Wednesday, August 24, 2011

Panassss....: YB Dr Rosli (Ahli Parlimen PAS) `Tikam' Pakatan Rakyat!

24 Ramadan 1432H /  24 Ogos 2011M


DI BULAN Ramadan yang mulia ini amatlah terbaik jika kita berhenti berbohong. Demikian juga kalau mahu bercakap benar. TV3 menyiarkan pengakuan Dr Rosli seorang YB Parlimen Hulu Langat dari PAS berhubung isu Lynas yang dikatakan tidak selamat. Sekali lagi mereka yang sibuk mencanangkan perkara yang tidak berasas dan menakut-nakutkan rakyat sebenarnya memperlekeh dan memperbodoh rakyat yang tidak mengerti apa-apa. Dr Rosli sebagai saintis nuklear dan pakar dalam bidang nuklear keluar dari kepompong pembohongan yang telah dan semakin `dihalalkan' di dalam PAS. Anda semua boleh menilai pandangan Dr Rosli ini.


Saya juga amat pasti, jika terdesak maka Dr Rosli akan dicanang sebagai pembelot, menerima sogokan, alat konspirasi UMNO/BN dan yang paling sadis akan keluarlah fatwa songsang dari ularmak PAS,DAP & PKR bahawa Dr Rosli `berdosa' kerana tidak mahu `cover line' kemaluan dan kebodohan rakan YB beliau dari pakatan songsang yang sama. 

Selepas Dr Hassan Ali maka selepas ini Dr Rosli pulak!

No comments: