Tuesday, January 29, 2013

Terkini [PANASSS]: Tarikh Pembubaran Parlimen & DUN!

WT sekadar memanaskan bahang PRU13 @ GE13 yang sememangnya sudah sedia panas membara. Dalam pada jentera serangan BN sudah masuk gear lima, pintu PRU13 sudah benar-benar hampir! PRU13 memang pasti berlaku dan terjadi pada tahun 2013...no doubt! Tapi bila tarikhnya? Bukan WT sahaja yang suka meramal atau menilik...hahaha...ramai peramal atau penganalisis politik samada rasmi mahupun tidak rasmi sudah meramal sejak tahun 2012 yang lalu.

WT menjangkakan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan pada bulan Februari ini. Pastinya selepas Tahun Baru Cina nanti....Tarikh yang agak menarik untuk dilihat adalah pada 20.02.2013 Rabu selepas mesyuarat kabinet atau pada 22.02.2013 Jumaat! Jika menjadi realiti, pastinya musim cuti sekolah pada penghujung bulan Mac akan menjadi pilihan untuk hari pembuangan undi! Apapun PRU13 pasti akan berlaku pada tahun ini....


# WT pilih 22.02.2013....



Saturday, January 26, 2013

Kalimah 'Allah': Hadi `main belakang' dengan Anwar Al-Jubs?





Kisah pusingan 360 degree oleh PASpispus terutamanya melibatkan Hj Hadi dan Nik Aziz kini dibuktikan. Kejap cakap sokong, lepas tu tak setuju, setuju bersyarat dan macam-macam jenis setuju dahhhhh....

Anwar al-Liwati tak payah cakap lah...dah nama pun kaki sondol, dia mana peduli depan belakang asalkan dapat sedap dia sodok semacam. Lim Kit Siang dengan anaknya Tokong Guan Eng....sentiasa menadah pancutan-pancutan Anwar al-Liwati!

Apapun, belum terliwat opppsss...terlewat, tahniah ler kepada pengikut-pengikut totok PAS! Teruskanlah mengundi PKR & DAP!!!

 

Saturday, January 12, 2013

HKR#KL112: Sesat Lagi Menyesatkan. Mohon Pencerahan!


Kepada bijak pandai agama, berilah pandangan dan penjelasan atas apa yang berlaku di Stadium Merdeka sempena Himpunan #KL112 yang dianjurkan oleh puak pembangkang. 

Demikian juga, mohon pengurusan stadium atau sesiapa yang ada maklumat, dimana sebenarnya arah kiblat dalam Stadium Merdeka? 

Aljuburi punya pasal....apa kisah dengan kiblat!


Perhimpunan #KL112: Satu Provokasi Politik Murahan?






Umum sudah mengetahui bagaimana perhimpunan ini dicanangkan dan diwar-warkan oleh parti pembangkang Pakatan Rakyat (dinyatakan atas platform NGO-NGO pro pembangkang dan disokong oleh parti pembangkang) sebagai satu perhimpunan rakyat. Walaupun pada awalnya ia juga dikaitkan sebagai perhimpunan untuk menyatakan sokongan kepada Shamsidar Taharin iaitu individu penting dalam perbicaraan kes saman Anwar vs Nalakaruppan. 

Untuk info, Shamsidar Taharin adalah isteri kepada Azmin Ali dan didakwa mempunyai hubungan sulit secara seksual dengan Anwar oleh Nalakaruppan. Ironinya, Nalakaruppan mendakwa beliaulah individu bertanggungjawab dalam `mengatur’ hubungan sulit tersebut semasa Anwar berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.

Sasaran kehadiran mereka adalah seramai satu juta orang akan menyertai perhimpunan itu. Angka sebesar itu dicanangkan untuk menggambarkan betapa besarnya perhimpunan ini bagi menunjukkan betapa besar sokongan terhadap mereka dan besarnya amarah rakyat kepada pihak kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional. Adakah mampu mereka memperolehi angka tersebut? 

Realitinya jika mereka berjaya menghimpunkan seramai itu di Stadium Merdeka, stadium akan runtuh dan hampir setiap inci Kuala Lumpur akan ada manusia. Melainkan mereka juga akan mengambilkira orang ramai yang datang dan berada di Kuala Lumpur untuk tujuan kerja, bersantai, membeli belah dan urusan bukan untuk hadir perhimpunan. Jika itu, maka angka seramai 1 juta orang membanjiri Kuala Lumpur akan tercapai. Pembangkang jelas memanipulasi keupayaan mengumpul 1 juta orang. Sedangkan mereka tahu mereka tidak mungkin berjaya mengumpul penyokong atau pengikut seramai itu untuk hadir perhimpunan yang sia-sia. 

Dikhabarkan, betapa penyokong parti pembangkang yang diseru untuk hadir juga mula mengeluh, letih dan memikirkan soal kos untuk hadir (bagi mereka yang datang dari luar Lembah Kelang). Dan ada cerita juga bahawa pembayaran elaun dan duit belanja diberikan bagi mencapai jumlah 1 juta orang. Bayangkan jika sekiranya 500,000 orang yang datang tanpa menerima atau dibayar sebarang elaun dan 500,00 orang lagi dibayar dengan elaun serendah RM100 seorang secara purata. Bermakna, sebanyak RM50 juta wang tunai diperlukan untuk 500,000 orang tadi! 

Teringat kata-kata seorang kawan apabila kita kata urusan projek atau permohonan tanah atau kayu balak di Kelantan tentunya bersih dan tiada duit kopi sebab pemimpin PAS kononnya kuat agamanya. Kata kawan ini, selagi mereka juga perlu membeli dan membayar apa saja barang atau perkhidmatan dengan wang ringgit maka tiada yang percuma. Siapa kata pemimpin PAS hidup dengan zuhud? Hidup semata-mata kerana perjuangan? Bagaimanapun pemimpin PAS `bijak’ menjadikan wang habuan atau duit kopi dari dilabel sebagai rasuah kepada satu sedekah dan amal jariah! Hanya dengan `menjual’ kepentingan dan kemuliaan agama! Termasuklah dengan keputusan berbeza-beza berhubung kalimah Allah dikalangan para pemimpin mereka.

WT berpendapat PRU13 akan datang ini adalah satu perlawanan antara kerajaan BN dan parti pembangkang untuk `memenangi’ undi daripada pengundi atas pagar dan meraih undi protes ahli-ahli dari parti lawan masing-masing. Berdasarkan jumlah keahlian parti, sudah tentu jumlah ahli-ahli parti dibawah BN jauh melebihi ahli-ahli dibawah pembangkang Pakatan Rakyat. 

Sesiapa yang berjaya memenangi hati kelompok ini pasti akan memenangi PRU13! Pengundi atas pagar umumnya akan membuat keputusan memilih mengikut `firasat’ dan `gerak hati’ mereka. Kadang-kadang mereka memutuskan memilih calon berbanding parti dan mereka lazimnya tidak mengangotai mana-mana parti atau menjadi ahli parti tetapi tidak aktif. Pengundi atas pagar sangat penting untuk menentukan kemenangan mana-mana pihak terutamanya kepada pihak pembangkang Pakatan Rakyat. 

Bagi WT, pengikut dan penyokong totok dan tegar parti pembangkang sudah pasti akan mengundi parti mereka. Walaupun calon mereka kaki betina, kaki duit kopi, kaki liwat, kaki ceramah awal pagi (khalwat), kaki cilok, kaki botol atau apa jua jenis kaki. Bagaimanapun, parti pembangkang juga berusaha untuk `mencuri’ sebahagian undi ahli-ahli parti dibawah BN. Ini terbukti bilamana `ramai’ ahli-ahli parti dalam BN mengundi pihak pembangkang pada PRU12@2008 kerana merasakan ia untuk menunjukkan undi protes dan supaya pemimpin BN `mengambil berat’ kehendak mereka. Undi protes ahli-ahli parti dibawah BN juga sangat penting untuk menentukan kemenangan pihak pembangkang Pakatan Rakyat.



Berbalik kepada cerita perhimpunan #KL112 yang menjadi sangat signifikan kepada parti pembangkang kerana beberapa sebab. 

Pertama, kerana PRU13 pasti akan berlaku sebelum Jun 2013!  Penting untuk menjadikan perhimpunan ini (dengan menunjukkan suasana ramainya `rakyat’ yang datang menyokong untuk menolak kerajaan BN) adalah satu perhimpunan mega yang sangat-sangat berjaya. Sebab itu faktor angka yang dinyatakan diatas amat penting untuk diwujudkan atau dimanipulasi sebaik mungkin. Waima jika perlu mengeluarkan wang belanja mencecah puluhan juta ringgit sekalipun. Jumlah kehadiran perlu dimanipulasi bagi menggambarkan kepada pengundi atas pagar bahawa `majoriti rakyat’ sudah menolak kerajaan sedia ada dan untuk menunjukkan parti pembangkang mempunyai sokongan yang sangat luar biasa untuk menang PRU13. Perhimpunan ini menjadi sangat penting untuk menghadapi PRU13!

Kedua, untuk `menutup’ dan `memperlahan’ mood rakyat Malaysia terutamanya pengundi atas pagar ekoran daripada isu-isu panas yang timbul sejak akhir-akhir ini. Sedar atau tidak, kes liwat Anwar – Saiful sudah semakin `reda’ sebab banyak isu lain yang diketengahkan untuk sekurang-kurangnya bagi pengundi atas pagar dan para pengundi protes `terlupa dan melupakan’ kes liwat itu! Pembangkang dihimpit beberapa isu panas seperti isu kalimah Allah, kayu dan balak, tanah, air, roboh rumah ibadat, pemilihan DAP, amanat Hj Hadi dan terkini kes saman Anwar vs Nalakaruppan. Memanaskan semula isu-isu basi dan cuba mewujudkan isu-isu baru melalui perhimpunan sia-sia ini adalah penting untuk survival mereka di mata rakyat Malaysia.

Ketiga, supaya rakyat Malaysia dihidangkan dengan kisah perhimpunan ini dan kisah serta program membantu rakyat oleh pihak kerajaan tidak terlalu menonjol. Kejayaan perhimpunan ini secara aman sebenarnya tidak akan memberikan kejayaan total kepada pihak pembangkang. Mengetahui sejak azali sifat pembangkang di Malaysia, kiri kanan atas bawah mereka tetap di pihak benar dan menang, maka jika perhimpunan aman direalisasikan pasti akan ada komen, ulasan pihak pembangkang bahawa mereka adalah manusia yang baik, bertamadun dan mematuhi peraturan (hakikatnya anak-anak kecil masih juga dibawa bersama). Jika berlaku keganasan perhimpunan, ia akan digunakan sebaiknya untuk menggambarkan bahawa kerajaan tidak adil, mempergunakan pihak Polis dan sebagainya. Pokoknya, mereka sentiasa bukannya pihak yang bersalah!  

Isu FELDA, royalti minyak, pendidikan percuma, tahanan ISA, isu Lynas/Pengerang dan isu yang lain masih dijadikan modal tanpa henti oleh pihak pembangkang. Selagi isu itu ada `market’ dan ada `harga’ , ia akan dibisingkan walaupun penjelasan kerajaan, pakar-pakar, ahli akademik telah diberikan malah sedang dalam proses mahkamah pun akan ditentang. Keputusan mahkamah samada memihak kepada mereka atau tidak, kedua-duanya akan dijadikan bahan ceramah di seluruh dunia waima dalam bilik hotel bersama Mat Sabu/Norma atau Badrulamin sekalipun.

Keempat, untuk mendapatkan liputan media antarabangsa bahawa hidup di Malaysia sebenarnya sangat teruk. Menunjukkan bahawa Malaysia bukan negara yang selamat, negara yang tidak aman, tidak demokrasi dan negara yang sedang mempunyai 1001 masalah. Ini akan digambarkan dengan kononnya sokongan `rakyat’ terhadap perjuangan mereka. 

Dalam soal Malaysia negara yang teruk dari segi ekonomi, perpaduan dan kehidupan. Ada baiknya pemimpin dan pengikut totok pembangkang hidup dan tinggal di negara yang mereka rasa lebih baik dari Malaysia. Bandingkan dengan kehidupan rakyat di negara lain atau lebih dekat negara jiran kita seperti Indonesia, Filipina dan Thailand. Benar kelompok menengah di negara berkenaan lebih ramai berbanding Malaysia. Tapi bandingkan pula jumlah penduduk mereka dengan Malaysia. Kemudian buat pula perbandingan bagaimana hidup kelompok marhaen dan kemiskinan rakyat mereka. 

Pemimpin dan pengikut totok pembangkang yang pernah ke luar negara sebenarnya pembohong besar kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah ke luar negara seperti Jakarta, India malah kota Manila. Bagaimana kehidupan dan kemiskinan penduduk mereka? Bagaimana jurang ekonomi dan perpaduan mereka? Mereka membangga-banggakan Myanmar/Kemboja kononnya jauh lebih baik dan lebih demokrasi berbanding Malaysia. Tanya kepala otak masing-masing bagaimana pendirian Myanmar dengan nasib orang Rohingya? Pemimpin dan pengikut totok pembangkang yang pernah ke luar negara tahu betapa siksanya hidup di negara yang dilawati terutama bagi rakyat miskin. Mereka tahu di Malaysia mereka masih boleh membohongi rakyat dan hidup mewah!

Seorang sahabat berbangsa India, melawat negara asal usul beliau dan selepas kembali ke Malaysia berkata beliau sangat bersyukur menjadi warganegara Malaysia. Biarpun India mempunyai kekuatan itu ini dan hebat sana sini termasuk bintang Bollywood yang handsome, seksi dan lawa tetapi semiskin-miskin orang miskin di Malaysia miskin dan daif lagi mereka di India! 

Busuk-busuk Malaysia, Malaysia tanahairku jua…

Mungkin menjadi dasar dan polisi kerajaan bahawa menayangkan `aib’ dan `kedaifan’ rakyat di negara lain kemudian dibandingkan dengan Malaysia adalah tindakan yang tidak wajar dilakukan. Tetapi bagi pengikut totok pembangkang yang tidak pernah ke luar negara, kalau rasa Malaysia adalah negara sangat teruk untuk didiami dan kerajaan Malaysia sangat tidak bertanggungjawab. Eloklah memohon untuk tinggal di perkampungan atau daerah yang daif di negara lain. 

Benar, masih ada yang miskin di Malaysia. Konon tiada pekerjaan. Kalau setakat untuk mendapatkan duit belanja untuk makan minum tinggal, kerja kilang, pengawal keselamatan, pembantu rumah bersepah di Malaysia. Pokoknya rakyat Malaysia sendiri lebih suka menjadi rakyat subsidi!


Akhirnya, perhimpunan #KL112 hanyalah medan untuk menonjolkan muka-muka kotor pemimpin pembangkang untuk digambarkan sebagai pemimpin rakyat yang bersih dan suci. Medan ini digunakan untuk menunjukkan bahawa mereka masih relevan. Walaupun sebagai contoh, Nik Aziz tidak mungkin bertenaga dan berupaya secara fizikal untuk berarak tetapi mahu digambarkan beliau adalah pemimpin rakyat yang sangat diperlukan oleh rakyat Malaysia. Maka, jadilah Nik Aziz Menteri Besar sehingga ke akhir hayat pun tidak mengapa. Demikian juga dengan Anwar, pengikut totok pembangkang tidak akan mempercayai beliau melakukan liwat melainkan diri mereka sendiri atau kaum keluarga terdekat terliwat oleh Anwar! Maka, kononnya Anwarlah segala-galanya untuk menyelamatkan Malaysia.

Perhimpunan #KL112 tidak akan berakhir disini! Ada banyak lagi perhimpunan akan dilakukan oleh puak pembangkang Pakatan Rakyat selepas kekalahan mereka pada PRU13 nanti. Mereka hidup dengan perhimpunan…malangnya bukan dengan perhimpunan aman atau tertutup. Kalau perhimpunan aman atau tertutup, alamat riwayat politik mereka akan terkubur. 

Perhimpunan yang dimahukan adalah perhimpunan jalanan dan perhimpunan yang penuh dengan keganasan. Kerana apa? Kerana perhimpunan jalanan dan perhimpunan ganas akan memberi mereka angan-angan baru, penipuan baru dan `bajet’ baru dari `pembekal’ mereka! Perhimpunan jalanan dan perhimpunan ganas juga platform murahan untuk mereka menunjukkan diri kononnya merekalah rakyat bertamadun, berdemokrasi supaya pengundi atas pagar terpedaya dengan `hiburan’ jalanan mereka. Merekalah `setan-setan’ jalanan yang meracuni rakyat!

Apa jua perhimpunan yang dijenamakan atas nama rakyat oleh pihak pembangkang adalah manipulasi dan atas tujuan politik semata-mata! Bukan atas dasar perjuangan untuk rakyat!

Friday, January 11, 2013

Kalimah Allah - Dengar & Fikir Dengan Kepala Otak Bukan Dengan Kepala Lutut!

WT tidak mengharapkan sangat pengikut totok PAS apalagi PKR malah jauh sekali DAP untuk mendengar dan berfikir sekaligus menerima penerangan atau penjelasan berkenaan kalimah Allah ini. Umum sudah tahu dan menjangka respons mereka jika apa jua perkara mahupun fakta yang dihidangkan tidak memihak kepada mereka. Pasti mereka menafikannya, menolak malah mencemuh. Jika mana-mana pemimpin mereka (ahli biasa sudah pastilah  tidak dilayan) meninggalkan parti mereka atau kelihatan seperti pro kepada kerajaan, pasti pemimpin mereka itu dianggap kotor, mungkar dan tidak memasuki syurga ciptaan PAS. Sebaliknya jika ada pula pemimpin BN yang menyertai mereka, pemimpin itu lantas menerima tiket syurga PAS dan disanjung semulia-mulianya. Waima sekalipun pemimpin itu sebelumnya ada pemimpin kotor, kaki judi, kaki lompat parti, kaki songlap dan sebagainya....kekotoran itu dihapuskan dan disucikan oleh semua pemimpin dan pengikut totok mereka.

Justeru, penjelasan dibawah ini untuk siapa...?

WT percaya masih ramai yang terbuka dan bersih hatinya dalam mencari kebenaran. Dengar dan fikirlah dengan kepala otak dan bukan dengan kepala lutut!