Monday, March 26, 2012

Video Panassss: 1 Coach Lawan Ramainya `Ahli' AnuWar Israel!


Emmmm....you all tonton sendirilah! Tapi tabiklah dengan coach ni...Bayangkan kalau Pakatan Rakyat memerintah negara! Apalah akan jadi pada rakyat?...Walaupun klip video ini cuma dalam durasi 3 minit lebih tapi membawa banyak erti dan makna, siapa sebenarnya Pakatan Rakyat? Fikirlah sendiri...WT dah cukup menyampah dengan aksi-aksi memualkan manusia yang suka sangat berdemonstrasi...kemudian suka mengganggu hak orang lain!

Kesian budak-budak tu.....Pakatan Rakyat punya taik, mereka terpaksa hilang hak asasi!

Saturday, March 17, 2012

AnuWar Israel adalah `Imam Mahadi'



Thursday, March 15, 2012

Panasss: Anwar Kantoi Lagi Pasal Israel!



Sunday, March 11, 2012

Panasss Isu Lembu NFC:Shahrizat letak jawatan Menteri...



Isu Lembu NFC benar-benar memberi kesan kepada Shahrizat Jalil. Seperti WT nyatakan sebelum ini, memang benar Shahrizat tidak mempunyai akses atau kaitan secara langsung terhadap NFC. NFC adalah dibawah kawalan suami dan anak-anak Shahrizat. Berulangkali sekalipun Shahrizat dan ahli keluarganya itu menafikan bahawa mereka tidak berkaitan antara satu sama lain...itu tidak akan meredakan suasana! 

Siapa yang mahu percaya bahawa Shahrizat tidak tahu menahu hal ehwal bisnes daging Lembu milik suami dan anak-anaknya? (Walaupun mungkin memang benar Shahrizat tidak tahu menahu hal berkaitan daging lembu!) Namun, ini soal moral. Ini juga soal parti dan kredibiliti parti. WT setuju bahawa Shahrizat telah membawa wanita UMNO dan BN kepada satu gerakan massa yang hebat kalaupun tidak lebih hebat berbanding Rafidah Aziz. Tetapi isu lembu ini, tidak akan mengambilkira langsung prestasi tersebut. 

Jika wanita UMNO dan BN, berkata tidak adil menghakimi Shahrizat dan menghukum Shahrizat sehingga `dipaksa' meletakkan jawatannya sebagai Menteri. Memang benar ianya tidak adil! Bandingkanlah dengan apa jua kes samada didalam negara ataupun di luar negara, bandingkanlah dengan kes pemimpin lain dalam UMNO/BN ataupun Pakatan Rakyat! Atau hujahkanlah dengan apa jua nas-nas undang-undang bahawa Shahrizat tidak ada kena mengena dengan isu daging lembu NFC! Percayalah, kalau tidak semua penemuan itu ...mungkin majoriti dari penemuan dan perbandingan tadi membuktikan bahawa Shahrizat tidak bersalah. 

Tetapi bolehkah Shahrizat menafikan bahawa kehidupan beliau dengan suami hanyalah terhad kepada soal tinggal dibumbung yang sama dan terhad juga soal berkaitan nafkah batin antara mereka berdua sahaja. Bermakna, soal harta atau kekayaan atau aktiviti seharian...adalah urusan masing-masing? Apakah Shahrizat hanya melahirkan anak-anak dan tidak kisah apa aktiviti anak-anak beliau hatta apa mata pencarian mereka? Naif sangat ke Shahrizat Abd Jalil?

Sebenarnya isu NFC atau daging lembu ini tidak akan menjadi sesukar mana atau menggugat politik Shahrizat langsung sekiranya suami dan anak-anak beliau dalam NFC TIDAK MENERIMA kemudahan pinjaman mudah (soft loan) bernilai RM250juta daripada kerajaan dibawah BN. 

Kalau isu NFC yakni berjaya atau gagalnya mereka, tidak akan menjadi kudis kepada rakyat Malaysia kalau modalnya adalah dari keringat dan simpanan Shahrizat sekeluarga! Maka, atas dasar itu, langkah meletakkan jawatan (dan sepatutnya lebih awal lagi) dilakukan adalah jalan keluar paling tepat yang sepatutnya diambil oleh Shahrizat Abdul Jalil. 

Shahrizat usah menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Kalau nak salahkan individu atau manusia, salahkan diri sendiri atau salahkan suami dan anak-anak! Kalaupun memperolehi soft loan RM250juta dikaitkan dengan isteri kepada pemilik NFC adalah seorang Menteri, ia tidak menjadi isu sekiranya projek daging lembu itu berjaya dan mencapai kejayaan melebihi daripada target! Tapi kalau hanya memberi pelbagai alasan itu dan ini termasuk pelbagai alasan untuk menjustifikasikan pembelian harta benda yang tidak berkaitan dengan bisnes daging lembu....makanya, NFC memang gagal dalam menangani bisnes lembu sebenarnya!

Apapun, Shahrizat Jalil usah terlalu emosi. Wanita UMNO dan BN juga jangan terlalu emosi. Bagaikan dunia mengalami gempa bumi berskala besar! Shahrizat cuma kehilangan jawatan dalam kabinet kerajaan. Apakah jika Ketua Wanita UMNO dan BN tidak ada jawatan dalam kerajaan maka Pergerakan Wanita UMNO dan BN menjadi keluh kesah dan lemah longlai? Tahukah kalian bahawa Ketua Pemuda UMNO dan BN iaitu YB Khairy Jamaluddin tidak mempunyai apa-apa jawatan pun dalam kerajaan sejak menjadi Ketua Pemuda UMNO! Jangan bersedih wahai wanita UMNO dan BN! Jawatan itu adalah sementara...berkhidmatlah dengan hati yang seikhlasnya. 

Akhirnya, usahlah Shahrizat Abd Jalil menjadi lemah dalam perjuangan dan dalam menghadapi PRU13 hanya kerana tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan. Mungkinkah suami dan anak-anak boleh membantu Shahrizat Abd Jalil dalam berjuang dalam parti? Bolehkah mereka berkorban tenaga dan wang ringgit untuk membantu isteri dan ibu mereka memperjuangkan agama, bangsa dan negara? Jika benar dalam perjuangan...buktikanlah!

# Lainkali jangan main-main dengan lembu dan jangan main lembu...!


Saturday, March 10, 2012

ISLAM PAS = ISLAM GLAMOUR!






`Imam' di dalam Youtube ini telah dihukum penjara setahun bukan kerana tindakan beliau tinggal `tanpa kebenaran' di kuarters masjid tetapi kerana sikap kurang ajar beliau kepada sistem kehakiman. Mungkin ajaran PAS (beliau dipercayai ahli PAS dan penyokong kuat PAS), bahawa bersikap kurang ajar adalah ajaran Islam sebenar. 'Imam' kurang ajar ini kemudiannya mendapatkan khidmat Karpal Sink (yang mengatakan bahawa langkah mayat beliau dulu kalau nak laksana Islam) untuk membela beliau.

Apakah interpretasi anda bila melihat `aksi' beliau melakukan solat dengan dikerumuni wartawan? Tidak salah `bertemu' Allah s.w.t tetapi kalau nak `perhatian' atau glamor...agak-agaklah Imam woiii! Bila hukuman dijatuhkan, tahu pula `Imam' ni menangis...menyesali perbuatan bodohs beliau...Melepaslah `imam' ini untuk mengundi kot! Banduan belum ada kemudahan pengundi pos...`Imam' ini memang `pelakon' yang hebat...auta beliau memang sebab berguru dengan Nik Aziz!

Untuk membaca siapa sebenarnya `Imam' ini baca pendedahan Masjid Ar Rahimah Kg Pandan DISINI