Thursday, September 22, 2011

Peguam Anwar Pun Tak Percaya Anwar: Untuk Renungan Kembali! Anwar Itu Putar Alam

Thursday, September 15, 2011

16 September Dalam Ingatan: Anwar Ibrahim Angkat Sumpah PM?

16 September 2011

MASIH ingat tarikh keramat ini! 16 Sept 2008 dijanjikan oleh mereka dan Anwar bahawa kerajaan BN akan ditukar dan ditumbangkan! Hari ini kerajaan Persekutuan BN telah tumbang? Perdana Menteri Malaysia adalah Anwar Ibrahim? Bagi mereka yang masih tegar mempercayai pembohongan manusia bernama Anwar maka buka-bukalah hati untuk terbuka hati anda melihat dan menganalisa paparan ini. Bagi mereka yang mengganggap mereka kononnya golongan atas pagar juga dialu-alukan menilai sendiri sejauhmana jujur dan mulianya manusia bernama Anwar Ibrahim!

Selamat Hari Malaysia! 

Nota : ISA dah tak ada, apa pulak modal pembangkang Pakatan Rakyat!

Tuesday, September 13, 2011

Lagi Panasss: Timbalan Presiden PAS Kaki Kongkek?

Tuesday, September 6, 2011

Panasss....Ceramah + Lawak Bodoh: The Best Of Mat Sabu(n)


06 Sept 2011


SEJAK akhir-akhir ini nama Mat Sabu a.k.a Mat Khalwat alias Mat Sabun menjadi tersangat popular. Dikongsikan bersama video ceramah lawak bodoh (memperbodohkan mereka yang hadir ceramah tersebut) dan tuan/puan buatlah kesimpulan sendiri! Bak kata Mat Sabun, banganglah kalau tuan/puan percaya!

Cuma diringkaskan, Mat Sabun memperlekeh warga tua/veteren atau dikategorikan sebagai pengundi di saluran 1 yakni mereka yang boleh dikatakan 50 tahun ke atas. Mat Sabun mengganggap mereka `bodoh' hanya kerana menyokong atau mengundi UMNO. Sebagaimana Mat Sabun menyanjung komunis dan memperlekeh anggota keselamatan semasa tragedi Bukit Kepong maka demikianlah Mat Sabun `menghina' kewarasan dan hak mengundi warga emas. Selebihnya tuan/puan saksikan sendiri...Adakah ini pemimpin no.2 parti politik yang kononnya mendukung Islam sebagai asas perjuangan? Adakah pemimpin dan ahli PAS tidak berdosa jika menghina, menipu, berkhalwat, rasuah atau meliwat?

Selamat menonton....