Wednesday, June 22, 2011

Khir Toyo: Doktor Gigi Yang Malang...

 
22 Jun 2011, Rabu


PENDAKWAAN sudah menutup `kes' bagi pihak mereka. Yang tinggal adalah hujah-hujah pendakwa dan pembela sebelum Tuan Hakim memutuskan ada prima facie atau tidak kes rasuah membabitkan Mantan Menteri Besar Selangor yang juga bekas Doktor Gigi iaitu DS Khir Toyo! 

Sekiranya kita hanya mendengar atau membaca soalan dan jawapan pihak pendakwa dan saksi pendakwa, amat pastilah Dr Khir Toyo ada prima facie dan amat berpeluang dipanggil membela diri serta sangat berpeluang untuk menghuni `banglo' ...mungkin di Sg Buloh!

Bagi mereka yang totok kepada `perjuangan' anti establishment dan anti kerajaan BN, kali ini mereka terkinja-kinja mendengar soalan dan jawapan pendakwa dan saksi pendakwa kerana kononnya `keadilan mutlak' hampir dicapai. Gembira tahap gaban sungguh mereka....! Berbeza sekiranya `pemimpin' kesayangan mereka diheret ke mahkamah. Ketika itu institusi kehakiman dilihat tidak adil dan `kotor'. Dituduh kes meliwat dubur orang lain pun mengharapkan penangguhan demi penangguhan...biarlah kes berlarutan bertahun-tahun...kalau cepat dibicarakan seperti kes Khir Toyo, nanti dikatakan konspirasi...Kepala otak mereka ini memang benar-benar malaun...satu sen pun tak boleh pakai!

Kalau kalian meneliti, membaca dan mendengar soal jawab peguam bela dan saksi pendakwa, pasti skrip nya adalah berbeza. Mereka yang totok kepada anti kerajaan BN...mana mahu dan mana mungkin menerima atau mempercayai soal jawab di peringkat ini. Soal jawab ini adalah konspirasi...!!! Khir Toyo sudah bersalah sebelum didapati bersalah oleh Mahkamah...Ini baru keadilan namanya!

Jika Tuan Hakim memutuskan kes rasuah Khir Toyo tiada prima facie...hmmmm! tidak menghairankan jika ada yang `volunteer' untuk melakukan aksi `ekstrem' seperti berbaring di atas jalanraya (biasa orang PAS yang sanggup) dan berdemo jalanan (biasa PKR dan PAS yang suka cara ni...)! Puak DAP, suka menonton dan menyaksikan kuda-kuda tunggangan mereka `beraksi' (yang bodoh yang `beraksi', yang menyaksikan suka senyum selepas memperkuda dan memperbodoh mereka yang suka `beraksi')....Ini adalah konspirasi..!!!

Malang sungguh nasib Khir Toyo...Rumah Anwar Berahi(m) bersama Jijah Omega (Wan Ajijah) di Segambut yang dikatakan bernilai lebih RM7 Juta tidak dipertikaikan. Pengikut totok PAS/PKR/DAP & Nuar Berahi mungkin berkata `rumah Anwar hasil duit halal dan disahkan oleh JAKIM...hahaha...' Kalau Nik Ajis tak komen apa-apa bermakna halal ler tu...' Sebab Anwar bersih dan halal semasa makan gaji sebagai Menteri dan Timb PM di bawah kerajaan BN dulu maka kalau Anwar ada harta benda bernilai ratusan juta pun bukanlah masalah. Dulu Mat Sabun kata AlJuburi kentut busuk, sekarang AlJuburi dah BERSIH dari kentut busuk...maka AlJuburi digugurkan! Tapi nama glamer Mat Sabun...menten! Itu trade mark beb...

Alahai malang Khir Toyo...

No comments: