Sunday, February 12, 2012

Penuh Syahdu Pertahankan Islam, Melayu & Raja (Part 1):RoadShow dR Hassan Ali @ Keramat Permai 12/02/2012


ROADSHOW Dr Hassan Ali, Bekas EXCO Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berterusan dan semalam (12/02/2012) telah diadakan di Tapak Letak Kereta, Keramat Permai AU1, Kuala Lumpur. Lebihkurang 2000 orang hadir dalam sesi ceramah tersebut. WT percaya yang hadir adalah dengan niat bahawa Islam, Melayu dan Raja harus dipertahankan. Tidak kira orang UMNO mahupun PAS, mereka hadir tanpa kongkongan parti mereka. Berikut antara sedutan majlis berkenaan, (maaf photo majlis tidak dapat disediakan!)

1) Ceramah dimulakan dengan ucapan oleh Ustaz Ismail Mina, rakan karib Hj Anwar Ibrahim. Beliau berkongsi pandangan berkaitan bahayanya fahaman pluralisme dan pentingnya menolak mereka bersekongkol dengan fahaman tersebut.


2) Ceramah kedua oleh Dato Aidit Ghazali, juga rakan karib Hj Anwar Ibrahim. Beliau mengakui tidak `dikenali ramai' kerana selama ini bersikap low profile. Tetapi disebabkan kemahuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam di bumi Malaysia beliau sudah bersedia untuk tampil ke hadapan. Apakah Hj Anwar Ibrahim juga akan mengatakan bahawa beliau tidak mengenali Dato Aidit? Sebagaimana beliau mengatakan tidak mengenali Dato Eskay?

Beliau berucap dengan penuh ketenangan (tidak agresif sebagaimana mereka yang lazim berucap terutama di pentas politik). Sesuai dengan latar belakang beliau sebagai ahli akademik dan motivator yang telah menurunkan ilmu kepada lebih 180,000 orang, ucapan atau ceramah beliau disampaikan secara intelek dan akademik tetapi mudah difahami oleh pendengar. Ada dua perkara utama yang ditekankan oleh beliau iaitu hidayah dan niat.

Menurut beliau, apa saja yang diperolehi di dunia ini yang dianugerahkan oleh manusia seperti jarjah kebesaran, pangkat, projek, kontrak dan sebagainya boleh hilang atau ditarik balik oleh manusia pada bila-bila masa. Maknanya ia boleh dianugerahkan oleh manusia sendiri dan boleh juga ditarikbalik oleh manusia itu sendiri. Tetapi manusia tidak boleh menganugerahkan `hidayah' dan menarik balik `hidayah' yang diterima oleh manusia kerana `hidayah' adalah anugerah Allah S.W.T. Bermakna hanya Allah S.W.T sahaja yang layak dan mampu menarik balik. Jika ditafsir dari sudut lain, terutamanya berkaitan persekitaran politik semasa mungkinkah sedemikian ramai penyokong, pengikut malah rakan karib Hj Anwar Ibrahim termasuk Dato Aidit sendiri yang `lari' meninggalkan perjuangan Hj Anwar dan Dr Hassan Ali juga telah menerima `hidayah' daripada Ilahi bahawa perjuangan pemimpin dan sahabat mereka selama ini adalah menyimpang jauh dari landasan Islam? Hidayah tersebut tidak akan dapat ditarik balik oleh Hj Anwar Ibrahim!

Kedua berkaitan niat. Dalam Islam persoalan niat amat jelas diterangkan terutamanya di dalam solat kita. Kita juga lazim mengetahui bahawa apa saja niat baik kita di jalan Allah S.W.T akan menerima pahala dari Nya walaupun belum dilaksanakan. Waima, jika kita berniat tidak baik, selagi kita tidak melakukannya kita tidak direkodkan sebagai dosa.

Lebih kurang jam 1030 malam, ketibaan YB Dato Dr Hassan Ali...

bersambung.....

No comments: