Sunday, February 12, 2012

Penuh Syahdu IMR: Ustaz Kazim Elias (10/02/12) @ Pengkalan Pegoh, Batu Gajah, Perak



Ceramah oleh Ust Kazim ini agak panjang (lebih 1 jam) tetapi percayalah, jika kita sudi membuka hati dan minda kita untuk menerima ilmu dan mendengar kebenaran...InsyaAllah...

Bagi penyokong atau pengikut PAS, mungkin Ust Kazim secara langsung atau secara tidak langsung `mencuit' persekitaran politik PAS dan rakan sekutu PAS. Tapi tidak bermakna, apabila Ust Kazim `menghargai' tindak balas positif Dato Seri Zambry (MB Perak) terhadap beberapa cadangan Ust Kazim dalam menerapkan unsur Islam dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak maka kita harus kafir mengkafir sesama kita. Kita menuduh dan memfitnah.

Kepada pengikut atau penyokong UMNO, janganlah beranggapan `cuitan' Ust Kazim terutamanya terhadap parti bendera hijau bermakna UMNO sudah serba lengkap.....Ambillah apa yang baik disampaikan oleh Ust Kazim. Jika perkara tersebut tidak molek dilakukan, tinggalkanlah...demi Islam!

Tinggalkanlah perpecahan...carilah titik persamaan dan jangan dibesarkan titik perbezaan sesama kita.....Kita sama agama, sama kiblat, sama akidah dan sebagainya....kita mungkin berbeza warna bendera....Mustahilkah untuk bersatu? ....bersatulah! bersatulah!

ISLAM! MELAYU! RAJA!

Selamat menonton....

No comments: