Monday, May 24, 2010

NOTA UNTUK PM...IKHLAS DARI BLOGGERS

Warisan Tamar
25 Mei 201
 

Bloggers pro-Umno ingin mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan pandangan bahawa sebarang perlantikan pemimpin yang dilanda kontroversi ke Kabinet ataupun mana mana jawatan berprofil tinggi hendaklah dielakkan pada masa kini.

Dengan sebarang perlantikan yang berbaur kontroversi, maka akan tempanglah semua usaha kita untuk meningkatkan prestasi dan imej Umno, Barisan Nasional mahupun Kerajaan Pusat.

Bloggers pro-Umno juga akan merasa lebih tertekan dalam usaha mereka menyokong usaha Umno kerana mereka tidak mungkin mampu mempertahankan keputusan melantik seorang pemimpin yang terpalit kontroversi ke Kabinet.
 
Di ketika getir ini, kita memerlukan seorang pemimpin muda yang mampu menyatukan sayap Pemuda Umno yang kian robek kerana Pemuda adalah penyumbang penting dalam perjuangan parti keramat kita.

Sejarah telah menunjukkan bahawa Pemuda mampu bertindak sebagai suara kritis yang lantang lagi bernas tanpa memberi ketuanya sebarang jawatan Kabinet, malah keputusan memberikan Anwar Ibrahim jawatan cabinet sempena kedudukan beliau sebagai Ketua Pemuda mungkin sekali telah menjadi punca Pemuda kian kusam, gusar dan capet.

Umno amat memerlukan tenaga Pemuda ketika generasi baru semakin meminggirkannya, dengan itu kami ingin menyeru dengan lantang agar Perdana Menteri tidak melantik Ketua Pergerakan Pemuda Umno ke Kabinet.
 
Seruan ini disokong oleh para blogger pro-Umno.

1 comment:

whiteorange said...

APO NAK DIKATO :

AKU SETUJU KP DINAFIKAN SEBARANG JAWATAN PENTING DALAM KERAJAAN. JANGAN PISANG BERBUAH BERKALI2