Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri & Salam Merdeka!


 Warisan Tamar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H. Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadan 1433H dan menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.

Salam Merdeka ke 54 untuk semua. Hayatilah kemerdekaan. Jangan jadi seperti Mat Sabu @ Mat Putar Alam!


Friday, August 12, 2011

Panasss: Bukti Polis (PDRM) Gagal, Tidak Cekap & Lembik!


13 Ramadan 1432H / 13 Ogos 2011 Sabtu

SUDAH lebih sebulan berlalu selepas 9 Julai bilamana perhimpunan BERSHIT 2.0 diadakan dengan jayanya. Kini rasanya suara-suara berkaitan BERSHIT 2.0 sudah kurang kedengaran. Sebabnya kini lebih panas membicarakan tentang isu JAIS dalam menangani usaha pemurtadan oleh segelintir pihak dan `disokong' pemimpin tertentu khususnya dari segi mempertikaikan tindakan JAIS tetapi tidak atau kurang mempersoalkan perbuatan gereja berkaitan. Pada awal seminggu dua selepas BERSHIT 2.0, suara-suara sumbang, lari dari pitching dan sebagainya berkumandang termasuklah dari pemimpin yang amat perasan bahawa mereka adalah pemimpin yang bersih dan suci. Penipuan mereka digagalkan dengan tersusun oleh pihak berkuasa termasuk kemalangan Mat Sabun dan leher terkehel Nuar Berahi. Semuanya mahu menggambarkan bahawa kerajaan Malaysia kejam dan zalim terhadap rakyatnya. Demikian juga kononnya mahu menunjukkan bahawa Polis Diraja Malaysia ganas dan tidak beretika semasa melakukan tangkapan. Itulah tujuan sebenar mereka...Dan sebenarnya tuduhan mereka memang `benar' dan tepat sekali'...Bukti video dibawah menjelaskan betapa `ganasnya' PDRM menangani perusuh BERSHIT 2.0!


Opps maaflah sebab video diatas menunjukkan apa yang berlaku di Tottenham, London. Nampaknya memang Polis UK ni bertamadun, berhemah dan lemah lembut. Merompak, membunuh, membakar malah mencederakan warga Malaysia adalah bukti keterbukaan untuk mana-mana pihak di UK untuk berdemo (seperti biasa semua mendakwa berdemo dan memprotes secara aman damai tapi jika tidak dikawal maka hebatlah suasana seperti di London). Selepas ini WT rasa BERSHIT 3.0 harus diadakan di kota London kerana Polis UK lebih berhemah dan lemah lembut menangani perhimpunan aman dan protes. Mamat kat bawah ni pun bukan setakat boleh baling batu kat Polis tapi kat London dia boleh bakar bangunan malah nak merompak pun boleh! Mamat kat bawah ni wajib hadir perhimpunan BERSHIT 3.0 di London pada 16 Sept 2011! (Jika ada dan peliwat tu masih hidup!)


Pro pembangkang atau pemimpin kangkang Pakatan Rakyat pasti menafikan dan membandingkan bahawa perhimpunan BERSHIT 2.0 adalah secara aman damai dan cuma protes terhadap SPR. Itu auta mereka, orang kampung bolehlah korang tipu, sebenarnya adalah perhimpunan untuk kebencian kepada kerajaan dan `provokasi' terhadap PDRM supaya berlaku ganas terhadap mereka seperti Raja Lawak Mat Suhardi dibawah:


Untuk pembaca yang tidak melihat suasana sebenar perhimpunan BERSHIT 2.0, sepertimana kita semua yang sedang berpuasa semasa sekumpulan manusia memprotes terhadap Polis UK kerana menembak seorang remaja kulit hitam di London. Semuanya konon-kononnya bermula dengan aman. Maka Polis UK pun atas dasar UK sudah jauh lebih maju dari Malaysia, perhimpunan aman damai adalah dibenarkan sesuai dengan tahap ketamadunan dan pendemokrasian. Apa AmPIGa, Mat Sabun, Nuar Liwat dan perusuh BERSHIT 2.0 akan lakukan jika apa yang berlaku di London berlaku di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 lalu? Mereka frust sebab mereka gagal dalam BERSHIT 2.0. Mereka amat berjaya jika apa yang berlaku di London berlaku semasa BERSHIT 2.0 yang lalu.

