Wednesday, February 29, 2012

Panasss Khalwat & Liwat: ISRAEL ATAU PAS FOR ALL?


# Apalagi yang tinggal pada PAS? Ibarat kalau dalam soal kewangan atau pembiayaan kewangan, PAS sudah dalam kategori `lelong dan dilelongkan' dan dah hampir sangat untuk dibungkuskan serta dimufliskan. Dari dulu orang dah kata;

PAS bukan AGAMA
Pemimpin PAS bukan MAKSUM
PAS bukan tiket ke SYURGA

Tapi korang (penaksub PAS & Anwar & DAPig) tetap percaya dan taksub bahawa PAS adalah SEGALA-GALANYA. Kini korang tetap yakin bahawa PAS For ALL!!! 

Kepada golongan PAS For ALL, buka hati dan minda (jangan buka pakaian nanti kena khalwat atau liwat)...bacalah tulisan YB Datuk Zulkifli Noordin dibawah;


Salam 2 all. 

Majlis Syura PAS memberi kata-dua kepada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah Tuhan - Anwar Ibrahim: "samada menarik balik kenyataan “menyokong sebarang usaha untuk mempertahankan negara Israel” seperti yang disiarkan oleh media pro-Yahudi Wall Street Journal, atau menyaman WSJ kerana memfitnah!

Sehingga hari ini Anwar tidak mematuhi kata-dua Majlis Syura itu. Tarik balik pun tak, saman WSJ pun tak! Sebaliknya Anwar bersama beberapa penaksub Anwarinasnya berjumpa Datuk Nik Aziz; dan membuat kenyataan “semuanya dah selesai”.

Datuk Nik Aziz, yang memberi “katadua” itu membuat komen, “Anwar sudah memahami pendirian PAS”. Itu sahaja? Takkan kot yop? Macam tu sahaja dah setel semua?

Pada teman ini satu penghinaan besar kepada PAS. Semua orang tahu bahawa PAS cukup fobia dengan perkataan “Israel” ni! Sampai pemain kriket Israel datang pun dema buat demo tengahari panas. Sanggup masuk jail lagi!

Sampai kalau ada penceramah tersalah sebut “malaikat Israel” pun kena maki!

Tapi PAS hari ni dah tak macam dulu! Sampai slogan “PAS 4 ALL” bunyi sama macam slogan pelancongan “ISRAEL 4 ALL” pun dema tak kisah dah. Sampai lambang slogan “PAS 4 ALL” tu pun nampak macam lebih kureng aje dengan “ISRAEL 4 ALL” pun tidak memfobiakan PAS lagi!

Cuma satu persoalan teman nak lontarkan kepada para parasitus kalkatus rakus? Apa kata mike terbalikkan senario. Apa kata YAB Dato’ Sri Najib yang kata:

“UMNO dan BN menyokong sebarang usaha untuk mempertahankan keselamatan negara Israel!”.

Teman cukup yakin mike akan tengok tak cukup kertas dan dakwat nak tulis maki hamun yang akan dihamburkan oleh para parasitus kalkatus rakus. Teman takkan terkejut kalau ada yang sampai mengisytiharkan kapior kepada PM, UMNO & BN!

Alangkan PM baru pakai baju kurta semasa perayaan Thaipusam baru-baru ni pun ada parasitus yang memaki hamun, caci maki dan pelbagai macam lagi sumpah seranah! Toghut, munapek, kapior! Apa yang dema tak sebut?

Sedangkan para parisitus ni lupa kawan-kawan kita dalam jemaah Tabligh banyak yang pakai kurta yop! Eh, sedara kita di Bangladesh & Pakistan boleh kata ramai yang berkurta yop! Takkan dema semua tu kapior, toghut & munapek yop?

Tapi ni namanya “Politik Dualam” – cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap! Bila kena batang hidung sendiri, semuanya halal belaka! Kalau kena orang lain, maki sehabis maki, kutuk sehabis kutuk, caci sehabis caci!

Lambang pertubuhan JATI yang melambangkan perpaduan Tiga Unsur “Islam-Melayu & Raja-Raja” pun dema kata lambang setan!
Sedangkan lambang “PAS 4 ALL” kelihatan sama dengan “ISRAEL 4 ALL” kaum parasit kelu habis. Lambang PKR “Mata Satu” saperti Dajjal Mata-Satu dan lambang kumpulan Yahudi Zionis “Illuminati” kaum parasit jadi bisu tak terkata apa-apa!

Para parasitus kalkatus rakus ini sudah menjadi “Syaitan Bisu”, sebijik kaum yang ALLAH sebut dalam Surah Al Baqarah: 6-18, “golongan PBB-Pekak, Bisu & Buta”!!!

 

No comments: