TAHNIAH kepada skuad Kelantan dan Syabas kepada pasukan Negeri Sembilan. Kemenangan 2-1 sudah cukup untuk mengubat kecewa Kelantan pada final 2009 juga kepada Negeri Sembilan dengan keputusan 1-3. Cuma, mentaliti dan disiplin penyokong Kelantan rasanya masih `ketinggalan' dari banyak aspek. Sampai bila kita harus `berbangga' dengan `kekasaran dan ketidaksopanan' sebagai penyokong sebegini? Mungkin juga selama mana Kelantan menanti kejayaan sulung dalam merangkul Piala Malaysia, selama itu juga lah menugkin harus kita menanti tahap `profesionalisme' penpnton dan penyokong bolasepak tanahair.
Hasrat Tan Sri Annuar Musa untuk menterjemahkan `permainan cantik, penyokong terbaik' memang tidak tercapai. Apapun, tahniah sekali lagi kepada skuad Kelantan!!!
# Yong Teck Lee, cuma seorang `political animal’ yang opportunist terhadap apa saja peluang yang ada. Ada byk persamaan `sifat politik haiwan’ YTL dengan Anwar. Antaranya opportunis, ketua yang dictator, rekod perkhidmatan lampau yang buruk dan lain-lain. Menggunakan ungkapan `Sabah for Sabahan', Borneosation, dan perkara 20 memang `tips' paling mudah untuk sesebuah parti politik untuk meningkatkan atau mengajak `semangat perubahan’ dikalangan rakyat Sabah dan perkara/isu berkenaan memang `boleh jual' di Sabah. Saya percaya kalau kena gaya dan kekecewaan melampau terhadap kerajaan sedia ada, isu-isu ini merupakan `bom atom’ yang mampu `menghancurkan’ kerajaan.
Tetapi, Yong Teck Lee mahupun Anwar Ibrahim atau Parti Karam & Rosak (PKR) bukanlah individu atau organisasi sahsiah yang boleh dipercayai apatah lagi dijadikan sandaran untuk `menyelamatkan’ Sabah dan rakyat Sabah! Pilihan yang ada masih Barisan Nasional!!!
MELIHAT ketrampilan Yong Teck Lee (YTL) yang sedang menawarkan diri sebagai calon Parlimen Batu Sapi,pengundi di kawasan ini seharusnya melihat lebih jauh tentang peranan, sikap, sifat serta betapa oportunisnya bekas Ketua Menteri Sabah ini seandainya mereka mahu memilih YTL sebagai wakil rakyat mereka. Rekod masa lampau YTL perlu dinilai sebaiknya oleh pengundi-pengundi dalam kawasan Parlimen ini.
YTL yang kononnya sedang berjuang atas konsep `Sabah for Sabahan’ dan mengembalikan kuasa autonami Sabah dilihat mempunyai agenda yang cukup licik dan memperalatkan pilihanraya kali ini untuk beliau terus merencanakan agenda peribadinya. Berputar belit segala fakta beliau dendangkan bagi meraih undi dan ada kalanya segala fakta ataupun cabaran yang beliau lemparkan seperti meludah ke langit kerana ada tindakan dan perbuatannya semasa menjadi Ketua Menteri dulu dilakukan oleh beliau dan ada yang tidak mampu dilakukan olehnya. Telunjuk lurus tapi kelingkingnya berkait.
Rakyat Sabah mungkin tidak pernah dan akan melupakan peranan yang beliau mainkan dalam kes rasuah dari tahun 1996 hingga 1998. Rakyat Sabah juga mungkin tidak lupa apa yang berlaku semasa YTL menjadi Ketua Menteri Sabah satu ketika dulu.
Pada 1996, YTL (ketika itu Ketua Menteri Sabah) mengarahkan pembayaran RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri, Sapi Plantation milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).
Ini didedahkan oleh Pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd, Datuk Wasli Mohd Said, yang ketika itu merupakan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS). Beliau berjumpa YTL di pejabatnya untuk memberikan taklimat mengenai cadangan pengambilalihan pengurusan 40 peratus saham Sapi Plantation bernilai RM16.8 juta.
Pendedahan dibuat Wasli ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu 12 Februari 2004 untuk menghadapi 5 pertuduhan rasuah melibatkan RM1 juta dan pemberian saham 3.36 juta unit saham milik LKTNS.
Perjumpaan Wasli dan YTL kerap diadakan selepas itu, bukan sahaja di pejabat tetapi di luar pejabat. YTL turut menghubungi Wasli bagi memaklumkan kaedah pemberian wang. Wasli diminta bertemu dengan ejen YTL yang hanya dikenali melalui nombor plat pendaftaran kereta ejen terbabit.
Briskmark ditubuhkan untuk dijadikan wadah bagi dana politik YTL.
Menjelang PRU 1999, YTL menerima sejumlah wang lagi daripada Wasli. Wasli turut diarahkan memberi hadiah berupa wang tunai RM500,000 kepada lapan ahli lembaga pengarah Bismark, selain Yong, beliau membayar wang tunai RM500,000 kepada setiap daripada lapan anggota lembaga Briskmark sebagai derma kepada mereka. Mereka ialah Datuk Salleh Otik, Datuk Ismail Jook, Abdul Kader Pateh, Laimun Laikim, Michael Emban, Talib Aning, John Liaw dan Catherine Yong.
Ketika menjadi ketua Menteri Sabah, beliau ada kaitan dengan sebuah syarikat iaituWarisan Harta Sabah (WHS) rugi RM114 juta, berikutan keputusan YTL (ketika itu Pengerusi WHS) mengarahkan ‘share swap’ pemilikan saham WHS dalam MISC sebuah syarikat yang dianggap memiliki saham ‘blue chips’ dengan saham North Borneo Trading (NBT) dan Sugarbun Corporation Berhad, dimiliki dua usahawan dari Sarawak yang merupakan saham spekulatif.
Berikutan itu bukan sahaja Warisan Harta rugi dalam tahun kewangannya sebanyak RM114 juta kerana kejatuhan harga kedua-dua saham tetapi juga kehilangan dividen daripada MISC. YTL juga mengarahkan BOD Amanah Saham Sabah (SAS) membeli saham-saham NBT dan Sugarbun, sehingga SAS mengalami kerugian teruk dan sehingga hari ini nilainya merosot dengan teruk dan ramai pelabur rakyat tempatan Sabah mengalami kerugian.
Lebih 55 ribu pelabur Sabah, yang kebanyakannya terdiri daripada pesara dan yang berpendapatan rendah kehilangan pelaburan mereka (pada 1996) akibat kejatuhan saham SAS daripada RM1 seunit kepada 17 sen seunit ketika itu.
Selama tempoh dua tahun Yong menjadi KM Sabah, banyak dasar-dasarnya tidak popular termasuk memperkenalkan Forest Management Unit (FMU) yang mengasingkan 2 juta hektar kawasan balak negeri Sabah kepada kurang daripada 20 syarikat untuk tempuh 100 tahun.
Semasa menjadi Ketua Menteri terlalu banyak hak-hak rakyat dikatakan telah dinafikan oleh beliau dan antaranya adalah geran-geran tanah untuk kampung-kampung tradisional Melayu seperti kawasan Inanam, Gudon,Tebobon,Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri (untuk keuntungan peribadi). Tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra. Tiada peluang pekerjaan untuk anak-anak Bumiputra.
Hak rakyat lain yang dikatakan diambil oleh YTL ialah;-
I)1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion dari Tenom hingga ke Kalabakan.
II)Tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta.
III)Tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta.
IV)Tanah-tanah Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) bernilai lebih RM2 billion diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd.
V)Wang saham rakyat dalam Koperasi Pembangunan Desa (KPD) bernilai RM60 juta diambil melalui Benta Holdings.
VI)Duit rakyat di Perbendaharaan Negeri berjumlah RM36 juta setahun melalui Angkatan Hebat Sdn Bhd (kontrak sewa kereta kepada semua agensi kerajaan)
VII)Merobohkan rumah-rumah kerajaan di Tanjung Aru untuk pembinaan resort oleh sebuah syarikat kroni tetapi sehingga kini tanah tersebut terbiar kerana tanah berkenaan tidak mempunyai geran.
YTL juga dipercayai mempunyai perwatakan pemimpin yang tidak boleh dipercayai malah disifatkan antara pemimpin yang mendokong sifat opurtinis dengan mengambil kesempatan atas hubungan baiknya dengan Datuk Joseph Pairin Kitingan hingga membolehkan beliau diberi kepercayaan memegang jawatan Timbalan Presiden PBS pada 30 September 1989. Pada 19 Julai 1990, YTL dilantik oleh Ketua Menteri (Pairin), sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri sehingga 19 Januari 1994.
Rentetan krisis dalaman PBS pada waktu itu mendorong YTL keluar PBS bertindak pantas menubuhkan sebuah parti baru iaitu SAPP pada 19 Januari 1994 dengan membuka keahlian kepada semua kaum, sama seperti PBS. YTL menjadikan 'hilang kepercayaan' sebagai alasan meninggalkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Kitingan, yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik Bahkan, YTL sendiri mengepalai kumpulan mengkhianati Pairin.
YTL dipercayai mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar Ibrahim dan banyak menerima dana melalui kapasiti Anwar sebagai Menteri Kewangan. Pada 18 Jun 2008, Teck Lee yang menjadi Presiden SAPP mengatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bersedia untuk menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Kemudian YTL umum SAPP keluar BN pada 17 September 2008.
Sebaliknya, pengumuman Yong itu bercanggah dengan pendiriannya sebelum PRU 2008 apabila beliau dilaporkan memuji dan menyatakan sokongan padu kepada kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah membuat kenyataan “'Saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya (YTL)” bagi mengulas tindakan YTL itu. Maksudnya, YTL merupakan satu-satunya Presiden parti komponen BN Sabah yang tidak tercalon dalam PRU 2008. YTL menuntut janji jawatan Senator, tetapi tidak dipenuhi Musa dan Tun Abdullah Badawi. DUN Sabah yang bersidang tidak mencadangkan nama YTL sebagai Senator tetapi Musa mencadangkan nama lain.
YTL dipercayai termakan janji habuan yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim berikutan “angan-angan 16 September”, iaitu pertukaran kerajaan berdasarkan kontroversi puluhan MP akan lompat parti. YTL juga mengakui pernah menemui Anwar sebanyak dua kali dalam tempoh itu, masing-masing di Hong Kong dan Kuala Lumpur. Tindakan SAPP keluar BN hanyalah strategi untuk meredakan kegagalan ’16 September’.
Bagaimanapun, di pihak YTL, tindakan itu seperti ‘melangsaikan hutang’ dengan Anwar terutama hubungan Ketua Menteri - Menteri Kewangan dahulu. Dengan keputusan Yong Teck Lee mengeluarkan SAPP daripada BN, bermakna Yong Teck Lee tidak lagi berhutang dengan Anwar.
Pada 20 September 2008, Timbalan Presiden SAPP Datuk Raymond Tan, Exco Pemuda merangkap Ketua Pemuda Zon Sandakan Alex Lim Su Chung, dan Exco Wanita, yang juga Ketua Wanita Zon Sandakan Jane Ng Nyuk Jin, bersama 2000 ahli SAPP yang lain bertindak keluar parti itu kerana tidak bersetuju dengan keputusan YTL. Menurut Raymond, perkara itu tidak mendapat persetujuan SAPP, tetapi hanya diputuskan secara de facto oleh YTL dan penyokongnya di kalangan ahli Majlis Tertinggi SAPP.
PERJANJIAN 20 Perkara merupakan perjanjian yang membawa banyak pengaruh dalam peranan Sabah dalam Malaysia. Saya percaya 20 Perkara ini penting untuk diperhalusi dan tidak diabaikan. Namun saya juga percaya bahawa membincangkannya secara terbuka dan melulu tanpa mengambilkira semangat dan kejayaan yang dicapai dalam Perjanjian tersebut juga adalah tidak wajar. Mempolitikkannya juga akan lebih merumitkan dan tidak dapat tidak mampu memecahbelahkan perpaduan. Pada saya, tindakan secara politik haruslah diambil sebagai satu langkah terakhir untuk mendesak dan memastikan pematuhan Perjanjian tersebut. Saya tidak fikir SAPP melalui Yong Teck Lee jujur dalam memperjuangkan perkara ini. Beliau juga merupakan seorang `political animal' di Sabah dan walaupun ada yang mengagumi beliau kerana berani menimbulkan isu sensitif seperti Sabah for Sabahan, Perkara 20 dan sebagainya.
THE 20 POINTS
Point 1: Religion
While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo
Point 2: Language
a. Malay should be the national language of the Federation
b. English should continue to be used for a period of 10 years after Malaysia Day
c. English should be an official language of North Borneo for all purposes, State or Federal, without limitation of time.
Point 3: Constitution
Whilst accepting that the present Constitution of the Federation of Malaya should form the basis of the Constitution of Malaysia, the Constitution of Malaysia should be a completely new document drafted and agreed in the light of a free association of states and should not be a series of amendments to a Constitution drafted and agreed by different states in totally different circumstances. A new Constitution for North Borneo (Sabah) was of course essential.
Point 4: Head of Federation
The Head of State in North Borneo should not be eligible for election as Head of the Federation
Point 5: Name of Federation
“Malaysia” but not “Melayu Raya”
Point 6: Immigration
Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.
Point 7: Right of Secession
There should be no right to secede from the Federation.
Point 8: Borneanisation
Borneanisation of the public service should proceed as quickly as possible.
Point 9: British Officers
Every effort should be made to encourage British Officers to remain in the public service until their places can be taken by suitably qualified people from North Borneo.
Point 10: Citizenship
The recommendation in paragraph 148(k) of the Report of the Cobbold Commission should govern the citizenship rights in the Federation of North Borneo subject to the following amendments:
a) sub-paragraph (i) should not contain the proviso as to five years residence
b) in order to tie up with our law, sub-paragraph (ii)(a) should read “7 out of 10 years” instead of “8 out of 10 years”
c) sub-paragraph (iii) should not contain any restriction tied to the citizenship of parents – a person born in North Borneo after Malaysia must be federal citizen.
Point 11: Tariffs and Finance
North Borneo should retain control of its own finance, development and tarif, and should have the right to work up its own taxation and to raise loans on its own credit.
Point 12: Special position of indigenous races
In principle the indigenous races of North Borneo should enjoy special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the present Malaya formula in this regard is not necessarily applicable in North Borneo.
Point 13: State Government
a) the Chief Minister should be elected by unofficial members of Legislative Council
b) There should be a proper Ministerial system in North Borneo.
Point 14: Transitional period
This should be seven years and during such period legislative power must be left with the State of North Borneo by the Constitution and not be merely delegated to the State Government by the Federal Government.
Point 15: Education
The existing educational system of North Borneo should be maintained and for this reason it should be under state control.
Point 16: Constitutional safeguards
The power of amending the Constitution of the State of North Borneo should belong exclusively to the people in the state.
(Note: The United Party, The Democratic Party and the Pasok Momogun Party considered that a three-fourth majority would be required in order to effect any amendment to the Federal and State Constitutions whereas the UNKO and USNO considered a two-thirds majority would be sufficient.)
Point 17: Representation in Federal Parliament
This should take account not only of the population of North Borneo but also of its size and potentialities and in any case should not be less than that of Singapore.
Point 18: Name of Head of State
Yang di-Pertua Negara.
Point 19: Name of State
Sabah.
Point 20: Land, Forests, Local Government, etc.
The provisions in the Constitution of the Federation in respect of the powers of the National Land Council should not apply in North Borneo. Likewise, the National Council for Local Government should not apply in North Borneo.
SEPERTI yang kita semua ketahui, bukanlah PKR namanya jika tiada pergaduhan di sana sini! Ada gaduh baru sah PKR namanya. Budaya gusti ala WWF/WWE dalam PKR seperti biasa ditonton orang ramai di kedai-kedai kopi di sekitar bandar Sandakan lazimnya kedengaran di Semenanjung. Kini, masyarakat Sandakan mungkin akan berpeluang menyaksikan `kehebatan' PKR dalam mempertontonkan aksi-aksi stunt seperti baling kerusi, pecah sana sini dan sebagainya.
Umum tahu bagaimana `hardcore' Thamrin bertembung dengan `hardcore' Ansari di Lapangan Terbang Sandakan. Kata orang, itu baru permulaan sebelum beberapa siri `gusti' yang lebih kamikaze! Jika ingin menyertai PKR pastikan tuan/puan sudah mempersiapkan diri tuan/puan dengan ilmu kekebalan, kerana kalau kurang ilmu mempertahankan diri alamat tuan/puan akan menjadi mangsa belasahan. Bayangkan PKR ini memerintah negara! Mereka telah diberi peluang oleh rakyat di Selangor untuk memerintah. Namun hakikatnya, lihatlah bagaimana budaya gusti dan samseng terus diterapkan samada dalam soal pengurusan parti mahupun pentadbiran negeri.
Jika pengundi di Batu Sapi masih juga mempercayai `angan-angan Putrajaya' PKR ~ apakan daya! Meskipun saya amat yakin orang Sabah mempunyai `vote power' yang luar biasa, tapi bukanlah PKR yang layak untuk menjadi galang ganti kepada parti pemerintah. Bayangkan saja, jika BN itu lemah dan buruk ~ PKR dan Pakatan Rakyat itu lebih buruk dan lembab selembab lembabnya! Pilihan ditangan pengundi!
Simpati atas nasib calon PKR Ansari bersama tim kempen beliau yang `terpaksa' basah kuyup terjun ke dalam laut. Saya tidak hairan jika pemimpin PKR akan menyalahkan UMNO dan BN sebab itu sudah perkara biasa. Walhal kisah orang lain dapat sedap meliwat pun disalahkan orang lain inikan pula kisah terjun dalam laut! Apa pula komen `hard core' Thamrin? Dukunglah dan sokonglah calon PKR kalian kesayangan Anwar Azmin! Pesan kepada Sdr Thamrin ~ anda masih belum cukup kuat ampu dan bodek. Anda juga tidak `jambu'...hehehe! Jika anda ada semua itu, tidak mungkin Ansari terpaksa `diimport' dari Tuaran walaupun sudah bertanding sekian banyak pilihanraya tapi tidak pernah menangpun.
Akhir kalam, untuk renungan pengundi Batu Sapi ~ jika Ansari ditolak oleh pengundi Tuaran apakah pengundi Batu Sapi bersedia menerima calon yang ditolak oleh pengundi dan rakyat ditempat Ansari sendiri? Jangan jadikan anda pengundi Batu Sapi menjadi bahan sindirin sinis pengundi dan rakyat Sabah khususnya di Tuaran. Mengundi Ansari bererti bersetuju dengan aktiviti terlarang liwat meliwat, mengundi Ansari juga bermakna Batu Sapi sudi menerima calon `reject' di kampung halamannya sendiri! Fikir-fikirkan...
#Mungkin pengundi Batu Sapi boleh menafsirkan `logo baru' PKR ini? Usah perjudikan masa depan bersama PKR...
SAH sudah pertandingan 3 penjuru antara Datin Linda Tsen (BN), Datuk Yong Teck Lee (SAPP) dan Ansari Abdullah (PKR) di PRK P185 Batu Sapi. Impian Pakatan Rakyat untuk menampilkan calon solo untuk menafikan kemenangan BN tidak kesampaian. Maka, bersuaralah Wan Azizah, Presiden (Boneka) PKR lalu `menghentam dan menyalahkan' Datuk Yong dan SAPP kerana `kacau daun.' Marah sangat Wan Azizah dengan `kedegilan' SAPP untuk melutut kepada PKR. Wan Azizah mungkin beranggapan SAPP akan tunduk sebagaimana ahli-ahli PKR yang tunduk dan akur dengan ahli-ahli keluarga Wan Azizah dalam apa jua urusan PKR. PKR bukankah milik keluarga?...Anwar Ibrahim Sdn Bhd!
PKR memang amat perasan berpeluang untuk memenangi dan menewaskan BN. Kalau bertanya apakah alasan kekalahan PKR kelak, PKR sudah pasti akan menjadikan SAPP kambing hitam...Soal mereka akan menghentam dan memfitnah BN...itu sudah perkara biasa! Mungkin PKR menganggap Datuk Yong boleh `dikawtim'...Malangnya, Datuk Yong pun sama rakus dengan PKR!
Nampak sangat PKR kelihatan `kalut' dalam bermimpi untuk memenangi PRK ini. Inilah namanya tidur sebantal, mimpi lain-lain! Harap Datuk Yong tidak membalas ayat-ayat cinta Wan Azizah dengan menyebut perkataan liwat atau yang sewaktu dengannya! Itu sensitif dan bakal menaikkan nafsu amarah suami Wan Azizah. Elakkan juga makan karipap terutamanya di hadapan Wan Azizah!...Are you OK Mr Yong? Just my 2 cents advise!
Bandar Sandakan lazimnya tidak mengalami masalah trafik dan agak tenang, mula menerima `lautan' manusia dari serata negara. Sudah pasti ia akan menjanjikan limpahan peluang dan keuntungan ekonomi yakni dari sekecil hinggalah sebesar perniagaan! Cuma diharap usahlah rakus dan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Selepas 4 November kelak, sudah pasti masyarakat Sandakan merindui suasana `hiruk pikuk' PRK ini. Anggaplah, PRK ini satu pesta yang menggembirakan!!! Walaupun ada yang geleng kepala...kerana merasakan `keamanan' hidup selama ini `dirampas' untuk tempoh singkat. Bersabarlah!!!
JIKA pengundi di Batu Sapi inginkan jagoan gusti dalam PKR terus beraksi dan berbangga dengan `demokrasi' dalam PKR, maka pilihlah Ansari Abdullah sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi. Untuk makluman, rakaman video diatas bukanlah rancangan gusti kesukaan ramai seperti biasa ditonton di kedai-kedai mamak di bandar Sandakan tetapi adalah salah satu daripada `aktiviti' yang sinonim dengan proses perjalanan `demokrasi' dalam mana-mana mesyuarat PKR! Bayangkan jika parti ini menguasai pentadbiran Putrajaya, dalam tempoh singkat lebih banyak harta awam akan dimusnahkan oleh penggusti-pengusti dalam PKR.
CALON Barisan Nasional untuk Pilihanraya Kecil (PRK) sudah pun diumumkan iaitu Abd Aziz Yusof di Galas dan Datin Linda Tsen di Batu Sapi. Maka, `berpestalah' Galas dan Batu Sapi dengan kehadiran ramai ke Gua Musang dan Sandakan. Nikmatnya tentu sekali turut dirasai oleh golongan peniaga mahupun pengusaha tempat penginapan.
Secata umumnya, keputusan di kedua-dua PRK tidak akan sama sekali mengubah kedudukan kerajaan PAS di Kelantan mahupun BN di Persekutuan. Namun, ia menarik dilihat memandangkan ramai pihak mula merasa kehangatan PRU13. Pelbagai tanda-tanda sudah pun dikiaskan oleh Perdana Menteri meskipun tarikh sebenar PRU13 masih ada lebih 2 tahun lagi dan ia ada didalam benak fikiran Perdana Menteri. Justeru, tidak syak lagi kemenangan di PRK ini amat diperlukan oleh kedua-dua pihak untuk dijadikan tonik sebelum berhadapan PRU13 kelak.
Setakat ini, lawan bagi calon BN di Galas adalah Dr Zulkifli dari PAS. Manakala di Batu Sapi, Yong Teck Lee (SAPP) dan Ansari Abdullah (PKR) sudah diumumkan akan bertanding. Semua pihak berkeyakinan untuk menang. Calon BN adalah calon-calon yang masih `fresh' sedangkan calon-calon lawan adalah calon yang sudah melalui proses `recycle' dan sudah `mangli' dengan suasana pilihanraya.
Hanya Yong Teck Lee sahaja yang pernah merasai `nikmat' menjadi Yang Berhormat malah menduduki tampuk kerusi Ketua Menteri Sabah (kuota kaum Cina semasa penggiliran Ketua Menteri). Pada saya, apabila meletakkan calon `import' disesuatu kawasan menunjukkan betapa `kepupusan' pemimpin sesebuah parti dikawasan yang ditandingi. Mungkin benar mereka `mengamalkan' apa yang dikatakan `winable candidate' yakni meletakkan calon yang boleh menang. Tapi di Sabah, siapa yang tidak kenal Yong Teck Lee dan Ansari! Jika mereka boleh `dijual dan dipasarkan' diseluruh ceruk negeri Sabah, rasa saya mereka sudah lama menguasai pentas poltik negeri Sabah. Hakikatnya, saya yakin pengundi di Batu Sapi khususnya sedar apakah harapan dan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen boleh digalas oleh Yong Teck Lee atau Ansari? Mereka sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada keluarga `political animal' di Sabah...
HARI ini hari akhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ke 61. Ucapan dasar Presiden UMNO nampaknya begitu berkesan kepada ramai pihak hinggakan saya lihat Chua Soi Lek pun terkulat-kulat dan perut memulas-mulas dalam kedinginan Dewan Merdeka PWTC disebabkan terhangatkan ucapan DS Najib! Bravo Mr Presiden...
Apapun, insan `desperado' ketika PAU 2010, tidak lain tidak bukan adalah hak milik kekal (free hold!) YB Khairy Jamaluddin (KJ) Sang Ketua Pemuda parti UMNO yang sangat berminat dan mengasihi pemuda dan pemudi bukan UMNO...Maka, Sang Ketua KJ ini pun `mengumumkan' 10 senarai sikap dan sifat buruk yang dikatakan oleh beberapa rakan blogger seumpama menggambarkan sikap dan sifat Sang Ketua KJ itu sendiri...Maka jua, juak-juak Sang Ketua KJ pun berkokok disana dan disini mengatakan ucapan berapi-api dan penuh toleransi dari Sang Ketua kesayangan mereka. Sang Ketua kononnya sudah menjadi terlalu matang dan bijak berpolitik sejak menang jawatan Sang Ketua secara `shopping sakan'. Matang dan bijak sebab banyak menggunakan pemikiran kepala lutut!
Nun di diseberang laut...negeri di Bawah Bayu, berlaku `pergeseran' antara kelompok ketua-ketua Pemuda...Mereka nampaknya teruja dengan cara `merampas' kuasa Anwar Ibrahim dan cara parti Gerakan menghebohkan sindrom `undi tidak percaya'...Ketua-ketua ini, ada antaranya menang pun serupa stail Sang Ketua KJ...jadi tidak hairanlah spesies Sang Ketua benar-benar meresapi tubuh sanubari kelompok ketua-ketua pemuda yang cakap macam mereka hebat sangat!!! Apakah ceritanya? Sampai masa kita kongsi bersama!
Maknanya, pemuda zaman KJ lebih bermasalah dan sememangnya bermasalah pun...kata orang dah menang jadi Sang Ketua pun dengan cara `shopping sakan';...kiri kanan atas bawah semua pun balun! Suka hati engkolah KJ!!! Teruskanlah usaha untuk `meminta-minta' menjadi Pak Menteri...Saya cadangkan jadi Duta Timor Leste bertaraf Menteri pun elok juga!
Sang Ketua KJ juga `dikritik' dan amat diragui `keupayaannya melalui tulisan Farah Deeba. Tapi juak-juak Sang Ketua KJ kata, KJ ini matang dan berwawasan dalam politik! Betullah tu, matang dan berwawasan dalam membalun segala harta benda...hahaha!!!
Wayne Rooney has agreed a new five-year contract to stay at Manchester United until at least June 2015.
The agreement follows intensive discussions between the Club and the player’s representatives and means that by the end of his contract Wayne will have been a Manchester United player for 11 years.
Sir Alex Ferguson said: “It’s been a difficult week, but the intensity of the coverage is what we expect at Manchester United. I said to the boy that the door is always open and I’m delighted Wayne has agreed to stay.
“Sometimes, when you’re in a club, it can be hard to realise just how big it is and it takes something like the events of the last few days to make you understand. I think Wayne now understands what a great club Manchester United is.
“I’m pleased he has accepted the challenge to guide the younger players and establish himself as one of United’s great players. It shows character and belief in what we stand for.
“I’m sure everyone involved with the Club will now get behind Wayne and show him the support he needs to produce the performances we know he is capable of.”
Wayne Rooney said: “I’m delighted to sign another deal at United. In the last couple of days, I’ve talked to the Manager and the owners and they’ve convinced me this is where I belong. I said on Wednesday the Manager’s a genius and it’s his belief and support that have convinced me to stay.