Tetapi disebabkan `ketidakcekapan' PDRM maka tiada kedai-kedai dibakar, dirompak, dibunuh semasa BERSHIT 2.0 yang lalu. Cuma ada seorang ahli perhimpunan BERSHIT 2.0 yang meninggal dunia akibat serangan jantung dan seorang lagi berlakon mati dua kali! Selain itu Mat Sabun accident motor sebab lari dari PDRM dan Nuar Liwat lari dari PDRM lalu terhantuk cermin hotel! Maka ternyata PDRM tidak cekap, lembik dan gagal berbanding Polis UK yang lebih bertamadun dan hebat dalam mengurus perhimpunan secara aman damai serta lebih demokrasi daripada PDRM!

Polis Malaysia siap bagi makan buffet kepada perusuh BERSHIT 2.0. Tak dapat dan tak perlulah mereka merompak makanan kat kedai makan. Polis UK yang lebih maju dan hebat ada bagi makan?



Saturday, August 6, 2011

Hassan Ali: Minta Maaf Atau Dipecat?


07 Ramadan 1432H / 07 Ogos 2011, Ahad

YB Dr Hassan Ali sudah seperti dianggap `liabiliti' kepada parti politik yang mendakwa parti mereka memperjuangkan Islam lebih dari sesiapapun di muka bumi ini. Fitnah pemimpin mereka tidak lagi dianggap dosa. Pemimpin mereka dianggap tidak berdosa atau bersalah langsung jika membuat fitnah, mencaci, rasuah malah melakukan aktiviti seksual terlarang sekalipun. Tetapi jika pemimpin mereka cuba atau melakukan tindakan yang menyebabkan rakan politik mereka yang kafir harbi terusik hati atau tidak senang hati maka pemimpin itu boleh jatuh `berdosa' dan dianggap `liabiliti'  kepada sebuah parti Islam kononnya! 

Didakwa hari ini Dr Hassan Ali akan `dibicarakan' kerana `ketelanjuran' membiarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan untuk menjaga kesucian agama Islam. Tindakan terhadap gereja atau kafir harbi tidak disenangi oleh beberapa pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat. 

Bukanlah mengejutkan jika Dr Hassan Ali diberi kata dua oleh PAS Pusat : Minta Maaf atau Dipecat! Terpulang kepada Dr Hassan Ali. Kalau berdasarkan apa yang Dr Hassan Ali `tonjolkan' sejak peristiwa `buka puasa di gereja' Dr Hassan Ali akan memilih agamanya yakni agama Islam lebih daripada parti dan `ularmak' dalam parti PAS beliau. Jika Dr Hassan Ali memilih dipecat, beliau akan dihormati oleh umat Islam di Malaysia walaupun umat Islam di dalam PAS mungkin tidak semua akan `menghormati' tindakan beliau yang tidak mahu menyatakan maaf kepada gereja yang mempunyai agenda tersembunyi terhadap umat Islam yang lemah. 

Sebenarnya kita umat Islam yang terperangkap dengan `game' ini. Terperangkap kerana tidak pasti atau dilemma samada mahu bertegas dengan Perlembagaan yang jelas menyatakan tentang kedudukan agama Islam atau mahu menjaga `kantung' politik masing-masing! 

Apapun, game sekarang adalah ditangan Dr Hassan Ali. Jika Dr Hassan Ali memilih untuk meminta maaf maka `game over' untuk JAIS dan umat Islam! Sebaliknya jika Dr Hassan Ali memilih untuk bertegas dengan pendirian akidah Islam tanpa mengambil kira untung rugi politik maka umat Islam masih menguasai `game' dalam apajua isu berkaitan Islam. 

# Sekiranya benar dakwaan mereka yakni umat Islam yang mendakwa `terpaksa' menerima bantuan material dari puak kafir harbi maka apakah yang ada di benak hati pemimpin-pemimpin Islam yang diamanahkan untuk menguruskan wang zakat atau peruntukan untuk umat Islam? Adakah kita terlepas pandang atau memang sengaja buat-buat tak pandang? Dana zakat memang perlu diagihkan berdasarkan kaedah dan syarat tertentu tetapi apa pula `hak' mereka yang memerlukan bantuan? Kita masih kolot dan menyulitkan keadaan walaupun 1001 macam kemudahan dan dana disediakan. Kita juga seringkali leka dan alpa kerana kita rasa kita selamat sebagai umat Islam di negara tanahair kita sendiri. Kita lupa bahawa kita juga boleh menjadi `pelarian' di bumi sendiri jika tidak tahu dan pandai menjaga apa yang kita miliki selama ini!

Video Terbaikkk: Kedai 1Malaysia, Price Rise (PR)!

07 Ramadan 1432H / 07 Ogos 2011, Ahad

Terbaekkklah member yang `mencipta' video ni...hehehe...kasi panas panggung punggung lah ini kali...! Layannnn.....


[ Konpiden jer apek jual beli surat khabar lama ni kata barang naik (price rise) sebab DAP!..dia ni DAP mesti tak bagi kutip old newspaper Rocket! DAP mesti kata apek ni bukan bangsa dia...apek ni racist...blah...blah...blah...Khalid Samad, Khalid Berahim, Nik Ajis & Nuar Berahim mesti sapot punggung DAP...seperti biasa gitu ler...]

Islam Terus Dicabar Di Bulan Yang Mulia - Ramadan 1432H!


6 Ramadhan 1432H / 6 Ogos 2011, Sabtu

Antara politik dan agama, apa yang perlu kita utamakan? Masalah orang Islam adalah untuk meletakkan prioriti dalam membuat sesuatu pilihan. Malah ada yang menganggap politik itu adalah agama. Demikianlah fahaman ketaksuban bahawa memilih parti tertentu bermakna pengikutnya lebih Islamik dan `beriman'. Adakah dengan menyertai parti politik sedemikian, pemimpin mahupun ahli mereka `maksum' dari melakukan dosa dan kekhilafan? 

Di bulan yang mulia - Ramadan ini, isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas premis Kristian atas maklumat bahawa adanya proses kristianisasi. Beberapa blog malah akhbar telah mendedahkan pengakuan umat Islam yang menyertai `acara berbuka puasa di gereja'. WT bimbang pemimpin-pemimpin Islam samada di dalam blok kerajaan mahupun pembangkang akan berlebihan `bertekak' dan `bertelingkah' hanya kerana mahu `melebihkan' puak Kristian atas faktor yang pelbagai terutamanya dari aspek politik! Pemimpin-pemimpin Islam haruslah bersatu padu dan sepakat tidak kira apa jua latar belakang politik mereka, bahawa apa saja tindakan menghina, mencemar kesucian agama Islam dalam apa jua bentuk waima `jamuan berbuka puasa di gereja atau kuil' hendaklah ditentang habis-habisan dan diambil tindakan. 

Segelintir pemimpin Islam dan kadangkala pengikut mereka menggelar pemimpin ini al-ustaz dan tok guru yang tinggi ilmu agama Islamnya mungkin sedang mentelaah ayat-ayat suci Quran malah hadis berkaitan, semata-mata untuk `menghalalkan' perbuatan atau tindakan penganjur menganjurkan `acara berbuka puasa di gereja'...WT percaya ramai dikalangan umat Islam terutamanya dikalangan mereka yang berlebih-lebihan mahu mendapatkan sokongan dan undian politik orang bukan Islam akan memperlekeh apa jua tulisan atau usaha umat Islam yang mahukan tindakan tegas terhadap penganjur yang mencemar dan menghina kesucian Islam.

Kepada muslimin muslimat samada daripada UMNO, PAS, PKR, DAP, MIC, MCA, UPKO, PBS, PBB dan apa jua platform  parti siasah , NGO dan lain-lain....Ayuh bersatu di dalam menegakkan kesucian Islam! Tulisan Dr Riduan Tee dibawah memberi banyak iktibar dan gesaan yang perlu kita fahami dan ambil tindakan sewajarnya!

WT menyokong tanpa berbelah bahagi pendirian tegas YB Dr Hasan Ali dalam soal serbuan oleh JAIS. Ketepikan soal politik, bersama di dalam persoalan Islam!

Tulisan YB Dato Zul Nordin juga menarik dibaca meskipun banyak `menyiku' pemimpin-pemimpin yang banyak mencipta pembohongan demi pembohongan. Artikel bertajuk Genggam Bara Api  dan Politik Al Kazeeb sesuai dibaca untuk kesedaran umat Islam yang sayang dan cintakan agama Islam.
 

Artikel ini adalah respon terkini mengenai dakwah Kristian.

Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan...


1 Ramadhan 1432H/ 1 Ogos 2011 Isnin

Salam Ramadhan...selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pembaca, rakan bloggers, muslimin serta muslimat. Semoga kita terus mendapat berkat dan rahmat dari Allah.

Wednesday, July 20, 2011

Semakin Panasss: Ahli Parlimen BN Tarik Diri!


20 Julai 2011, Rabu

Seorang sahabat bertanya ; Apa agaknya yang membuatkan seseorang sangat teruja dan terdesak mahu menjadi calon? Jawab saya; Tanyalah mereka yang masih dan terus mengejar dan sentiasa berusaha dipilih menjadi calon, mereka ada jawapannya!

Samada dari puak Pakatan Rakyat mahupun BN, bagi yang mengikuti kelompok atau kumpulan kedua-dua pihak ini maka akan ditemui bermacam cerita berkaitan usaha individu yang melobi menjadi calon. Pelbagai ragam dan cara dilakukan. Kalau dulu tidak bersongkok atau berkopiah, kini penampilan diri sudah berubah. Ada yang mula berkampung di lokasi tertentu dan mula `menyibukkan' diri walaupun majlis berkenaan tidak kena mengena dengan mereka...Ini strategi menonjolkan diri namanya! Mereka juga sudah mempunyai gerak kerja dan tenaga kerja untuk menggerakkan usaha melobi ini...sudah pasti upah dan habuan! Mana ada orang mahu free....Tukang kipas, tukang bagi semangat dan bermacam jenis tukang ada dalam pasukan pelobi...


Walaupun pemimpin bagi kedua belah pihak sering berkata bahawa calon akan dipilih adalah yang berwibawa. Bagi BN, DS Najib telah menyatakan bahawa calon boleh menang adalah diutamakan. Maka ramailah juga yang perasan merekalah calon yang dimaksudkan oleh DS Najib! Apapun itulah rencah dan ragam manusia...Apalah agaknya yang seronoknya menjadi calon dan jika menang jadi YB? 

YBM Ahli Parlimen Jerantut (BN) sudah tarik hand brake! Beliau memang gentle...Dalam pada orang makin sibuk dengan pelbagai jadual `bersama rakyat' tidak kira siang dan malam hujan dan ribut....demi mengejar dan menonjolkan bahawa merekalah calon yang boleh menang. Semoga lobi itu tidak mengecewakan mereka kerana sudah banyak cerita sebelum ini yang memaparkan kegagalan usaha lobi.

JERANTUT: Three-term Jerantut member of parliament Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yesterday announced that he will not be seeking reelection in the next general election.
The former deputy transport minister who has been an MP since 1999, said he had decided to call it quits to make way for other young and capable leaders.

"It is my personal decision... I want to call it a day and have no plans to contest the next general election.

"I am already in my 60s and age is catching up. After serving three terms as Jerantut MP, I believe that the time has come for me to call it quits," said Tengku Azlan.
He said this after presenting prizes to winners of the Pulau Tawar football and netball league at Tekam Plantation, here, yesterday.

Tengku Azlan said he had informed Prime Minister Datuk Seri Najib Razak of his decision not to contest in the next general election.

Tengku Azlan, who is Jerantut Umno division chief, said in his three terms he had strived to carry out various development projects for the people in his constituency.

"I managed to bring unity among the Barisan Nasional component parties and also build trust among the younger generation in the government," he said.

In the 2008 general election, Tengku Azlan beat Hamzah Jaaffar from Pas by a majority of 1,946 votes. He was then offered the deputy foreign affairs minister's post.

However, after having previously served as the deputy transport minister, Tengku Azlan, who is the sultan of Pahang's brother, declined the post.

Meanwhile, in Kuala Kangsar, Bernama reports that the Perak Barisan Nasional is identifying potential candidates for the next general election.

Its chairman, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, said a list of potential candidates who met the criteria set by Najib -- that they can win elections and are liked by the people -- was being prepared.

Zambry, who is Perak menteri besar, said the list would consist of a mix of old and new faces.

"The identifying of candidates has to be done from now to avoid a last-minute selection," he said after launching the Perak Puteri Umno general election machinery at Sekolah Kebangsaan Kota Lama Kanan near Kuala Kangsar.

Zambry said that a candidate chosen in a hurry could sometimes turn out to be someone disliked by the voters. He said this was to be avoided by Perak Barisan Nasional.

Sunday, July 17, 2011

Mempolitikkan Kematian!

17 Julai 2011, Ahad

Kematian seorang peserta perhimpunan haram BerSHIT 2.0 baru-baru ini dimanipulasi sepenuhnya 
oleh mereka yang mengganggap diri mereka suci dan bersih dari calitan dosa. Walaupun umum tahu mereka juga berpolitik. Mempergunakan imej dan platform agama sebagai alat politik mereka sudah menjadi sinonim. 

Mereka tidak merasa bersalah mahupun berdosa sekalipun mempolitikkan kematian Sdr Baharuddin yang juga peserta perhimpunan haram tersebut. Arwah juga pernah bekerja dibawah agensi Kementerian Kewangan Malaysia sehingga pencen. Kematian arwah di`superimposekan' dengan `kematian' seorang insan lain yang dikhabarkan memang seorang `pelakon' terkenal didalam melakunkan apa jua watak dalam filem versi Pakatan Rakyat! 

Mengapa suka membawa mereka yang telah kembali menemui Ilahi sebagai alat politik? Kononnya sebagai satu perjuangan untuk memastikan kematiannya tidak sia-sia. Sudah...sudahlah...Yang berlakon mati konon pihak Polis berlaku kejam ke atas mereka! Mungkin masih ada rakyat percaya, tapi yakinlah semakin ramai rakyat yang muak dan jelek dengan lakonan `over-acting' seperti ini...Carilah idea dan `lakonan' lain....

Pernahkah kita semua terfikir bagaimana anggota Polis juga mendapat kecederaan disebabkan `keganasan' perusuh perhimpunan haram itu? Saya sendiri melihat bagaimana seorang anggota Polis yang mengiringi perusuh untuk dibawa ke lori `Black Maria' menyiku ke dada anggota Polis tersebut sehingga menyebabkan anggota Polis tersebut terduduk kesakitan. Seorang peguam yang menjadi balaci Majlis Peguam hanya memerhati buat muka sadin.....Semua orang kononnya mahukan Polis tidak bertindak zalim dan ganas terhadap perusuh, tapi apakah nasib anggota Polis yang dizalimi dan diganasi oleh perusuh? Itu belum mengambil kira kesan ekonomi, sosial dan keselamatan yang dihasilkan oleh perusuh perhimpunan haram!

Terkini! YB Ahli Parlimen Titiwangsa disahkan telah kembali kerahmahtullah. Sebelum itu, ada juga yang sudah menghantar info kematian arwah lebih awal dari masa sebenar arwah meninggalkan dunia! Yang menyebarkannya bukan orang lain tapi orang-orang parti arwah dan rakan pakatan parti arwah juga....Demikianlah pantasnya dunia maklumat sekarang! Hinggakan kematian kita boleh disampaikan lebih pantas dari detik kematian kita...Tidaklah menghairankan sekiranya kematian arwah YB Dr Lo'Lo juga dipolitikkan sepenuhnya dan sekiranya poster, banner, bunting dan ceramah diadakan di merata tempat dan kematian mereka yang telah kembali menemui Ilahi akan terus dijaja ke sana ke mari....

Alfatihah untuk kedua-dua arwah Sdr Baharuddin dan YB Dr Lo'Lo....Semoga roh mereka ditempatkan disisi golongan yang beriman...Aminn.

[Perbezaan politik dan ideologi tidak mengendurkan tali persaudaraan sesama Islam!]

Sunday, June 5, 2011

Semakin Panasss: Musa & Shafie Masih Bersandiwara...

5 Jun 2011, Ahad


Tajuk drama politik UMNO Sabah minggu ini agak menarik! Skrip dan lakon layar sudah lama `dilangsungkan' cuma pelakon utama dalam drama ini belum pernah sebelum ini berterus terang. Orang bilang berlakonlah katakan! Namun selama ini, ramai pemerhati politik mahupun orang politik khususnya di Sabah mengetahui bagaimana `mesranya' perhubungan politik antara Shafie dan Musa.

Mungkin juga mereka berdua semakin terasa bahang atau semakin teruja dengan kehangatan politik. Lalu kedua-duanya bersuara dengan nada yang sedikit berbeza...Orang bilang juga, inilah dikatakan cakap orang politik! Nah ambil kau...Kata-kata orang politik di Sabah, siapa yang `mendahului' carta sokongan politik di Sabah setakat ini? Tidak dinafikan walaupun Shafie adalah Naib Presiden III UMNO (atau orang kelima dalam ranking kepimpinan UMNO) tetapi Musa Aman juga yang `menguasai' kepala-kepala politik di Sabah! 

Musa Aman mempunyai `gerak kerja' yang agak kemas dan teratur dalam menyaingi Shafie Apdal yang merupakan orang atasan UMNO dan Menteri di kementerian yang agak `berisi'. Musa Aman sentiasa `menunjuk-nunjuk' betapa hebat dan pentingnya kepimpinan beliau serta pentingnya beliau kepada UMNO Sabah. `Promosi' baik seumpamanya berjalan lancar dan teratur oleh Musa Aman khususnya di hadapan dan di mata DS Najib Tun Razak. Dalam soal ini, Shafie Apdal ketinggalan agak jauh! Blog ini `enggan' mengulas panjang buat masa ini. Tetapi sepertimana orang politik Sabah yang lain, blog ini percaya Musa Aman `berjaya' menutup kelemahan beliau dan `menenggelamkan' Shafie Apdal. Dan Shafie Apdal ternyata tidak mengganggu `keamanan' Musa Aman. 

Lihat dua statement berbeza oleh Shafie Apdal DISINI dan Musa Aman DISINI.....Adakah `lakonan' mereka kelihatan tulen dan `hidup'? Mereka tidak kelihatan berlakon walaupun banyak berkias-kias dan `madah berhelah'... Kamurang pikirlah sendiri....!!!