Saturday, December 31, 2011

Ayuh 2012! Ni Kali Lah vs Lain Kali Lah...


01 Januari 2012, Ahad

Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua sahabat dan rakan pembaca/bloggers. 2011 kita tinggalkan dengan pelbagai rencam kehidupan dan roda-roda politik yang sentiasa berputar turun dan naik. WT berpendapat isu dan wajah Hj Anwar Ibrahim adalah `ikon' politik 2011 yang paling menyerlah! Menyerlah disebabkan tahi penyakit moral beliau yang tidak berkesudahan. 

 Pengikut beliau yang tidak sedar diri terus dibuai mimpi penuh pembohongan Hj Anwar...Dibawah adalah senarai bekas `orang kuat, orang kanan dan orang penting' disisi Hj Anwar sebelum ini...(terimakasih kepada pelawat blog yg memberikan senarai ini!Sebenarnya ada lebih ramai lagi pengikut dan pemimpin mereka yang telahpun berpaling tadah) 

Kini mereka samada menyepikan diri, meninggalkan Anwar sudah pasti atau terus berjuang menentang kemungkaran Hj Anwar mengikut platform masing-masing. Selamat Berjaya kepada mereka di tahun 2012 ini...

# Namun, usah dibuai lena kerana UMNO/BN juga bukanlah sesempurna mana. Di Sabah, jika PRU13 diadakan...ramai meramalkan kepimpinan UMNO/BN Sabah mahupun kepimpinan DS Najib akan `diaibkan' berdasarkan perkara-perkara tertentu (yang akan dikupas dalam entri blog ini seterusnya...sekiranya diberikan kekuatan oleh Nya). Adakah fixed deposit di Sabah & Sarawak untuk Barisan Nasional bakal menjadi `fail deposit' pada PRU13 akan datang? Apakah 2012 menjelang PRU13 kita akan melihat senarai pemimpin BN/UMNO yang meninggalkan BN/UMNO pula?

Ni Kali Lah....atau...Lain Kali Lah!

Selamat Berjuang untuk Agama, Bangsa & Negara tercinta!


Senarai Pemimpin PKR keluar parti
Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
Datuk Zaid Ibrahim
Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah AbdullahKerusi Parlimen
Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
Adun Lunas - Md Radzi Salleh
Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin 

No comments: