Sunday, August 21, 2011

Anwar Ibrahim Kembali....!


20 Ramadan 1432H / 20 Ogos 2011M (Ahad)

ESOK Anwar Ibrahim akan kembali...beliau akan kembali meneruskan skrip dalam episod Liwat 2.0 beliau. Ada mengatakan beliau semakin terdesak manakala puak menyebelahi aksi berahi beliau pula menyanggah bahawa Anwar dalam kedudukan selesa untuk mendedahkan segala kebenaran dan menerangkan kebatilan mangsa Liwat 2.0 Saiful Bukhari.

Lebih 3 tahun dan beberapa hari selepas laporan polis Saiful Bukhari bahawa beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim. Umum sedar dan tahu bahawa inilah perbicaraan yang paling panjang demi untuk mencapai keadilan. Jika Anwar akhirnya bersalah dan disumbat ke dalam penjara sehingga akhir hayat maka keadilan di Malaysia akan dimomokkan sebagai sudah tiada. Jika Anwar berjaya melepaskan diri dari belenggu Liwat 2.0 yang beliau sendiri menciptanya maka mahkamah akan disanjung dan para ularmak yang suka ambil sikap tunggu dan lihat akan muncul bertalu-talu mengeluarkan fatwa. Fatwa apa? Fatwa bahawa Anwar bukan pemangsa tapi adalah mangsa dalam episod Liwat 2.0.


Dibulan Ramadan yang mulia ini, yakinlah Allah s.w.t Maha Mengetahui dan Maha Besar. Kebenaran pastinya milik mereka yang benar. Sama-sama kita lihat adakah esok adalah satu permulaan kepada babak akhir satu drama Liwat 2.0 yang sangat panjang ceritanya untuk diselesaikan. Penangguhan dan 1001 dalih serta alasan sudah kita dengari dan itulah yang dihidangkan. Semoga mangsa liwat akan memperolehi kekuatan dan semoga esok adalah satu permulaan untuk penamat proses perbicaraan yang panjang.

Aku dah bosannnn.....

No comments: