Thursday, June 16, 2011

Kartun Lawak Hina Islam: Antara Zunar dan Miko!


17 Jun 2011, Jumaat

Hmmm...semasa membaca kartun oleh Miko di Utusan Malaysia, saya tersenyum. Bukan kerana menghina agama kesayangan saya dunia akhirat yakni agama Islam tetapi kerana membayangkan bagaimana individu tertentu yang gemar mempergunakan malah memperkudakan agama suci Islam hanya untuk kepentingan politik mereka. Mereka mengatakan mereka `pakar' dalam pelbagai bidang agama, namun mereka juga sebenarnya banyak `menyalahgunakan' kepakaran mereka untuk kepentingan politik. Sedihnya, mereka rela membiarkan  umat Islam itu berpecah belah... (mereka pastinya tidak menerima hakikat ini! dan akan menafikan sehabis-habisnya). Seorang yang mereka sangat percayai bagaikan idola hidup mati mereka sehingga di gelar Tok Guru juga semakin terhakis cahaya kebenaran dalam dirinya. Malah ada yang seumpama menganggap `Tok Guru' ini bagaikan `wali' bilamana apa saja diungkapkan beliau seakan diterima sebagai `fatwa' yang benar. Sedangkan `Tok Guru' ini juga seorang ahli politik dan tidak dapat dielakkan mempergunakan ilmu agama yang ada untuk memperkukuhkan politik beliau...Maksum kah beliau?

Saya masih geleng kepala bila mereka `menekan' kartunis Miko. Perbuatan kartunis pujaan mereka seperti Zunar yang banyak melakukan onar tidak pula dianggap menghina agama Islam tetapi dianggap seni dan satira seorang kartunis `Islam' yang menyokong mereka! Semoga rakyat marhaen dapat membezakan antara agama dan politik....antara yang menggunakan Islam sebagai perkataan di dalam organisasi mereka tetapi mereka juga yang sering menimbulkan keraguan dalam perjuangan Islam mereka...Kamurang fikirlah sendiri...

Tulisan YB Dato Zul Nordin berkaitan kartun ini juga elok dibaca sebagai maklumat untuk mendapatkan kebenaran...BACA DISINI!

No comments: