Monday, March 21, 2011

Lelaki "Y" Terlampau!


21 Mac 2011, Isnin


HEBAT! Jika kita tidak mahu menggunakan perkataan Hangat atau Panas! Kehangatan PRU DUN Sarawak nampaknya hampir disejukkan dengan `kehebatan' kisah seorang pemimpin pembangkang yang terlampau (baca: Pakatan Rakyat) telah divideokan melakukan aksi seks `normal' dengan seseorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Dikatakan seks `normal' kerana biasanya yang `abnormal' adalah yang menggunakan `pintu' belakang. Paling sensasi dengan kes pintu belakang tidak lain tidak bukan adalah AnuWar Ibrahimm. Jika pelaku seks `normal' ini yang divideokan adalah Lelaki "Y" seperti dalam kes perbicaraan liwat II AnuWar Ibrahimm, maka Lelaki "Y" ini memang melampau dan terlampau. Bermakna Lelaki "Y" ini memang mata gergaji sorong tarik pun makan! Lelaki "Y" punya nafsu sangat terlampau ~ depan belakang dia sapu rata!

Dalam setahun dua ini, beberapa objek dan perkataan menjadi agak popular selain AnuWar Ibrahimm itu sendiri antaranya :- (pasword) = MOKHTAR, Levi's (seluar dalam), KY Jelly (alat pelincir), Tuala Good Morning, DNA (Dusta Nista AnuWar), Lelaki "Y" (lelaki misteri yang menabur sperma ke dubur Saiful) dan terkini OMEGA (jam tangan mahal ni beb...!) dani jangan lupa identiti Datuk "T" yang menjadi peledak misteri video seks terlampau pemimpin Pakatan Rakyat!

Nota: Chua Soi Lek dulu dengan selamba dan `jantan' mengaku lelaki dalam video adalah beliau. Kita tunggu siapakah lelaki pemilik jam tangan OMEGA yang terkantoi melempias nafsu? Mungkinkah lelaki OMEGA ini juga adalah Lelaki "Y"?...Rasanya KRU harus menimbang untuk memfilemkan misteri ini dan seantero dunia pasti teruja mahu menontonnya!

Tahniah! Inilah pemimpin Pakatan Rakyat yang kita mahukan...depan belakang semua sapu sama rata!

No comments: