Sunday, February 12, 2012

Fadiah Nadwa Fikri: Peguam PKR Bela Penghina Nabi Muhammad S.A.W

Gambar diatas adalah wajah wartawan Arab Saudi yang telah diekstradisi ke negara asalnya setelah dicekup di Malaysia. Berita berkaitan penangkapan beliau di KLIA ada DISINI. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk mempertahankan kemuliaan Nabi Muhammad S.A.W. Kita tidak akan berkompromi jika Baginda dicerca dan dihina. Tidak semestinya kita hanya `berjihad' dengan menggunakan peperangan, mengingati dan merindui Baginda juga satu cara betapa kita sangat menyayangi dan merindui Baginda. Kita mungkin boleh berkompromi dan mengikut citarasa masing-masing di dalamn memilih haluan politik tetapi tidak mungkin dalam isu melibatkan Nabi Muhammad S.A.W yang tercinta.

Kita memahami jika ada dikalangan bukan Islam yang mempertahankan wartawan ini daripada diekstradisi ke Arab Saudi untuk menghadapi pertuduhan menghina Nabi Muhammad S.A.W. Mereka memperjuangkan hak asasi dan keadilan kononnya. Umat Islam harus sedar agenda disebalik perjuangan tersebut. Kita mungkin boleh berbeza pandangan politik dan sebagainya, tetapi sebagai umat Islam yang bersaudara kita seharusnya bersekongkol dalam mempertahankan kemuliaan Baginda S.A.W. 

Diberitakan salah seorang peguam Malaysia yang cuba menghalang proses ekstradisi wartawan ini adalah seorang wanita beragama Islam dan seperti biasanya beliau bukan ahli UMNO, bukan juga ahli PAS atau parasit PAS atau golongan atas pagar. Beliau adalah penyokong PKR dan mungkin ahli PKR. Mungkin juga ibu bapa beliau tidak kisah dengan perjuangan anak perempuan mereka. Mungkin ibu bapa beliau beranggapan anak perempuan mereka sudah mengaji tentang undang-undang dan tahu bahawa menahan atau mengekstradisi manusia menghina Nabi Muhammad S.A.W adalah satu kesalahan. Mungkin juga mereka telah ditarbiyahkan oleh anak perempuan mereka betapa pentingnya menjaga hak sama rata, pentingnya mempertahankan fahaman pluralisme dan betapa pentingnya mempertahankan hak keselamatan negara Israel.

Melalui ucapan peguam ini di Konvensyen PKR di Johor Bahru tempohari, jelas menunjukkan bahawa beliau bukanlah seorang yang bersyukur dengan apa yang beliau perolehi di bumi Malaysia (sehingga berjaya menjadi seorang peguam). Mungkin akan ada yang berkata, tiada apa yang salahnya dalam ucapan beliau ini, tetapi percayalah itulah antara unsur dan ciri bagaimana mereka mahu memperjuangkan kononnya kebebasan dan keadilan  di Malaysia. Bak kata orang kalau kena batang hidung orang lain, itu dianggap adil dan saksama. Jika kena batang hidung mereka, itulah dikatakan ketidakadilan!

Beliau mungkin akan terpilih menjadi calon PKR pada PRU13 nanti. Selain daripada `larinya' sedemikian ramai pendukung dan penyokong perjuangan PKR & PAS, tindak tanduk peguam wanita Islam ini dalam memperjuangkan hak asasi dan dasar liberal di Malaysia amat bersesuaian dengan ciri-ciri `winnable candidate' PKR untuk PRU13 nanti. Para pengundi mungkin masih ingat, bagaimana seorang perakam video kes Lingam yang langsung tidak dikenali sebelum itu telah dipilih menjadi calon PKR di Parlimen Kelana Jaya dan memenangi kerusi tersebut. Hanya kerana beliau menjadi `terkenal' sekelip mata kerana menjadi hero merakam perbualan peguam Lingam. Beliau tentunya sangat-sangat terkejut dengan kemenangan tersebut dan demikian juga dengan parti yang beliau wakili iaitu PKR. Mereka sama-sama terkejut beruk! Calon pembangkang sejak beberapa penggal pilihanraya sebelumnya iaitu pemimpin MTUC Syed Shahir telah 'melarikan' ke kawasan Parlimen Pandan (jika tidak silap) pada PRU tahun 2008. Hanya kerana beranggapan kerusi Parlimen Kelana Jaya tidak lagi menjanjikan kemenangan kepada PKR. Takdir Allah S.W.T dan kuasa pengundi menentukannya, beliau kalah di kawasan baru ditandinginya dan budak perakam video yang `baru' dikenali boleh menang dan menewaskan calon BN. 

Jadi, apakah kita juga akan memberikan undi kepada peguam perempuan Islam yang `menghalang' pertuduhan terhadap penghina Nabi Muhammad S.A.W sekiranya beliau menjadi calon? Apakah kita masih mahu memberikan undi kepada parti PKR yang secara jelas cenderung kepada hak sama rata atau pluralisme?



No comments: