Thursday, May 14, 2009

APA BEZA POLITIK WANG DAN BELI UNDI

Warisan Tamar
14 Mei 2009, Khamis

POLITIK wang dan beli undi? Beza cuma perkataan sahaja. Maksudnya 2 x 5 serupa. Dalam akhbar mingguan arus perdana (10 Mei 2009) ada temubual dengan pemimpin kanan PAS (Datuk Muhammad Daud, Ketua Dewan Ulama PAS) dan antara yang disentuh adalah kisah nasib pemimpin ulamak dan profesional menjelang Muktamar Agung PAS. Namun yang paling menarik perhatian ialah kisah Ringgit Malaysia juga turut sama dibawa dalam pemilihan parti yang kononnya maksum daripada dosa dan apa jua kesalahan.


Ramai rakan blogger juga sudah mengulas isu ini. Saya sekadar tersenyum dan terfikir bahawa apabila kita menuding satu jari kepada orang lain, kita terlupa ada empat lagi jari menuding ke arah kita. Hari ini akhbar arus perdana juga memaparkan kenyataan seorang pemimpin PAS Kelantan yang meminta `bukti' bahawa gejala beli undi a.k.a politik wang sedang berlaku dalam PAS. Pemimpin kanan yang mengatakan bahawa gejala beli undi berlaku dalam PAS bukan calang-calang...dia dari Dewan Ulama PAS...cabang parti yang amat penting dalam PAS.


Persoalannya, adakah PAS akan bertindak `menyembunyikan' dan `menafikan' pekung politik wang dalam parti mereka? Saya berpendapat mereka akan menafikan sehabis-habisnya. Mereka memburukkan UMNO dalam soal ini tapi sekurang-kurangnya UMNO `lebih berani' untuk mendedahkannya dan bertindak.


WT: Jangan pula ada yang bagi duit pakai not bukan RM...macam Riyal ke, Rupiah ke...nanti perwakilan PAS susah pulak berbaris depan kaunter money changer...atau nanti akan ada kaunter tukaran matawang asing disediakan semasa Muktamar PAS agar kisah gejala beli undi itu boleh dihalalkan dan dianggap sedekah dari pemimpin bertanding kepada para perwakilan. Apa pula `fatwa' Nik Aziz selepas ini...??? Mungkin beliau ada idea untuk menghalalkan yang haram...

Wednesday, May 13, 2009

SUHU POLITIK YANG BERTERUSAN PANAS

Warisan Tamar
13 Mei 2009, Rabu

HARI
ini genap 40 tahun selepas negara dilanda peristiwa hitam yang membawa kepada banyak bentuk pengenalan dan pelaksanaan dasar-dasar baru kerajaan. Ia semata-semata bagi memenuhi keperluan dan kepentingan rakyat terutamanya pada masa tersebut. Biarpun segelintir pihak terutamanya parti-parti pembangkang sentiasa menafikan kejayaan dasar-dasar awam tersebut namun hakikatnya mereka juga tidak terlepas daripada menikmati kemakmuran yang dikecapi negara sehingga hari ini. Kita mengakui terdapat kelemahan yang sebenarnya mengkhusus kepada persoalan relevansi dasar-dasar tersebut pada era kini. Pihak kerajaan yang diterajui parti UMNO sedar dan memahami aspirasi tersebut. Malah tidak menafikan betapa perlunya transformasi terhadap beberapa perkara dan isu. Kita seharusnya bertambah matang dalam menangani apa jua isu. Mengaplikasikan metodologi berunsur `kasar' dan `biadap' bukan mencerminkan kematangan kita dalam menuntut sebarang perubahan.

Saya `senyap' dalam beberapa minggu tanpa apa-apa tulisan. Tapi saya masih mengikuti perkembangan politik, ekonomi dan sosial khususnya di dalam negara kita. Bermacam acara politik telah berlangsung malah dijangka akan banyak lagi acara politik akan memenuhi taqwim politik negara. Syukur pemimpin kerajaan khususnya diperingkat Persekutuan masih matang dan sedar akan tanggungjawab mereka terhadap usaha mengekang masalah ekonomi global dan menangani pelbagai lagi isu sosial.

Namun isu politik jua yang tidak lekang dibibir rakyat. Ternyata usaha pihak tertentu untuk terus menyemarakkan suhu politik `amat berjaya' hanya kerana memastikan mereka mendapat kuasa melalui apa jua cara. Mereka juga inginkan suhu politik itu terus panas dikalangan rakyat agar mereka terus relevan ketika PRU13 akan datang. Mereka sedar jika suhu politik itu semakin menyejuk, mereka juga akan `membeku' dari menerima sokongan rakyat.

Kini, krisis politik dan dikaitan dengan perlembagaan di negeri Perak masih menyala. Ramai rakan blogger memberi info kemaskini khususnya pandangan mereka daripada perspektif mereka sendiri. Saya menerima dan membacanya dengan hati terbuka. Sudah tentu mereka termasuk saya akan dilihat pro terhadap platform politik dan pemikiran yang didukungi masing-masing. Janganlah bersikap `autokratik' terhadap pandangan yang berbeza. Pihak yang pro kepada pembangkang / Pakatan Rakyat jangan juga menafikan `hak' mereka yang pro kerajaan BN. Mengapa kita berterusan mengganggap kita maksum dari kelemahan? Misalnya dalam ketelusan UMNO untuk menangani permasalahan politik wang, mengapa mereka yang bukan dari parti UMNO tidak mengakui secara jujur bahawa pemimpin dan parti mereka juga mempunyai `virus' yang serupa? Waima, jika kita kononnya mengakui sebagai parti yang adil dan saksama serta berlandaskan Islam juga tidak terlepas dari sindrom penyakit politik wang. Janganlah kita berlagak sombong dan mengganggap kita maksum dari dosa-dosa. Iman seseorang bukan terletak pada janggut yang panjang atau pakaian kita.

Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan perasaan simpati terhadap keluarga Ustaz Syahrin Md Jamaluddin, EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda UMNO Tebrau atas kejadian rompakan awal pagi hari ini. Beberapa jam sebelumnya saya bersama seorang sahabat baru sahaja bersembang dengan beliau di Putrajaya. Namun, tindakan pantas pihak Polis harus juga diberi kredit walaupun sesetengah pihak seringkali menafikan keupayaan anggota keselamatan kita. Kita seharusnya bersama-sama berganding bahu membantu pihak keselamatan dalam mencegah dan menangani permasalahan berkaitan keselamatan rakyat dan negara. Janganlah asyik kecoh dengan isu ISA.

Di Sabah, PM DS Najib telah melakukan lawatan rasmi di awal bulan Mei tempohari. Saya sebagai anak kelahiran Negeri Dibawah Bayu juga berbangga dengan kunjungan rasmi beliau sebagai antara negeri terawal beliau kunjungi selepas dinobat menjadi PM ke6. Sabah sudah melalui suasana yang berlaku di Perak. Tapi para pemimpinnya bertindak matang dan mendahulukan kepentingan rakyat sehingga proses peralihan kuasa antara pihak yang hilang suara majoriti kepada pihak yang memperolehi suara majoriti. Kini mereka semua berada di dalam sebuah kapal besar yang sama. Itulah uniknya Barisan Nasional di Sabah. Isu Timbalan Ketua Menteri tanpa parti (partyless DCM) sudah diselesaikan dengan berhemah oleh BN. Kita sebenarnya mampu bertindak lebih berhemah jika kita menggunakan akal fikiran yang matang dalam menanganinya. Tidak perlu berbaring di atas jalan raya atau berdiri diatas meja hanya semata-mata untuk menyatakan bahawa kitalah yang paling betul dalam sesuatu hal.
UMNO juga sudah mencecah usia 63 tahun pada 11 Mei lepas. Semoga dengan usia sedemikian ahli parti dan para pemimpin akan semakin matang dan berlapang dada untuk meniti arus transformasi. Berani berubah untuk menjadikan parti UMNO terus relevan dengan persekitaran semasa tanpa mengorbankan nilai-nilai dan norma murni yang sudah sedia ada. Janganlah kita menjadi sombong dan bongkak. Biarlah mengikut resmi padi makin berisi makin merendah diri. UMNO bukan parti yang tua dimamah usia tapi harus menjadikannya satu kekuatan untuk generasi berikutnya menggalas tanggungjawab parti.

Sebagai rakyat Malaysia, saya berharap para pemimpin akan lebih mendahulukan kepentingan rakyat dan memastikan prestasi mereka sebagai pemimpin diutamakan. Kita harus lebih bersatu dalam menghadapi suasana ekonomi global yang kurang memberangsangkan.

Salam Transformasi....

Tuesday, April 28, 2009

PRK PENANTI : APA PLAN DAN STRATEGI BN?

Warisan Tamar
28 April 2009, Selasa (PM)

UPDATE:

1) Calon PRK Penanti bagi PKR ialah Dr Mansor Osman. Beliau pernah bertanding di beberapa PRU termasuk pada PRU 12 yang lalu dan kalah semuanya. Kali ini pengundi Penanti dihidangkan dengan calon wakil rakyat PKR yang juga bakal ditabalkan menjadi TKM1 P.Pinang. `Strategi' PKR ialah kalau tak nak Dr Mansor, undilah calon TKM1 P.Pinang yang juga dari PKR. 2 X 5 undi Dr Osman jugalah...

2) Biasanya BN yang umum calon lebih awal dari yang lain. Kali ini di PRK Penanti, terbalik sikit. Sebabnya mudah saja bagi saya, `over konpiden' PKR sangat melangit. Bahasa kasarnya, jangan lah bodoh...sebab calon PKR adalah bakal TKM1 Penang jika menang. Soalnya bukan 100% pengundi Penanti kemaruk ada wakil rakyat sebagai TKM1. Lagi satu, pihak yang umum calon lebih awal biasanya akan kalah...hehehe...orang PKR mesti tak puas hati...sebab mereka teramat yakin PKR akan menang mudah. Umpama letak tunggul kayu pun jadi calon PKR...tunggul kayu boleh menang dan jadi TKM1. Betulkah?

3) Mukhriz kata BN akan gunakan pendekatan `luar biasa' untuk kempen BN di Penanti. Kita lihat hasilnya. Jangan kita terlalu pesimis dengan nya. Jangan tanya apa dia strategi dan pendekatan itu sebab kalau didedahkan kepada umum, tak ada maknanya lagi strategi itu. Ia bukan lagi `luar biasa'.

31 MEI 2009 adalah tarikh yang telah ditetapkan SPR untuk hari pembuangan undi bagi PRK Penanti. Apa pasal PRK diadakan, umum sudah tahu. Tak payah lagi kita kecoh-kecohkan. PKR yang menduduki kerusi DUN Penanti memang sangat-sangat dan teramat yakin mereka akan mengekalkan kerusi DUN untuk Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu. Ini point kempen paling utama PKR yang saya jangkakan dengan amat pasti iaitu calon ADUN PKR untuk DUN Penanti kelak adalah TKM1 P.Pinang. Samada pengundi DUN Penanti nak atau tak nak saja berwakil rakyatkan seorang TKM1 (calon simpanan selepas pemain utama terpaksa dikeluarkan sebab mengalami kecederaan!).




Tapi yang saya ingin tulis sedikit ini bukan pasal PKR dan team sekutunya. Sekadar berkongsi sedikit perkara dengan pembaca khususnya pimpinan BN khususnya UMNO (jika bertanding...saya rasa bertanding) walaupun high possibilities dorang tak baca pun...hehehe!. Tengahari tadi selepas makan/lunch bersembang dengan rakan-rakan. Mereka ini pada saya non partisan. Kiranya dalam musim pilihanraya adalah pengundi atas pagar lah. Soalan mudah saya, kalau BN/UMNO bertanding lah dalam mana-mana pilihanraya (dalam hal ini merujuk kepada PRK Penanti), apa agaknya korang harapkan daripada BN/UMNO terutamanya semasa kempen? Jangan cakap pasal aku nak DUIT...hehehe..




Jawapan mereka simple saja, ubahlah stail kempen BN. Umum sana sini projek mee segera ni sudah lapuk lah bro...kata mereka. Bukan menolak pembangunan bro...tapi nampak sangatlah BN main stail lama...pujuk orang untuk undi BN dengan projek itu ini. Saya tanya apa stail korang nak BN buat? Jawapan siot yang mereka bagi pada saya...lu pikir lah sendiri...hahahaha...Seorang daripada rakan saya sekadar berkata be low profile and sincere!




Saya stop disini. Mungkin jika ada berkesempatan bolehlah saya panjang-panjangkan apa stail kempen yang mungkin sesuai bagi menggantikan stail lama itu. Salah satunya juga ialah hentikanlah plan Pak Menteri untuk membuat majlis rasmi itu ini, lancar itu ini dan sebagainya kononnya pelancaran peringkat negeri lah kebangsaan lah...nasib baik bukan peringkat antarabangsa. Semua Pak Menteri berebut-rebut mengadakan majlis di kawasan PRK berkenaan. Hello Datuk-Datuk, itu semua orang sudah baca lah...dan masalahnya orang sudah fed up!




Last not least...speaking LONDON sikit, apa cerita POST MORTEM PRK yang lepas? Sudah siap atau terkial-kial nak siapkan? Jangan buang karan...lepas post mortem, weaknesses identified tapi akhirnya weaknesses yang sama juga dilakukan. Buatlah sesuatu yang benar-benar kelihatan satu transformasi oleh BN....




Salam Transformasi....




Monday, April 27, 2009

KOTA KINABALU PULA DIANCAM BANJIR

28 April 2009, Selasa (AM)

WT- Dr Rosalam juga telah memberi penjelasan tentang banjir di Beaufort sebelum ini. Saya harap walaupun kurang yakin Dewan Bandaraya KK (DBKK) akan mengambil berat komen oleh ahli akademik tentang cabaran dan hakikat ini. Saya menjangkakan pihak DBKK atau mereka yang berkenaan akan menjawab dengan jawapan cukup standard. Misalnya menjelaskan bahawa DBKK khususnya sudah memantau perkara ini dengan serius dan peruntukan jutaan RM telah disediakan seperti untuk membersihkan sistem perparitan serta melaksanakan sistem aliran air yang lebih berkesan. Namun, saya harap segala persepsi negatif saya tidak betul. Realitinya, lihatlah parit dan longkang di bandaraya Kota Kinabalu!

KOTA KINABALU 27 April - Banjir kilat akan menjadi perkara rutin di bandar raya Kota Kinabalu dalam tempoh lima hingga 10 tahun lagi sekiranya tiada tindakan proaktif dilakukan bagi mengatasi masalah itu.
Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Rosalam Sarbatly berkata, adalah tidak mustahil Kota Kinabalu akan menerima nasib yang sama seperti Kuala Lumpur yang kerap dilanda banjir kilat.

"Meskipun Kota Kinabalu terletak berhampiran dengan laut adalah tidak mustahil ia akan menerima banjir kilat rutin seperti Kuala Lumpur.

"Ini kerana pembangunan terus naik dengan pesat tetapi sistem perparitan tidak dirancang dengan betul selain kawasan tadahan yang semakin kurang.

"Jadi apabila hujan lebat ia seolah-olah menyiram air di atas lantai berbanding menyiram air di atas karpet sebelum ini,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, selain tidak mencukupi, sistem perparitan sedia ada juga sering tersumbat.

Katanya, tindakan kontraktor binaan yang tidak memberikan keutamaan kepada pembinaan longkang dan kawasan bagi menyalurkan sisa kumbahan binaan menyebabkan banjir kilat mudah berlaku di sini.

"Bila buat pembangunan dulu akan sebabkan pasir dan lumpur selepas pembinaan mengalir masuk ke dalam longkang dan sungai menyebabkan sungai semakin cetek dan risiko banjir meningkat," katanya.

Dalam pada itu, Rosalam berkata, meskipun mengakui faktor perubahan cuaca dijadikan alasan penyumbang kepada banjir kilat, tetapi masih ada jalan penyelesaian bagi menangani masalah tersebut.

"Kita tahu kita tidak boleh mengubah perubahan cuaca yang berlaku tetapi kita mesti bersedia, maksudnya bila tahu kenaikan taburan hujan, kita sediakan langkah awal pencegahan seperti menyediakan longkang yang mencukupi," jelasnya.

Sementara itu, katanya, antara usaha yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah itu ialah memastikan jumlah dan luas longkang yang ada mencukupi berdasarkan taburan hujan.

Tambahnya, longkang dan sungai sedia ada juga perlu sentiasa dibersihkan selain semua kontraktor wajib beretika dengan mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan, tidak hanya mengutamakan keuntungan.

Saturday, April 25, 2009

(REFRESH) SELAMAT BERSARA TUN MAHATHIR 2009


Warisan Tamar
25 April 2009, Sabtu (PM)

SECARA peribadi saya terkesan dengan banyak kejayaan Tun Mahathir semasa era pemerintahannya. Begitu juga dengan beberapa tindakan tidak popular beliau samada secara terang-terangan mahupun senyap-senyap. Sebagai rakyat Malaysia di Sabah, saya berani menyatakan bahawa Tun Mahathir telah mencetuskan `kekuatan’ kepada golongan Bumiputera Islam khususnya. Apa yang dimaksudkan? Saya lebih suka menyatakannya secara personal dengan pembaca. Demikian juga dengan sumbangan beliau terhadap pembangunan negara terutamanya dalam menangani krisis kewangan penghujung 90an.

Beliau juga diketahui ramai adalah individu paling lantang mengkritik sehingga `menurunkan’ Tun Abdullah dari tampuk kuasa. Walaupun Tun Mahathir sendiri yang memilih beliau sebagai pengganti.

Apa yang ingin saya katakan adalah bilamana Tun M sentiasa muncul dengan kritikan dan pendapat yang agak `keras’ meskipun Tun A sudah `berundur’ dan DS Najib berada di puncak pemerintahan negara. Saya tidak bersetuju dengan `kemunculan’ Tun M yang masih dengan kenyataan-kenyataan yang memberi impak negatif kepada kerajaan dan UMNO. Saya tidak akan kisah malah menerimanya dengan hati lebih terbuka jika ia bersifat konstruktif.

Apabila beliau mengatakan beliau tidak bersetuju dengan perlantikan DS Nazri dan Johari Baharum, saya terkilan kerana ia adalah bersifat peribadi. Jawapan DS Nazri terhadap kritikan Tun M adalah amat tepat dan the best way to cool down the statement made by Tun M. Jika Tun M tidak menyukai DS Nazri kerana too nasty terhadap Tun M, maka ada baiknya Tun M pun kena muhasabah diri juga. Jika kita menuding satu jari kepada orang lain, janganlah lupa bahawa ada empat jari lagi menghala kearah diri kita sendiri.

Saya merasakan Tun M terlalu sukar untuk `melarikan diri’ dari bayang-bayang beliau sendiri sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia. Silapnya pada saya ialah apabila Tun M mengundur diri sebagai teraju pemerintahan negara, pihak kerajaan mahupun UMNO terlalu `mengagung-agungkan’ beliau dan terus diberi peranan dan ruang seperti mempunyai Yayasan Kepimpinan Perdana dan menjadi penasihat kepada GLC. Saya tidak menafikan betapa hebatnya buah fikiran Tun M. Saya tidak akan melupakan segala jasa dan budi baik beliau kepada negara. Tetapi apabila beliau diberi `tempat’ untuk terus bersuara dan menyuarakan pendapat, saya rasa kerajaan tidak adil kepada beliau. Mengapa? Tun M sepatutnya diberi ruang dan peluang agar dapat menikmati persaraan dengan sepenuhnya.

Apabila kita terlalu `takut’ untuk memberikan nikmat persaraan kepada Tun M dan `taksub’ dengan kejayaan pemerintahan Tun M yang lalu, kita sering beranggapan bahawa pandangan Tun M masih diperlukan dan amat bernilai sepanjang masa. Apabila Tun M diberi ruang, maka beliau menggunakannya sebaik mungkin dan seringkali menggunakannya dengan acuan beliau sendiri sepertimana beliau sebagai PM. Sebagai PM, keberanian membuat keputusan walaupun berisiko amat diperlukan.

Saya merasakan kita terlalu `taksub’ dengan Tun M kerana masih menganggap apa saja yang akan diucapkan beliau adalah satu kalimah sakti yang akan merubah landskap politik, ekonomi dan social negara seperti mana tindakan-tindakan berani beliau semasa menjadi PM. Maka Tun M terus mempunyai ruang untuk berucap dan menyampaikan pendapat di pelbagai seminar, majlis dan sebagainya kerana beliau terus ditagih memberi buah fikiran walaupun kadangkala umpama memerah susu lembu yang sudah kekeringan.

Saya tahu ada yang tidak bersetuju dengan pernyataan saya. Ini kerana Tun M adalah negarawan unggul sehinggakan setiap bait-bait bahasa yang digunakannya dianggap sebagai simpulan-simpulan emas yang amat bernilai. Saya tidak menafikan keunggulan Tun M untuk melontarkan ide-ide untuk negara dan mencurahkan pengalaman pemerintahan sebagai rujukan semua pihak.

Tetapi konflik terjadi bilamana pandangan dan pendapat Tun M tidak mendapat respon atau tindak balas sewajarnya oleh pihak kerajaan atau UMNO. Tun M beranggapan pendapatnya adalah amat baik untuk dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan UMNO. Walhal pihak kerajaan atau UMNO beranggapan sebaliknya. Apabila timbulnya konflik, mana-mana pihak akan cuba mempertahankan apa yang mereka dukung dan katakan. Dalam hal ini banyak pihak menjadi serba salah kerana mungkin apa yang Tun M katakan adalah betul tetapi tidak sesuai dilaksanakan oleh pihak kerajaan atau UMNO sekalipun secara total. Manakala Tun M pula tetap teguh mengatakan bahawa `he is right’ dan `he thinks he always right'.

Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan personal opinion terhadap Tun M. Namun, ada baiknya Tun M menikmati persaraannya dengan sebaik-baiknya. Era `govt knows best’ sudah berlalu. Izinkan DS Najib untuk membawa era pemerintahannya sendiri dengan acuannya sendiri. Berilah ruang dan peluang kepada DS Najib sebagaimana bekas-bekas PM memberi ruang dan peluang kepada Tun M untuk mentadbir Negara selama 22 tahun.

Sepertimana Tun M berani mengambil risiko atas sebarang keputusan dibuat dan mempunyai strategi tersendiri menanganinya, maka saya percaya DS Najib pun ada kekuatannya sendiri.

Selamat Bersara Tun M…. 2009

MT UMNO: ADA WOW FACTOR ATAU TIDAK

Warisan Tamar
25 April 2009, Sabtu (AM)

PM DS NAJIB telah pun mengumumkan perlantikan `para pegawai kanan’ bagi membantu beliau melaksanakan tugas-tugas di dalam parti (UMNO). Seperti kata beliau bahawa beliau tidak dapat memuaskan hati semua orang dengan perlantikannya yakni selepas banyak suara-suara yang `mempersoalkan’ perlantikan barisan kabinetnya yang lepas, demikian juga suara-suara yang `mempertikaikan’ perlantikan individu tertentu dalam pimpinan UMNO.

Persoalannya, adakah dengan melantik semua muka baru seperti Ketua Penerangan (YB Tuan Hj Ahmad Maslan – MP Pontian) atau membawa masuk YB Senator Datuk Jamil Khir dan YB Senator Datuk Raja Nong Chik ke dalam Majlis Tertinggi UMNO adalah satu indicator tepat sebagai langkah pembaharuan dalam pimpinan atasan UMNO?

Atau dengan melantik `semula’ pemimpin yang kalah dalam pemilihan UMNO serta mendapat persepsi politik negatif meluas seperti YB DS Rafidah dan YAB Ketua Menteri Melaka, DS Mohd Ali Rustam adalah dilihat sebagai langkah pembaharuan UMNO yang akan `gagal’?

Saya memahami hakikat bahawa UMNO masih merupakan sebuah parti yang menjadi perhatian ramai. Secara umumnya diberi perhatian yang cukup `terperinci’ oleh rakyat Malaysia tidak kira mereka adalah ahli UMNO, rakyat biasa tanpa parti mahupun ahli parti siasah pembangkang, para peniaga kecil-kecilan dan korporat besar serta oleh kumpulan NGO. Oleh sebab itu setiap inci pergerakan dan tindakan UMNO khususnya oleh DS Najib akan dilihat dari pelbagai sudut implikasi positif dan negatif.

Sesiapa juga yang biasa terlibat dengan persekitaran pengurusan dan pentadbiran dimana mereka mempunyai kuasa melantik dan menentukan hala tuju sesebuah organisasi sudah pasti akan berhadapan dengan dilemma dalam menentukan anggota pasukan yang terbaik. Sebagai contoh mudah difahami, Alex Ferguson (Pengurus Manchester United) juga mempunyai dilemma dalam menentukan barisan pemain terbaik untuk menghadapi sesuatu perlawanan. Ada beberapa perkiraan, terpaksa dilakukan. Lazimnya, komen memuji hanya akan hadir selepas memperolehi keputusan yang positif dalam sesuatu perlawanan. Namun jika gagal dalam perlawanan, maka beliau juga akan dikritik kerana kesilapan penentuan barisan pemainnya.

Demikianlah juga dilemma DS Najib. Tepat atau tidak pemilihan dan perlantikan barisan kepimpinan dalam MT UMNO akan diukur selepas satu tempoh masa dan selepas sesuatu pilihanraya khususnya PRU13 kelak. Risiko? Dalam membuat apa jua keputusan elemen risiko adalah salah satu cabaran yang perlu berani diambil oleh seseorang ketua. Dare to take risk is also dare to take challenge!

Saya juga mempunyai pendapat bahawa ada muka-muka yang dilantik malah yang menang dalam pemilihan UMNO yang lepas tidak secocok dengan `kehendak’ hati saya sebagai ahli UMNO dan golongan muda. Perkiraan saya mungkin mudah dan boleh dipertikaikan tetapi ia juga hak peribadi saya. Pemimpin yang mempunyai persepsi buruk di kalangan masyarakat tidak seharusnya di bawa masuk ke dalam MT UMNO. Ini kerana mereka akan juga membawa beban politik kepada UMNO dan ahli-ahli UMNO sudah pasti akan mendapat tempias beban tersebut.

Namun untuk berlaku `adil’, saya juga mengalu-alukan langkah DS Najib tidak melantik semula beberapa pemimpin yang sudah terlalu banyak dibebani dengan persepsi buruk politik dan realitinya memang tidak diterima oleh rakyat. Saya percaya DS Najib sudah amat bersedia dan mampu untuk menangani persepsi yang akan terus berlegar-legar di dalam pemikiran rakyat bilamana masih membawa beberapa nama yang sering `dipertikaikan’ oleh masyarakat.

Justeru, saya sangat bersetuju bahawa DS Najib tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Saya berharap mereka yang telah terpilih dan dilantik didalam MT UMNO hendaklah juga mentransformasikan pemikiran dan cara kerja termasuk pembawaan diri di dalam masyarakat agar seiring dengan apa yang ingin dicetuskan oleh Satu Malaysia DS Najib dan Wow! Factor TS Muhyiddin…

Salam Transformasi...

Wednesday, April 22, 2009

SPRM GUGUR TUDUHAN TERHADAP FAIRUS EX-TKM 1 PENANG

(Fairus semasa era glamor beliau sambil dikelilingi oleh para wanita..hanya tinggal kenangan)

Warisan Tamar
23 April, Khamis (AM)


SAHIH...Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengugurkan tuduhan berkaitan rasuah kuari. Ada banyak persepsi dan pendapat apalagi ulasan dari pelbagai pihak bermula hari ini. Saya melihat `kesannya' dalam beberapa perkara serta bakal menimbulkan juga beberapa persepsi akan lebih bersifat negatif seperti berikut;-


1) SPRM akan dituduh berniat jahat.

2) BN/UMNO akan dituduh menjadi dalang.

3) Bahawa orang-orang Pakatan Rakyat adalah bersih dan tidak mengamalkan rasuah.

4) AnuWar senang hati sebab - Fairus berjaya ditendang keluar!

5) Fairus `bengkek' sangat hatinya sebab beliau tidak rasuah tetapi disepak keluar oleh AnuWaR.

6) Padan muka Fairus...TKM1 yang telah diperbodohkan oleh partinya sendiri.

7) Dan lagi...dan lagi...


WT- Kita ternanti-nanti pendedahan kecurangan orang-orang dalam Pakatan Rakyat oleh bekas YB setahun jagung, Fairus Khairuddin...Cuma adakah lagi sisa-sisa kejantanan beliau? Atau ini juga sepertimana AUTA berkaitan 6 kotak bukti rasuah pemimpin BN dulu?


MASALAH BANJIR DI BEAUFORT: ADA HARAPAN UNTUK MENGHARAP


Warisan Tamar
22 April 2009, Rabu (PM)


TERIMAKASIH dan syukur saya kepada Ilahi dan YB Kamarlin. Mengapa? Kerana `rintihan’ masalah banjir di Beaufort, Sabah telah diluahkan dalam Sidang DUN Sabah baru-baru ini. Peruntukan sebanyak RM6.8 juta disediakan kerajaan negeri Sabah untuk menangani masalah banjir berkenaan. Berita penuh tentang pemberitahuan itu ada di dalam Utusan Malaysia dan Blogger UstazSaid juga ada memaparkannya.

Apa yang penting selepas ini ialah jangan sampai apa yang dikata tidak dikota. Spt kata UstazSaid, kata harap dikota! YB Kamarlin harus menjadi `juara’ dalam hal ini. YB perlu membuat follow up apa status dan perkembangan peruntukan tersebut. Saya tidak kisah siapa yang dapat projek untuk `melangsaikan’ RM6.8 juta itu asalkan kerja-kerja penambahbaikan yang dimaksudkan dapat dilihat secara fizikal. Tapi kalau ada yang `mengkritik' YB pasal ketidaktulusan projek…itu kita cerita lainlah!. Saya juga tidaklah mengharapkan 100% selesai masalah banjir tetapi sudah amat bersyukur jika ia dapat `meringankan’ masalah banjir yang sudah berdekad lamanya.

Saya mendapat maklum bahawa usaha untuk `menjerit’ di DUN Sabah dan `meminta’ perhatian jabatan berkenaan juga dilakukan telah oleh wakil rakyat yang lain termasuk wakil rakyat DUN Lumadan sebelumnya. Namun yang dikesalkan dan menjadi tandatanya sebelum ini adalah tiadanya perkembangan dan status terkini terhadap usaha-usaha tersebut. Sumber orang politik tempatan kata ada perkembangan dan status positif sebenarnya tapi rakyat tidak tahu dan tidak diberitahu. Semoga selepas ini YB Kamarlin akan terus `menjerit’ dan `meminta’ supaya masalah banjir akan dapat diatasi dan direalisasikan. Jangan sekadar janji retorik!

Bukan sahaja YB Kamarlin sebenarnya tapi YB Datuk Hajjah Azizah (DUN Klias) serta dua Ahli Parlimen (YB Datuk Hj Lajim dan YB Datuk Sapawi) juga harus turut sama bertanggungjawab dan menyingsing tangan sehingga projek ini menjadi kenyataan. Inilah masalah nombor wahid penduduk dan rakyat di Beaufort!

Dikesempatan ini juga, saya ingin menjelaskan kepada rakan/sahabat/saudara pembaca bahawa kritikan atau apa saja luahan ketidakpuasan hati samada kepada wakil-wakil rakyat saya mahupun UMNO/BN amnya bukanlah berniat negatif. Ini adalah era dimana apabila kita sayang maka kita kena berani menegur dan mengingatkan. Zaman `govt knows best’ dan `YB always right’ sudah berlalu.

Saya menyatakan ini kerana sahabat saya semasa lepak-lepak di warung tepi jalan dua hari yang lalu yang juga pembaca blog saya yang setia bertanya `bro, aku tengok (Jbaca) tulisan blog ko macam mahu menghentam YB-YB ko saja?’ Interpretasi masing-masing saya percaya berbeza-beza. Kadang-kadang saya mungkin mentafsirkannya A tetapi pembaca mungkin mentafsirkannya sebagai B. Misalnya adakah 1 + 1 = 2? Saya serahkan kepada kebijaksanaan pembaca yang saya hormati dan hargai.

Saya sendiri tidak pasti samada YB-YB saya membaca tulisan saya atau tidak. Atau mungkin `para pegawai khas’ mereka ada membaca. Saya tidak pasti. Tetapi pada saya, mereka sudah diundi mewakili rakyat di kawasan saya makanya mereka harus dikejutkan jika tertidur atau disedarkan jika sedang alpa dan lalai. Sebagai blogger, blog adalah medium saya!. Sebabnya mereka hanyalah manusia biasa…mereka bukan maksum dari dosa (tidak seperti pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat yang maksum dari sebarang dosa dan kesilapan). Jika mereka tidak mahu bangkit dari kelemahan dan `ketiduran’ mereka…sama-samalah kita berdoa agar mereka tidak dicalonkan lagi pada PRU13 kelak. Jika tercalon juga….haaahhh…itu lu pikirlah sendiri…sendiri mau ingat bro! apa baranggg…betul tak?

Kepada para wakil rakyat, jadilah spesis pemimpin yang ketika ada, amat disegani dan dihormati serta disayangi rakyat dan apabila tiada (tidak menjadi YB lagi) ditangisi dan dirindui perkhidmatannya oleh rakyat. (Tapi pencacai dan kontraktor bawah ketiak YB pun menangis juga bila YB sudah tiada…sebab no `purujek’ no fulus!...hehehe)

Salam Transformasi…

Monday, April 20, 2009

SPESIS PEMIMPIN - ANDA PILIH


Warisan Tamar
21 April 2009, Selasa (AM)


ADA banyak criteria dan spesies pemimpin khususnya di Malaysia. Perdana Menteri DS Najib, dalam konsep Satu Malaysia banyak menekankan wajah-wajah pemimpin yang diperlukan oleh BN/UMNO dalam meniti arus transformasi politik kini dan masa depan. Antaranya beliau mahu pemimpin BN yang mesra rakyat, rendah diri, tidak sombong dan sebagainya. Dalam urusan pentadbiran pula beliau menegaskan bahawa tidak perlu `keraian’ melampau seperti bunga manggar, karpet merah, acara yang pelbagai dalam satu-satu majlis dan sebagainya.

Saya tahu ada pemimpin tidak kira dalam BN mahupun puak pembangkang yang mana `tugas hakiki’ mereka ialah merasmikan majlis sahaja (KPI utama). Pemimpin jenis ini tidak mempunyai agenda khusus yakni yang bersifat local / tempatan / domestic. Pada saya, rakyatlah akan menjadi penentu nasib mereka jika mereka dipilih semula menjadi calon. Saya pasti DS Najib sedar dan tahu serta akan mengambil tindakan sewajarnya kepada pemimpin a.k.a wakil rakyat seperti ini.

Dalam puak Pakatan Rakyat (tidak berdaftar di Malaysia) pun lagi ramai spesis seperti ini. Semoga wakil rakyat yang selalu sibuk bermain golf, rakyat dilanda musibah mereka sibuk bersantai diri dan bongkak tidak lagi akan menjadi wakil rakyat di dalam BN/UMNO. Nak jadi wakil rakyat PR, itu lu punya pasal sebab selagi AnuWar suka dengan `servis’ mereka maka surat `undated resignation’ tidak akan dikuatkuasakan.

Di pejabat saya, ada ditampalkan jenis-jenis kakitangan dan saya rasa sesuai diteliti dan direnungi semua khususnya oleh para wakil rakyat. Anda pilihlah yang mana satu kategori wakil rakyat yang anda suka dan mahu…

1) ADA, SANGAT DISEGANI
- TAK ADA, DITANGISI

2) ADA, DISEGANI
- TAK ADA, TAK APA

3) ADA, JADI MASALAH
- TAK ADA, BAGUS

4) ADA, JADI MASALAH
- TAK ADAPUN, JADI MASALAH

DR PUAD BUKA PEKUNG ANWAR



WT- Saya pasti AnuWar dan penyokong tegarnya akan menafikan (sesuai dengan sindrom denial mereka) dan akan menuding jari serta `mempersalahkan' Dr Puad. Saya juga berharap akan ada lagi YB-YB dari BN khususnya UMNO yang `berani' tampil membuat pendedahan. Soal penyokong AnuWar tidak mahu mempercayainya, itu mereka punya pasal lah! Yang penting penyokong BN juga perlu tahu dan diberitahu, kisah dibelakang tabir cerita dongeng Mat Jenin 16 Sept 2008...Thanks Dr Puad dan Dato' Fuad...!!!

KERAJAAN 16 SEPTEMBER YANG GAGAL

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meminta beberapa ahli parlimen Barisan Nasional menandatangani surat untuk memberikan persetujuan kepada beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam pada 16 September 2009 yang lalu. Surat tersebut ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong.

Demikian didedahkan oleh ahli parlimen Batu Pahat yang terpilih sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi dalam program Sembang petang “UMNO Dalam cabaran” anjuran UMNO Bahagian Gombak di Dewan Cempaka, Kelab Darul Ehsan petang tadi (19 April 2009) mulai jam 2.45 petang.

Menurut Dr. Puad, beliau telah menerima panggilan talipon daripada rakan Anwar Ibrahim, Dr. Abdul Rahim Ghaus, seorang ahli perniagaan pada 20 September jam 2 pagi tahun lalu yang menyatakan beliau ingin berjumpa dan berbincang mengenai pembentukan kerajaan pembangkang yang baru.

Dr. Puad bersetuju berjumpa dengan Dr. Abd Rahim yang kemudiannya yang merayu dan menunjukkan surat yang ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong bagi mendapatkan persetujuan melantik DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baru menggantikan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan telah hilang sokongan.

Untuk meyakinkan lagi, Dr. Abdul Rahim telah menalipon Anwar Ibrahim untuk bercakap dan meyakinkan beliau. Menurut Dr. Puad, Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa “Pak Lah is no longer in command..”

Beliau merayu agar Dr. Puad menandatangani surat tersebut tanpa perlu keluar daripada Barisan Nasional. Anwar berjanji akan merahsiakan tandatangan beliau. Ia hanyalah untuk tatapan SPB Yang Di Pertuan Agong, tambahnya lagi.

“I need more Malay MPs like you”, tambah Anwar lagi. “And we already have enough numbers to form new government,” kata Anwar cuba meyakinkan lagi.

Anwar cuba meyakinkan Dr. Puad dengan menyatakan bahawa empat Sultan telah menyatakan sokongan, termasuk SPB Yang Di Pertuan Agong !!.

Dr. Puad secara fizikalnya terketar-ketar. Beliau hanya baru beberapa bulan menjadi ahli parlimen tiba-tiba menerima ujian yang begini besar. Menurutnya, beliau terketar-ketar kerana takut terpengaruh dan lantas tanpa sadar menandatangani surat tersebut, jelasnya lagi.

Beliau cuba menguatkan pendirian dengan bertanya Anwar tentang bagaimana dengan agenda Melayu. Ini kerana beliau bimbang Pakatan Rakyat tidak lagi menjuarai kepentingan bangsa Melayu dan Islam lantaran ingin menjaga perasaan DAP dan pengundi Cina.

Menurut Dr. Puad, Anwar menyatakan kepadanya kepentingan bangsa Melayu akan dijaga dan beliau pernah menegur Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana kes tanah di Selangor.

Tetapi Kata Dr. Puad, banyak kes di Parlimen seperti serangan terhadap menghalang Murtad / keluar Islam yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Bukit Mertajam dari DAP tidakpun dipertahankan oleh ahli-ahli parlimen PAS mahupun PKR. Hanya pemimpin UMNO yang berbuat demikian. Apa yang diharapkan kepada mereka untuk berbuat demikian, tegasnya lagi.

“UMNO yang telah menggubal perlembagaan yang membuat ketetapan dimana keputusan mahkamah syariah tidak boleh dicabar dimahkamah civil,” tambah Dr. Puad dengan bersemangat.

Berbalik kepada perbualan telepon Anwar-Dr.Puad, lantaran debaran yang demikian kuat, Dr. Puad meminta tempoh kepada Anwar untuk beliau menunaikan solat istiqarah bagi mendapatkan petunjuk daripada Allah swt.

Beliau menyampaikan berita tersebut kepada isterinya untuk berbuat demikian dan melakukan solat istiqarah mendapatkan restu Allah. Keesokannya beliau menerima talipon lagi daripada Dr. Rahim Ghous.

Dr. Puad menjawab bahawa setelah beliau melakukan istiqarah, beliau telah mendapat mimpi yang menyatakan, “Kalau saya sign surat persetujuan tersebut bermakna saya telah menjual negara..”. kata Puad disambut dengan tepukan gemuruh daripada para hadirin yang hadir.

“Kalau saya sign, saya akan dihalau oleh Sultan dari negeri Johor yang merupakan tempat UMNO di nobatkan”, tegas beliau lagi.

“Saya memegang jawatan ini bukan untuk diri saya, tetapi untuk bangsa dan agama dan saya berharap saya akan istiqamah dengan perjuangan ini,” tambah Dr. Puad mengakhiri ucapannya dengan soalan-soalan yang bertalu-talu dari hadirin.

Anwar mengenali Dr. Puad kerana beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik pada tahun 80 an dahulu. Beliau seorang yang kuat berpegang kepada prinsip perjuangan agama dan bangsa. Pendekatannya sudah tentu berbeda dengan ahli-ahli parlimen yang lain.

Umum mengetahui bagaimana Anwar telah mengarahkan wakil-wakil rakyat PKR berkejaran ke Taiwan untuk memujuk ahli parlimen BN menandatangai surat persetujuan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke 6 pada 16 September 2008 yang lalu.

Dengan kehendak Allah, Perak yang jatuh ke tangan Barisan Nasional.

Hampir 400 ahli UMNO dari cawangan-cawangan Hulu Kelang hadir dalam perjumpaan tersebut.- fuhas.