Monday, March 25, 2013

Update: Mantan Pengarah Pelajaran Sabah Sertai P'Gay'R




Mantan Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Muhyidin Yusin telah mengisytiharkan penyertaan beliau ke dalam kancah politik iaitu parti anak beranak AlJuburi. Pastinya AlJuburi dan pencacai PKR dan puak pembangkang khususnya di negeri Sabah menganggap mereka semakin kuat dan disokong ramai bekas pegawai kanan kerajaan. Sepertimana dicanang-canangkan dengan sokongan beberapa bekas pegawai kanan ATM maka penyertaan mantan Pengarah Pelajaran Sabah ini akan dianggap `kejayaan' kepada mereka.

Dalam amalan demokrasi dan transformasi politik oleh DS Najib, langkah penyertaan ke parti pembangkang oleh mantan pegawai kanan kerajaan bukanlah sesuatu yang pelik. Cuma peliknya mantan pegawai kanan kerajaan ini kononnya mahu mendedahkan kepincangan kerajaan dimana mereka makan gaji selama ini. Mereka sedaya upaya mungkin mahu menelanjangkan kerajaan kononnya kerajaan yang gagal dalam pentadbiran dan sebagainya. Tapi rakyat harus ingat manusia seperti ini bukanlah sebaik yang disangka. Apakah apabila mantan pegawai kanan kerajaan menyertai pembangkang maka mereka ini tergolong dalam kelompok manusia yang `maksum' dan amat berjaya semasa mereka memegang kuasa dalam pentadbiran kerajaan? 

Sebenarnya mereka bukanlah berjaya sangat pun semasa menjadi ketua pentadbiran kerajaan. Hanya kerana status mereka pernah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan tidak bermakna mereka sebenarnya benar-benar berjaya semasa kerjaya mereka. Demikian juga segelintir mantan pegawai kanan kerajaan yang sudah bersara dan tidak menyertai mana-mana parti politik, ada dikalangan mereka juga tidak berjaya semasa mengetuai pentadbiran kerajaan.

Berbalik kepada mantan Pengarah Pelajaran Sabah, sebenarnya semasa beliau masih memegang jawatan Pengarah Pelajaran lagi sudah kedengaran bisik-bisik kecenderungan beliau kepada hala tuju politik pembangkang. Bisik-bisik mengatakan bahawa beliau ditawarkan sebagai calon pembangkang khususnya di kawasan Ranau dan bakal menentang Datuk Masidi Manjun sudah lama kedengaran. Cuma akhirnya barulah beliau mengumumkan secara jantan bersara awal...bersara awal! Bukan dipecat atau dibuang! Jadi elok sangatlah. Kerajaan BN yang menerajui pentadbiran kerajaan seharusnya bersyukur kerana musang ini tidak berbulu ayam! Tidak adalah api dalam sekam atau gunting dalam lipatan. 

Bermakna kalau beliau tidak bersara dan secara jantan menyokong pembangkang (telah menyertai pembangkang pun!) beliau pasti akan menjadi musang berbulu ayam atau gunting dalam lipatan. Beliau memilih untuk terjun bersama-sama labu beliau...Jangan sampai beliau `diliwat' oleh AlJuburi sudahlah...

Untuk rekod, pada PRU12 yang lalu mantan Pengarah Pelajaran Sabah iaitu Dr Hasbullah Taha juga bersara dan menyertai pembangkang. Namun kecundang dan kini langsung tidak berharga langsung kepada pembangkang. Diharap Datuk Muhyidin sedar dan bersedia dengan hakikat tersebut...Usahlah menyalahkan orang lain atau rakyat Sabah kalau tewas nanti...


Kini, Sdr Jame Alip Pengarah Pelajaran Sabah yang sepatutnya menyandang jawatan tersebut tetapi ruang dan peluang telah diberikan kepada Datuk Muhyidin. Sdr Jame Alip kelahiran Kota Belud pasti mampu membawa kejayaan dan transformasi mapan dalam tahap pendidikan di Sabah. Tahniah Abang Jame....



4 comments:

wran ranggo said...

saya tertarik dengan suatu cerita yang saya dengar dari kawasan Machang,semasa Machang dikuasai oleh PKR adalah warga penduduk datang meminta bantuan dari bekas wakil BN,wakil BN dengan tenang menjelaskan bahawa bantuan tidak boleh disalurkan seperti dahulu iaitu semasa BN menguasai Machang sebab mereka ada wakil rakyat baru,so beliau meminta penduduk tersebut memohon kepada wakil rakyat yg baru calon PKR tersebut,jawab penduduk"ambo gi doh jupo dio,pejabat tutup kemah kemim,tak rajin buka,dia(wakil rakyat) bukannya ada sini pun".Moral dari cerita ambo,ambo tak nampak sikit pun gapo PKR wat ko rakyat,wat ambo nampak PKR ni champion wat rusuhan,suka mengutuk tindakan kerajaan,suka ambik kesempatan kalu ada kelemahan dari BN bukan nk tegur or bekki supo kerajaan nak tolong air di selangor,wat paling ketara ambo nampak ketua dio sendiri dok caro nak jd PM jah ,gapo gak bakti dio ambo tak nampak gapo skaro.

warisantamar @ KualaLumpur said...

mantan pegawai kanan kerajaan yg kononnya mahu membuat perubahan melalui sokongan dan memenangkan pembangkang sebenarnya hipokrit. malah termasuk segelintir guru yg tunjuk hebat menyokong pembangkang kononnya kerajaan tidak adil dan sebagainya sedangkan prestasi mereka sbg cikgu atau pegawai kanan kerajaan juga boleh dikategorikan teruk atau suam-suam kuku.....apa sumbangan mereka yg hebat semasa menjawat jawatan kanan kerajaan? semua kepala otak telah diliwat oleh aljuburi...

wran ranggo said...

betul saya sokong komen warisan tamar,kebanyakan kakitangan yg menyokong pembangkang mempunyai etika kerja yg teruk dan tidak ikhlas,kalu diberi bilangan masa mengajar yg banyak maka dia pertikai kan ,kalu ambik mc g main politik takpe,kerajaan peruntukan duit bantuan tadbir urus jabatan,dia belasah dan tipu pengeluaran peruntukan konon membiayai kos sebanyak sekian sekian walhal jumlah sebenar nya kecik,last bila dah makan duit tu habis licin,dia kutuk plak" tengok kerajaan membazir wat 2 partition pejabat nie dlm rm 30k,membazir duit rakyat,zalim",yg mana bodoh dan tak tahu apa2 sokong dgn alasan bahawa dia bekas pegawai kerajaan ,mesti percaya ,maka keluar lah isu kerajaan banyak tak betul ,ini lah dasar sial penyokong tegar pembangkang kebanyakannya.

warisantamar @ KualaLumpur said...

wran ranggo,
rasanya majoriti kalau tidak semua pegawai kerajaan samada yg masih bertugas atau sudah bersara menyokong pembangkang dan kononnya tidak setuju dengan salah laku pentadbiran kerajaan adalah disebabkan mereka tidak memperolehi apa yang mereka mahu dan ada juga yang dah puas belasah duit rakyat...lepas tu nak cuci dosa salahkan pentadbiran kerajaan korup...

kalau nak ikut halal haram duit gaji mereka....bersumpahlah kalau berani...adakah mereka tak pernah ambik duit kopi? tak ambik hadiah kontraktor? tak pernah mengulor kerja? tak pernahkah mereka tuang kerja waima seminit pun dari masa kerja yg dibayar dgn duit rakyat? dan byk lagi dosa-dosa ciptaan mereka sendiri...jgn salahkan kerajaanlah beb!

mereka semua hipokrit...