Saturday, April 26, 2008

PEMILIHAN UMNO : TIADA TEAM TIADA SISTEM RAKIT

Oleh Abd Aziz Taip
Warisan Tamar

Sistem rakit? Rasanya ramai yang tidak biasa mendengarnya. Mudah difahami jika disebut `tiada team/pasukan' untuk pemilihan UMNO. Konsep ini rasanya hebat ditonjolkan semasa wujudnya Team Wawasan. Team tersebut memang sarat dengan `sejarahnya'....

UMNO melarang pengundian ala `sistem rakit' yang menetapkan `kabinet bayangan' kepimpinan tertinggi secara pakej atau kem untuk dipilih oleh perwakilan pada pemilihan semua peringkat parti tahun ini.

Pengundian sistem rakit kebiasaannya digerakkan oleh ejen atau pelobi tertentu yang mengandungi senarai nama `kabinet bayangan' kepimpinan parti dari peringkat Presiden, Timbalan Presiden, 3 Naib Presiden dan 25 AMT.

Diperingkat bahagian dan cawangan pula sudah ditetapkan `barisan kepimpinan' meliputi Ketua Bahagian / Ketua Cawangan serta Timbalannya,Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Puteri.

Perkara 8.2 tataetika - melarang ahli yang diberi kuasa menjalankan pengundian pada perhimpunan tahunan cawangan, bahagian dan MT secara sistem rakit.

Sesiapa yang didapati melanggar peraturan ini dan terdapat laporan dan bukti, ahli berkenaan boleh dihukum termasuk digantung keahlian atau dipecat.

WT - Jangan anggap peringatan seumpama ini perkara enteng. Jangan ingat dengan jawatan UMNO sedia ada, semua peraturan boleh diabaikan. Pokoknya beginilah - jangan salah menggunakan `kuasa' sebagai penyandang jawatan!

No comments: