Friday, January 11, 2013

Kalimah Allah - Dengar & Fikir Dengan Kepala Otak Bukan Dengan Kepala Lutut!

WT tidak mengharapkan sangat pengikut totok PAS apalagi PKR malah jauh sekali DAP untuk mendengar dan berfikir sekaligus menerima penerangan atau penjelasan berkenaan kalimah Allah ini. Umum sudah tahu dan menjangka respons mereka jika apa jua perkara mahupun fakta yang dihidangkan tidak memihak kepada mereka. Pasti mereka menafikannya, menolak malah mencemuh. Jika mana-mana pemimpin mereka (ahli biasa sudah pastilah  tidak dilayan) meninggalkan parti mereka atau kelihatan seperti pro kepada kerajaan, pasti pemimpin mereka itu dianggap kotor, mungkar dan tidak memasuki syurga ciptaan PAS. Sebaliknya jika ada pula pemimpin BN yang menyertai mereka, pemimpin itu lantas menerima tiket syurga PAS dan disanjung semulia-mulianya. Waima sekalipun pemimpin itu sebelumnya ada pemimpin kotor, kaki judi, kaki lompat parti, kaki songlap dan sebagainya....kekotoran itu dihapuskan dan disucikan oleh semua pemimpin dan pengikut totok mereka.

Justeru, penjelasan dibawah ini untuk siapa...?

WT percaya masih ramai yang terbuka dan bersih hatinya dalam mencari kebenaran. Dengar dan fikirlah dengan kepala otak dan bukan dengan kepala lutut! 

No comments: