih semula, oleh kerana DS Najib dah sebut langan lari ke London...kali ini mereka akan lari ke Batam (supaya senang balik jika dipujuk)...Adakah DS Najib yakin mereka 100% rela dan suci hati bahawa semua `unlimited budget' yang mereka taburkan kepada rakyat tidak dituntut semula? 

Ketiga, Adakah DS Najib amat yakin dengan sistem pencarian `winnable candidate' adalah kalis daripada kepincangan? Adakah DS Najib masih berpegang teguh kepada `laporan' daripada Ketua Bahagian, Pengerusi Perhubungan atau Pak Menteri? Adakah DS Najib masih membaca `laporan' daripada pihak KEMAS, JASA, BTN, Polis, Tentera atau apa jua agensi berkenaan profil seseorang? Jika DS Najib masih `berpegang' kepada `laporan-laporan' itu, pasti dan amat pasti sabotaj dan boikot calon BN/UMNO akan berterusan. Jika DS Najib hanya memberi `weightage' atau tidak membaca `laporan' mereka, apakah rahsia sistem pencarian `winnable candidate' DS Najib? Adakah secara undian SMS..hahaha? Atau adakah DS Najib ada `pasukan bawah tanah' sendiri yang mencari `winnable candidate'...wallahualam!

Keempat, Perangai hodoh sabotaj dan boikot sebenarnya sudah lama berlaku. Cuma sebelum ini, kemenangan masih berpihak kepada calon BN/UMNO. PRU12 yang lalu menunjukkan bahawa kekalahan BN/UMNO dibeberapa kawasan adalah kemenangan kepada mereka yang melakukan sabotaj dan boikot. Mampukah DS Najib mengikis dan menghilangkan daki-daki perangai dan sifat boikot dan sabotaj ini? Selagi `dinosaur politik' masih bergelandangan di dalam UMNO selagi itu masalah ini tidak dapat dibersihkan sepenuhnya. Rakyat secara umumnya bukanlah suka sangat dengan Pakatan Rakyat tetapi disebabkan perangai hodoh terutamanya `dinosaur politik' maka rakyat jelik dan menyampah dengan `kualiti' calon UMNO yang dipilih. 
Kelima, ada juga suara-suara berkata sekiranya `winnable candidate' pilihan DS Najib itu `capik dan tempang' yakni dimata DS Najib amat cantik dan anggun tetapi dimata orang sebaliknya. Meskipun semua pihak muhasabah dan tidak melakukan sabotaj dan boikot, bagaimana jika ahli-ahli UMNO dan pengundi pula yang melakukan sabotaj dan boikot? 

DS Najib seorang memang tidak akan mungkin dapat menghapuskan sindrom sabotaj dan boikot yang ,membelenggu UMNO dan BN umumnya. Kalau dapat diminimakan pada PRU13 pun sudah kira amat baik. Beranikah DS Najib menampilkan calon-calon `fresh' dan yang sangat `low profile'? Atau DS Najib terus `tertipu' dengan wayang kulit mereka yang aktif melobi ketika ini? Mengapa calon pembangkang yang tidak melobi atau tidak `seaktif' mereka yang berbelanja `unlimited budget' , akhirnya menang semasa pilihanraya? Fikir-fikirkan....


No comments: