Saturday, November 27, 2010

Soalan SPM Bocor?

Warisan Tamar
27 November 2010

[#AMARAN: Meniru adalah satu perbuatan yang ditegah! Sila baca arahan sebelum menjawab.]

SOALAN bocor??? Kementerian Pelajaran harus menyiasat perkara ini jika benar-benar berlaku! Sekali lagi maaf para sahabat dan rakan pembaca...Masalahnya soalan objektif ini telah `ditayangkan' kepada umum...saya rasa Anwar Ibrahim harus bertaubat...jangan asyik tahubuat saja! Apalah sedap sangat meliwat???

Soalan: Tahukah anda kenapa hanya 22% ahli turun mengundi?
Jawapan:
A: Korupsi Kuasa
B: Banyak Penipuan
C: Pemilihan Paling Kotor
D: Kesemua Diatas

Saya rasa calon-calon peperiksaan tidak akan mempunyai masalah untuk menjawab soalan diatas walaupun tidak dibocorkan kepada umum. Pandai-pandailah bawa diri...hahaha...jawapan dalam poket sendiri!

Selamat Menjawab!

#AMARAN: Meniru adalah satu perbuatan yang ditegah! Sila baca arahan sebelum menjawab.

Kau Pergi Jua!!! Anwar Pasti `Frust'...


[ Ciuman CUCUMATKILAU tidak menghairahkan Anwar! Atau lebih tepat CUCUMATKILAU bukanlah `taste' Anwar Ibrahim. Maaflah CUCUMATKILAU. Yang pasti dia tidak mungkin dibayar RM2 Juta oleh UMNO]

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Dahulu negara pernah digemparkan dengan tindakan ‘berani mati’ seorang ahli lelaki Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencium penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di khalayak ramai yang pada masa itu memakai penyokong leher.

 [Mohd Shukri Mohd Ramli a.k.a cucumatkilau]
Sejarah individu itu sebagai penyokong tegar Anwar yang juga seorang penulis blog dengan nama komersialnya, Cucu Mat Kilau (CMK) atau nama sebenarnya, Mohd. Shukri Mohd. Ramli,kini tinggal sejarah apabila akhirnya beliau memutuskan untuk meninggalkan parti itu.

CMK yang pernah bertanding mewakili PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, telah menghambakan dirinya lebih 11 tahun berjuang mempertahankan Anwar dan parti itu bersama-sama dengan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor.

CMK di dalam blognya, www.cucumatkilau.blogspot.com menegaskan bahawa tindakan keluar PKR bukanlah satu keputusan bijak, namun demi meneruskan perjuangan beliau rela membebaskan diri daripada parti itu.

“Akhirnya CMK tidak sanggup lagi untuk menipu diri sendiri. Selama ini apa saja yang berlaku kepada Anwar dan Keadilan pasti CMK akan pertahankan bermati-matian, sama seperti penyokong tegar PKR lain. 

“Namun, sejak akhir-akhir ini CMK merasakan bagai satu kesalahan besar jika CMK gagal menegur dan mengembalikan semula maruah parti yang kini mula tercalar gara-gara pemilihan 2010,” katanya.

Dakwa beliau, budaya jahiliah kini menyelinap masuk secara meluas ke dalam parti dan ia menyebabkan hala tuju perjuangan PKR tersasar, walau dinafikan namun itulah hakikatnya.

“Semuanya gara-gara beberapa kerat pemimpin yang sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa. Masing-masing mahu menjadi pemimpin parti untuk membuka laluan mudah dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

“Masing-masing kini bercita-cita serta berhasrat untuk menjadi ADUN dan Ahli Parlimen selepas melihat peluang PKR menawan Putrajaya pada PRU-13 ini semakin cerah. 

“Kerana cita-cita itulah, mereka yang terbabit sanggup melanggar ‘pantang’ selama ini. Amalan yang mereka benci ketika dalam UMNO dahulu kini menjadi mainan dek kerana jawatan dan kuasa,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan pimpinan tertinggi PKR, CMK berkata, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang sepatutnya bertindak secara bebas, adil dan profesional bagi mengadili pemilihan itu tidak lagi menjadi telus.

Katanya, ia sekadar menjadi robot untuk memuaskan nafsu pihak-pihak tertentu dan amat tidak wajar dijadikan alat yang secara jelas mencabuli amalan demokrasi yang kononnya mahu dipertahankan oleh PKR.

“Pemimpin yang rosak akhlaknya tidak layak untuk disanjung oleh rakyat apatah lagi mereka yang jelas cuba menipu dan mempermainkan parti sendiri. 

“Bukankah amalan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah parti yang memperjuangkan agenda perubahan buat rakyat,” katanya.

Dipetik dari Utusan Online

Sunday, November 21, 2010

BN: Logo Baru, Warna Baru ~ Muka Baru?

Warisan Tamar
21 November 2010


LOGO Dacing yang menjadi lambang dan panji-panji pasukan Barisan Nasional semakin menghampiri penamat riwayat hidup sejak `dilahirkan' pada 1 Jun 1974. Logo dan warna biru yang sinonim dengan Barisan Nasional akan `dimuziumkan'. Apakah logo dan warna pilihan 2010? Segar dan mekarkah logo dan warna baru Barisan Nasional itu kelak? 

Kata orang logo dan warna, hanyalah `penyeri' dan pelengkap wadah perjuangan sesebuah parti siasah. Pada saya, yang lebih penting untuk Barisan Nasional adalah transformasi dalam pengurusan dan pentadbirannya. Ia sedang dan berterusan dilaksanakan dibawah DS Najib. Samada ia diterima rakyat atau sebaliknya, sudah tentu PRU13 kelak adalah jawapannya!


Semoga dengan logo dan warna baru Barisan Nasional kelak, makin ramai juga muka baru ditonjolkan dan ditampilkan sebagai pemimpin Barisan Nasional. Ada baiknya mereka yang boleh dikategorikan sebagai `political animal' mahupun ` dinosaur politik'...diberi `peluang dan keizinan' untuk mengundur diri dan jika susah sangat ~ tendanglah dengan kekerasan! Jika itulah pilihan yang ada. Lebih baik mereka ditendang keluar atau Barisan Nasional yang akan disepak keluar!!!

# Akan datang kita bicara soal ~ kronisme dan nepotisme dalam politik Malaysia! Tungguuu...

Saturday, November 20, 2010

Blogger Dibayar RM2 Juta?


Warisan Tamar
20 November 2010


TAJUK tulisan ini bukanlah menggambarkan adanya blogger dibayar RM2 Juta...Maaflah kalau sahabat dan saudara pembaca `terperangkap'! Bukan itu tujuan sebenar...Tapi saya sekadar menarik perhatian bahawa jika petanda kehancuran PKR dan kejatuhan Anwar Ibrahim itu mempunyai petunjuk mahupun petanda maka...kisah ini pastinya antara beberapa petanda besar bahawa PKR akan berkubur dengan berbatu nisankan `patung' berwajah Anwar Ibrahim!

Saya berkongsi dengan apa yang telah ditulis dan disiarkan oleh Malaysia Instinct ~ Satu Hala. Ia berkongsi bahawa betapa seseorang yang sangat taksub dan fanatik terhadap PKR dan Anwar Ibrahim namun akhirnya tunduk jua kepada hakikat atau realiti bahawa `cabut lari' dari PKR dan Anwar Ibrahim adalah jauh lebih baik dari bertahan mahupun terus mendokong perjuangan PKR dan Anwar yang penuh kepalsuan. Blogger cucumatkilau yang diketahui terutamanya dikalangan blogger berkaitan politik adalah seseorang yang tersangat fanatik dan `kebal' dengan perjuangan PKR malah pernah mencium dengan ghairah Anwar Ibrahim! Telah bertindak nekad ~ blah dari PKR dan Anwar Ibrahim!!!

Andai ditanya apakah tanda-tandanya PKR itu akan karam? Antaranya para pengikut dan pemimpin fanatik semakin ramai `lari' meninggalkan PKR dan Anwar! Sebut saja nama Chandra Muzaffar, YB Ezam, YB Zahrain malah YB Zulkifli Nordin seorang peguam yang membela Anwar dan keluarga bertahun lamanya...kini tidak lagi berpaksikan perjuangan seorang yang pernah disahkan meliwat dan kini sedang dalam proses liwat II...

(Anda boleh menafsirkan apa saja jika melihat gambar ini! Anwar memang `seronok' jika ada pria-pria yang sanggup dan sudi mengucupi dan menciumnya apatah lagi jika sudi dil**** !!!)

Saya pasti, blogger cucumatkilau tidak menerima apa-apa imbuhan atau `dibeli' oleh UMNO atau yang berkaitan dengan UMNO/BN dengan nilai RM2 Juta! Andai beliau dibeli semahal itu, maka cucumatkilau memang hebat sangat...mungkin juga sebagai ganti nilai betapa `ghairahnya ciuman kasih sayang cucumatkilau terhadap Anwar demikianlah gelora hawa nafsu sang peliwat'...Namun, saya juga yakin tiada siapa yang sanggup membayar sedemikian mahal hanya untuk cucumatkilau lari meninggalkan Anwar kegersangan! Saya juga sanggup melabelkan betapa `bodohsssnya' manusia yang mahu membayar nilai RM2 Juta itu hanya kerana blogger itu pernah mencium Anwar Ibrahim dengan penuh perasaan!!!?

AIDC Terus Berbisa!


Warisan Tamar
20 November 2010


JIKA orang politik mahupun musuh Anwar Ibrahim dalam politik akan beranggapan bahawa memusuhi Anwar Ibrahim hanya kerana Anwar Ibrahim itu sendiri adalah beban dan liabiliti kepada ahli politik itu sendiri yakni Anwar Ibrahim sudah `menceroboh' suasana ketenangan politik seseorang, tetapi tidak bagi AIDC. Maksud saya, AIDC `menentang dan menelanjangi' Anwar Ibrahim kerana Anwar Ibrahim penipu dan berbohong banyak perkara kepada rakyat Malaysia dan sudah tentu kepada agama, bangsa dan negara.

Meskipun baru-baru ini, kelihatan AIDC bagaikan menghampiri `jalan mati', ternyata AIDC belum ketandusan semangat perjuangan. Sesiapa yang `mengenali' AIDC sudah pasti `menghormati' bagaimana perjuangan AIDC. Andai apabila tiba masanya politik Anwar Ibrahim dikapankan bersama-sama PKR, pihak yang mendapat laba khususnya UMNO dan BN harus `menghargai' sumbangan AIDC. Bagaimana AIDC perlu dihargai? Terpulanglah kepada mereka.....Lazimnya, tiada siapa pun akan mengingati apatah lagi mahu menghargai.


Friday, November 19, 2010

Selamat Pengantin Baru! Dr Badrol Amin!!!





Warisan Tamar
19 November 2010, Jumaat

TAHNIAH! memang benar-benar tahniah kepada manusia yang menggelar dan digelar Ustaz Badrul Amin. Beliau kelahiran pantai Timur Sabah. Pemimpin tegar reformasi Anwar Ibrahim yang sedang berhadapan kes liwat II. Kini merupakan pemimpin kanan PKR ~ sebuah parti yang semakin karam! 

Badrol Amin dikenali dengan zikir munajat beliau yang kata orang boleh membawa seseorang yang mendengar atau menyertainya `cair' atau mencurahkan airmata. Beliau pernah bertanding pada PRU di Sabah namun tewas kesemua percubaan beliau. Kemudian bertanding lagi di bumi Semenanjung. Tewas lagi....bak kata orang hidung kemek, pipi tersorong-sorong! Kerana `kesetiaan' beliau kepada perjuangan `suci & murni' Anwar Ibrahim, beliau `makan gaji' dengan kerajaan Negeri Selangor!

Tahniah! Dr Badrol Amin ~ memang benar telahan orang ramai ~ suara beliau bisa mencairkan hati orang apalagi yang bernama wanita.  Selamat Pengantin Baru ~ Badrol Amin & Harlina Zainuddin (Kuota No.2)!

# Al Ustaz Badrol Amin pun ada nafsu ~ dia juga manusia biasa, tidak maksum. Eloklah dia berkahwin lagi...jika mampu zahir batin, apa salahnya kuota dipenuhi sepenuhnya! Cayalah Ustaz...ayat memang power lah orang tua ni!

Tuesday, November 9, 2010

PKR Terus Karam


Warisan Tamar
10 November 2010

PKR umpama sebuah parti yang sedang karam dan bila-bila masa akan tenggelam umpama kapal Titanic. Ratusan atau ribuan tahun akan datang mungkin jika pun belum kiamat, manusia masa depan akan menemui tinggalan yang ada didasar laut. Manusia akan mengkaji apakah dia PKR? Malangnya, PKR tetap sama ~ tidak bernilai langsung kepada agama, bangsa dan negara apatah lagi dunia amnya! Manusia akan menyesali dan mengutuk kewujudan PKR dimuka bumi!

Saya petik soalan akhbar dan jawapan Zaid Ibrahim seperti dibawah;-

SOALAN: 
Datuk menyesal masuk PKR dengan segala penyelewengan, duit pun sudah habis banyak?

ZAID: 
Tidak. Kalau saya tak masuk, mana saya tahu semua ini?

Untuk membaca lebih lanjut DISINI!

Saya rasa Zaid sudah mempunyai harta dan wang yang banyak lalu kemana mahu dibelanjakan semuanya? Peluang dan kejayaan beliau hasil jerih payah kerajaan BN dan polisi DEB...hasil jualan bangunan UMNO di Kota Bahru dan sebagainya. Sebagai rakyat biasa, saya berbangga dengan Zaid Ibrahim pada asalnya khususnya dengan `kejayaan' firma ZICO beliau dulu. Tapi `kebangangan' beliau adalah menggunakan hasil kekayaan beliau ke jalan yang tidak betul. Saya akan terus berbangga dengan beliau jika harta kekayaan beliau `dilaburkan' untuk memajukan dan membantu agama, bangsa dan negara.

Dalam pada sedemikian ramai pemimpin kanan PKR termasuk mereka yang kelihatan begitu setia dan sangat sinonim dengan PKR dan Anwar Ibrahim  meninggalkan PKR seperti YB Ezam, YB Zul, YB Zahrain, barisan bekas pegawai2 Anwar sendiri dan ramai lagi ~ Zaid Ibrahim memilih untuk terjun dan bergelumang ke dalam parti yang busuk dan hancur. Sepandai-pandai Zaid, saya cuma menggelengkan kepala kerana dia juga banyak `bodohnya'! Nah!!! sekarang seperti jawapan Zaid `kalau dia tidak masuk ke dalam PKR, manalah dia tahu betapa busuk dan bernanahnya PKR'

Saya rasa Zaid akan cuba `bertahan' dengan prinsip beliau dan berharap PKR akan berubah! Zaid akan menyesal seumur hidupnya jika masih bergantung harap kepada PKR dan Pakatan Rakyat untuk melihat demokrasi sebenar. Sifir saya mudah! Jika Zaid mengatakan BN/UMNO itu buruk ~ Zaid tahu dan sedar bahawa PKR dan Pakatan Rakyat lebih teruk dan busuk. 

Kepada ahli dan penyokong PKR dan Pakatan Rakyat ~ jika masih mahu setia dan percaya serta sanggup bergelumang dengan kebusukan PKR dan Pakatan Rakyat, saya hormati pilihan anda! Anda memilih untuk karam bersama PKR dan Pakatan Rakyat ~ saya percaya samada secara terbuka atau senyap-senyap, anda akan menerima hakikat bahawa PKR dan Pakatan Rakyat hanyalah `cantik' diluar sahaja tetapi sangat busuk dan menjijikkan didalamnya! Lawan tetap lawan...Liwat tetap liwat!

Dont judge the book by its cover! 



HINDRAF Dimalukan dan Diliwat!!!???

Sunday, November 7, 2010

Selamatkan AIDC

Warisan Tamar
8 November 2010

AIDC merupakan sebuah blog yang secara total atau 99.99% mendedahkan wajah sebenar insan bernama Anwar Ibrahim. Bagi yang inginkan fakta dan banyak kisah `dalaman' yang sukar ditemui di mana-mana blog, media massa, media elektronik maka AIDC adalah jawapannya!

Saya mengikuti AIDC sebelum saya memulakan blog Warisan Tamar pada tahun 2008. AIDC secara tidak langsung juga telah memberi kekuatan dan semangat kepada saya. Dalam pada itu, ia juga menjadi `sumber' kepada saya terutama dalam mengenali dan mengetahui kerakusan manusia bernama Anwar Ibrahim!

AIDC sebenarnya telah begitu banyak menyumbang kepada rakyat Malaysia. Dengan `barisan' pasukan yang saya percaya sangat dedikasi dan tidak berkepentingan, saya yakin `perjuangan' mereka adalah seikhlas hati. Namun, kini AIDC diambang gelap...bukan kerana AIDC sudah tidak punya tempat di hati pembaca blog mahupun blogger tetapi kekangan kewangan sudah pasti telah menyukarkan pergerakan mereka dalam meneruskan misi perjuangan murni khususnya dalam membuka pekung pemimpin yang penuh dengan tipu daya ~ Anwar Ibrahim!

Kepada rakan pembaca, blogger malah mereka (individu/organisasi') yang mendapat `laba' dari perjuangan AIDC selama ini serta tidak lupa parti politik terutamanya Barisan Nasional, apa kiranya dapat menyumbang semampu dan sedaya yang boleh kepada kelangsungan perjuangan AIDC !!!


Thursday, November 4, 2010

Positif di Galas dan Batu Sapi! Tahniah

Warisan Tamar
05 November 2010

UMUM sudah mengetahui, Barisan Nasional (BN) merampas semula DUN Galas, Kelantan dan mempertahankan Parlimen Batu Sapi dengan bergaya. Meningkatkan jumlah majoriti sekaligus menafikan keghairahan dan nafsu songsang Pakatan Rakyat termasuk SAPP merupakan satu bonus kepada BN. 

Kepada UMNO dan BN, usahlah leka dengan kemenangan yang dikecapi. Jika momentum dikekalkan, rakyat didahulukan maka tidak syak lagi PRU13 akan mengesahkan kegemilangan BN. Ia juga menjadi amat penting agar rakyat marhaen `mengenali' kesumbangan dan kesombongan pihak pembangkang Pakatan Rakyat. 

Usah juga lupa peranan kecil jikapun tidak mahu mengakui peranan dan sumbangan besar para blogger pro BN/UMNO dalam menyemarakkan arus transformasi dan mendedahkan pekung di dalam dada Pakatan Rakyat terutamanya Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Lim Kit Sial!

Saya petik ucapan Datuk Seri Najib pada Perhimpunan UMNO 2010 baru-baru ini ~

`Alhamdullilah, walau apa pun jua rintangan, walau apa pun jua dugaan, pada setiap yang terus berusaha, tabah dan bertawakal kepada Allah Yang Maha Kuasa, kemenangan pasti tiba. Syukur, dalam setiap krisis UMNO telah telah berjaya bangkit kembali dan pulih dalam keadaan di mana segala faktor yang ada seolah-olah tidak langsung berpihak kepada kita' (Datuk Seri Najib, 2010)

Politic is the art of possible...

Wednesday, November 3, 2010

Galas Batu Sapi - Selamat Mengundi!





Warisan Tamar
03 November 2010

KEPUTUSAN ditangan para pengundi!
Selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Monday, November 1, 2010

Dr Asri Cari Nahas!

 
Warisan Tamar
 2 November 2010, Selasa

SAYA katakan Dr Asri cari nahas sebab `saranan' beliau agar Anwar Ibrahim `berambus' dari arus politik sekarang bakal menggamit dan mengajak reaksi negatif dan jika bernasib `baik' memperolehi pelbagai cemuhan dan nista serta tuduhan dari mereka yang memperjuangkan Anwar Ibrahim. Seperti kata Karpal Sink ~ Anwar Ibrahim harus bertaubat!

Entah berapa ramai lagi pihak samada yang pernah berjuang bermati-matian mahupun cendikiawan serta ilmuan yang berpandangan bahawa Anwar Ibrahim harus bertaubat dan disisihkan dari politik mahupun `kehidupan' rakyat di Malaysia amnya. Tapi masih ada yang `menyanjung' malah `mempertahankan' apa yang dikatakan `konspirasi liwat' terhadap Anwar Ibrahim. Sebenarnya bukan setakat aktiviti liwat yang menhancurkan Anwar tetapi Anwar sudah `melewati' (boleh baca: meliwati) kepentingan agama, bangsa dan negara dengan kerakusan politik beliau hanya untuk melepaskan tengkuk beliau! (Nota: tengkuk beliau pernah sakit akibat jatuh dari kuda ~ ada banyak spesis kuda! Saiful pun pernah menjadi kuda)


....`Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama. Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mengujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar.' (Oleh Dr Maza)

Baca selanjutnya di ~