Thursday, February 5, 2009

NAJIB CHECK MATE ANWAR (DIKEMASKINI!!!)


05 Febuari 2008, Khamis
TERKINI 3: Saya terjumpa tulisan dari blog AdukaTaruna `Padan Muka Anwar: Terduduk Anwar beb....' hahaha...saya rasa imaginasi kami tidak jauh bezanya...bacalah bukan kempen tapi santai dibaca!

TERKINI 2: ADUN Pangkor Datuk Dr Zambry Kadir dinobatkan sebagai Menteri Besar ke 11 Kerajaan BN Perak. Fuyohhhh...sapa sangka beb...sapa sangka beb! Lepas ni mereka pakai CAMRY yang baru jer servis 1000km...Ngeh dan Ngok tak bleh komplen sebab mereka yang beli....sadis bro! Aku beli keta orang lain pakai...Awas plan utk `mendajalkan' keta CAMRY...uhukkkk...
TERKINI 1: DS Nizar enggan lepaskan jawatan Menteri Besar! (Takkan sayang nak lepaskan kereta CAMRY kot!). Jangan terkejut jika taktik menimbulkan huru hara dilakukan untuk memaksa pilihanraya diadakan. Inilah susahnya bila sudah gila kuasa sampai tahap cipan!!! Kepala otak pun sudah berada di kelapa lutut.


KEMELUT politik mungkin menemui jalan penyudah. Terkini pada petang hari ini, DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan permintaan kera-jaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan DUN Perak. Menteri Besar dan pasukannya dititahkan supaya meletakkan jawatan atau jika tidak akan dikira mengosongkan jawatan secara automatic. Ini bermakna BN akan menubuhkan kerajaan yang baru di Perak. Sebuah kerajaan ke 11 akan tertubuh di negeri Perak.

Pandangan umum saya, cadangan untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya semula adalah merupakan langkah yang baik. Ini kerana mana-mana pihak yang memenangi dan mendapat majority kerusi secara sahih berhak untuk menduduki tampuk kuasa pemerintahan. Ini juga bermakna kerajaan baru tersebut mempunyai mandat yang kuat untuk meneruskan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan negeri. Tindakan sebegini pernah berlaku di Sabah walaupun situasinya sedikit berbeza iaitu di tahun 1985 dimana kerajaan negeri dibawah parti BERJAYA tumpas kepada Parti Bersatu Sabah (PBS). Timbul kekecohan yang amat meruncing. Lalu kerajaan PBS membubarkan kerajaan dan DUN bagi mengadakan pilihanraya semula pada tahun 1986. Keputusannya PBS berjaya mengekalkan kemenangan dan kembali menerajui tampuk kerajaan negeri Sabah.

Namun begitu saya juga berpendapat bahawa berdasarkan senario ekonomi semasa, saya merasakan tindakan mengadakan pilihanraya semula adalah satu tindakan yang akan menyaksikan puluhan malah mungkin mencecah ratusan juta ringgit diperlukan untuk melaksanakannya. Sedangkan dalam keadaan ekonomi meruncing ketika ini, ada baiknya sumber kewangan sebanyak itu digunakan untuk memacu ekonomi dalam negara seperti digunakan untuk memberi subsidi ke atas barang keperluan asas gula, beras, minyak makan dan sebagainya atau digunakan untuk memberi subsidi kepada pengusaha bas sekolah supaya tambang bas sekolah tidak mengalami kenaikan yang akan membebankan sesebuah keluarga.

Memandangkan DYMM Sultan Azlan Shah telahpun menitahkan agar DUN Perak tidak dibubarkan sebaliknya MB sedia ada meletakkan jawatan bersama pasukannya, maka secara terhormat juga eloklah mereka yang berkenaan melaksanakan titah DYMM Sultan itu. Kepentingan rakyat dan keharmonian awam hendaklah diutamakan. Saya tertarik membaca
kenyataan En Cyril Yansalang, bekas pegawai PR Datuk Pairin Kitingan mengimbas kembali situasi peralihan kuasa secara lebih aman dan terhormat pada tahun 1994 di negeri Sabah bilamana Datuk Pairin menyerahkan kuasa Ketua Menteri kepada Tun Sakaran Dandai. Dengan kata lain, seseorang pemimpin yang liat dan nampak enggan menyerahkan tampuk kuasa secara sukarela sebenarnya mempunyai agenda lain. Agenda peribadi, agenda orang lain yang berkepentingan dan sekaligus tidak memikirkan suasana harmoni di negeri yang dirinya adalah anak jati negeri sendiri.

Sekali lagi saya ingin mengungkit bagaimana riak wajah dan kenyataan mereka bilamana seorang YB Katak dari BN (kini melompat kembali ke UMNO) menyertai mereka tempohari. Saya memberikan tabik kepada pimpinan UMNO dan BN semasa isu itu terjadi. Mereka bertindak secara matang dan bermesyuwarah untuk mencari penyelesaian. Tidak perlu menghimpunkan ahli dan penyokong UMNO dan BN untuk berdemonstrasi membantah tindakan YB Katak tersebut. Bak kata orang, seorang pergi tiga orang datang (tidak termasuk YB Katak)….apa ada hal! Bagi saya, selagi pemimpin dan penyokong PR menganggap mereka sentiasa betul dan maksum dari sebarang dosa dan kekhilafan maka saya percaya Allah maha adil dan berkuasa. Keimanan seseorang muslim bukan diukur dari pakaian atau logo parti masing-masing. Hari ini pemimpin PR harus bermuhasabah diri bahawa mereka bukannya maksum dan mereka pun bukannya hebat sangat…terimalah hakikat politik seperti kata DS Ahmad Zahid Hamidi!

Menyentuh tentang YB Katak yang mana saya rasa saya juga agak keras `menghentam’ beliau, eloklah kalau dia sudah berjumpa jalan pulang. (Maaf! Beliau terpaksa direkodkan ke dalam hall of fame `the finest frog’ – YB-YB dari Sabah pun sudah lama bertapak dalam hall of fame itu…Datuk, jangan marah nanti kena jual!) Saya anggap YB Katak itu juga merupakan pencetus utama suasana kalut politik di Perak. Dalam buruk, ada juga baiknya tindakan sedemikian. Sakitnya hati DS Anwar dan DS Nizar bila YB Katak terserempak dengan mereka lalu bersalam dan berbisik `sori le bro! warisantamar kata politic is the art of the possible…betul tak’! Kalau salah haribulan, mahu lebam muka YB Katak kena `tamparan’ manja DS Anwar dan DS Nizar.

Saya juga terfikir tentang kelicikan strategi politik yang penuh perancangan jika persepsi ini benar. Sekadar andaian saya – namun kredit dan tabik (without spring!) saya berikan kepada DS Najib. Saya katakan DS Najib memberikan impak yang berkesan kepada perpaduan dan kerjasama dikalangan ADUN BN. DS Najib mempunyai sejarah politik yang luas dan beliau pada saya sudah cukup masak dan puas dengan sepak terajang politik. Beliau pernah bertanding dan hanya memperolehi majority 200-300 undi sahaja pada tahun 1999. Tahun 2008 beliau meraih majority terbesar. DS Anwar sebenarnya gerun dengan kelicikan, kematangan dan strategi politik DS Najib. Tidak hairan bilamana DS Anwar tidak henti-henti melancarkan serangan berbentuk `character assassin' terhadap DS Najib.

Pada saya, cerita politik di Perak adalah gelanggang lebih luas untuk DS Najib vs DS Anwar dari segi strategi dan perancangan politik. Jika DS Anwar boleh berbangga dengan kemenangan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. DS Najib seakan memberikan satu pukulan bertaraf TKO kepada DS Anwar di bumi Perak! DS Anwar sudah pening lalat…malam nanti dikhabarkan bahawa beliau akan mengadakan aktiviti `rutin’ untuk menaikkan semangat dan suhu panas penyokong tegar beliau dan PR. Kawan saya kata…ceramah dan demonstrasi nak cover malu sebab kena TKO! Pandailah kau kawan…DS Anwar mana tahu malu!!!

Apapun, sudah ada mengaitkan YB Katak yang seorang itu sebagai `TROJAN HORSE’…saya hanya mampu tersenyum. Saya rasa DS Anwar tahu bagaimana beliau kena check mate akibat umpan `Trojan Horse’. Kita imaginasikan perlawanan catur antara DS Najib vs DS Anwar, DS Anwar ketawa terbahak-bahak bila berjaya `memakan’ kuda/horse DS Najib dan kononnya mematikan langkah DS Najib. Kemudian dengan penuh muhasabah, DS Najib mengerakkan buah caturnya dan dengan senyuman sinis… DS Najib berkata `check mate’!!! Dapatkah anda bayangkan bagaimana pedihnya hati DS Anwar apabila kena kantoi check mate oleh bekas geng Team Wawasan beliau sendiri. Dengan penuh adab, DS Najib meminta izin kepada DS Anwar untuk melepaskan tawanya yang sudah tidak tertahan……………..hahahaha!!! Bayangkan bagaimana sensitifnya hati DS Anwar, silap haribulan siapa yang tersengih tidak tentu pasal pun dianggap menyindir beliau….hahaha…jaga-jaga belakang!!! Kes 16 Sept pun belum setel…kena check mate di Perak pulak!

Akhir kalam, saya percaya akan ada banyak episod politik yang menarik untuk diikuti oleh semua Saudara dan Sahabat pembaca selepas ini. Selain episod yang sedang dipertontonkan bilamana DS Anwar dan pasukan PR nya yang kena check mate oleh DS Najib di Perak, sekurang-kurangnya dalam tempoh 2-3 bulan ini akan ada banyak cerita menarik tentang politik tanahair sambil-sambil kita melayan ekonomi yang kureng menarik ceritanya. Jangan lupa juga kes liwat DS Anwar pun tidak lama lagi akan memasuki carta popular! Sama-sama kita saksikan…NEXT! Siapa yang kena…???

Sesungguhnya saya percaya bahawa `politic is the art of the possible’.


Salam Transformasi…

No comments: