Wednesday, April 30, 2008

SELAMAT BERSIDANG AHLI DEWAN RAKYAT

Oleh Abd Aziz Taip
Warisan Tamar

Hari ini 30 April 2008 maka bermulalah persidangan untuk semua YB Ahli Dewan Rakyat yang terpilih semasa PRU12. Saya juga merakamkan rasa bangga dan ucapan tahniah kepada Speaker Dewan Rakyat yang baru iaitu anak Sabah - Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang walaupun `diasak' dengan suasana yang agak panas tetapi tetap `steady' menguruskan perjalanan Dewan Rakyat. Semoga Tan Sri Pandikar terus `cool' dan jangan sampai hilang sabar...

Dalam pada itu, sudah tentu saya menantikan soalan dan penglibatan aktif dua YB Parlimen yang `dekat' di hati saya iaitu Datuk Sapawi Ahmad (AP P178 Sipitang) dan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin (AP P177 Beaufort). Apakah mereka akan mengambil bahagian secara aktif ataupun pasif dan akan sentiasa menyampaikan aspirasi rakyat dibawah. (Saya faham kedudukan DSP Lajim Ukin selaku Timbalan Menteri yang perlu menggalas tanggungjawab lain).

Harap tidak sekadar menjadi penumpang. Semoga segala persoalan yang dikemukakan dapat dijawab dengan bernas dan memuaskan terutama sekali semasa sesi soal jawab lisan/tambahan.

WT- Selamat Bersidang YB...Jangan masuk Parlimen sekadar kerana anda Ahli Parlimen tetapi (dengan izin)`malfunction'...

No comments: