Saturday, October 30, 2010

Tahniah: Kelantan Juara `Baru' Piala Malaysia 2010



Warisan Tamar
30 Oktober 2010, Sabtu


TAHNIAH kepada skuad Kelantan dan Syabas kepada pasukan Negeri Sembilan. Kemenangan 2-1 sudah cukup untuk mengubat kecewa Kelantan pada final 2009 juga kepada Negeri Sembilan dengan keputusan 1-3. Cuma, mentaliti dan disiplin penyokong Kelantan rasanya masih `ketinggalan' dari banyak aspek. Sampai bila kita harus `berbangga' dengan `kekasaran dan ketidaksopanan' sebagai penyokong sebegini? Mungkin juga selama mana Kelantan menanti kejayaan sulung dalam merangkul Piala Malaysia, selama itu juga lah menugkin harus kita menanti tahap `profesionalisme' penpnton dan penyokong bolasepak tanahair. 

Hasrat Tan Sri Annuar Musa untuk menterjemahkan `permainan cantik, penyokong terbaik' memang tidak tercapai. Apapun, tahniah sekali lagi kepada skuad Kelantan!!!

GOMO JANG GOMO....

PRK P185 Batu Sapi, Sandakan: SAPP Spoiler, Yong Taik Lee Also Penyamun!


# Yong Teck Lee, cuma seorang `political animal’ yang opportunist terhadap apa saja peluang yang ada. Ada byk persamaan `sifat politik haiwan’ YTL dengan Anwar. Antaranya opportunis, ketua yang dictator, rekod perkhidmatan lampau yang buruk dan lain-lain. Menggunakan ungkapan `Sabah for Sabahan', Borneosation, dan perkara 20 memang `tips' paling mudah untuk sesebuah parti politik untuk meningkatkan atau mengajak `semangat perubahan’ dikalangan rakyat Sabah dan perkara/isu berkenaan memang `boleh jual' di Sabah. Saya percaya kalau kena gaya dan kekecewaan melampau terhadap kerajaan sedia ada, isu-isu ini merupakan `bom atom’ yang mampu `menghancurkan’ kerajaan. 
Tetapi, Yong Teck Lee mahupun Anwar Ibrahim atau Parti Karam & Rosak (PKR) bukanlah individu atau organisasi sahsiah yang boleh dipercayai apatah lagi dijadikan sandaran untuk `menyelamatkan’ Sabah dan rakyat Sabah! Pilihan yang ada masih Barisan Nasional!!!
                                                                                                                              
MELIHAT ketrampilan Yong Teck Lee (YTL) yang sedang menawarkan diri sebagai calon Parlimen Batu Sapi,pengundi di kawasan ini seharusnya melihat lebih jauh tentang peranan, sikap, sifat serta betapa oportunisnya bekas Ketua Menteri Sabah ini seandainya mereka mahu memilih YTL sebagai wakil rakyat mereka. Rekod masa lampau YTL perlu dinilai sebaiknya oleh pengundi-pengundi dalam kawasan Parlimen ini.
YTL yang kononnya sedang berjuang atas konsep `Sabah for Sabahan’ dan mengembalikan kuasa autonami Sabah dilihat mempunyai agenda yang cukup licik dan memperalatkan pilihanraya kali ini untuk beliau terus merencanakan agenda peribadinya. Berputar belit segala fakta beliau dendangkan bagi meraih undi dan ada kalanya segala fakta ataupun cabaran yang beliau lemparkan seperti meludah ke langit kerana ada tindakan dan perbuatannya semasa menjadi Ketua Menteri dulu dilakukan oleh beliau dan ada yang tidak mampu dilakukan olehnya. Telunjuk lurus tapi kelingkingnya berkait.
Rakyat Sabah mungkin tidak pernah dan akan melupakan peranan yang beliau mainkan dalam kes rasuah dari tahun 1996 hingga 1998. Rakyat Sabah juga mungkin tidak lupa apa yang berlaku semasa YTL menjadi Ketua Menteri Sabah satu ketika dulu.
Pada 1996, YTL (ketika itu Ketua Menteri Sabah)  mengarahkan pembayaran RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri, Sapi Plantation milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).
Ini didedahkan oleh Pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd, Datuk Wasli Mohd Said, yang ketika itu merupakan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS). Beliau berjumpa YTL di pejabatnya untuk memberikan taklimat mengenai cadangan pengambilalihan pengurusan 40 peratus saham Sapi Plantation bernilai RM16.8 juta.
Pendedahan dibuat Wasli ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu 12 Februari 2004 untuk menghadapi 5 pertuduhan rasuah melibatkan RM1 juta dan pemberian saham 3.36 juta unit saham milik LKTNS.
Perjumpaan Wasli dan YTL kerap diadakan selepas itu, bukan sahaja di pejabat tetapi di luar pejabat. YTL turut menghubungi Wasli bagi memaklumkan kaedah pemberian wang. Wasli diminta bertemu dengan ejen YTL yang hanya dikenali melalui nombor plat pendaftaran kereta ejen terbabit.
Briskmark ditubuhkan untuk dijadikan wadah bagi dana politik YTL.
Menjelang PRU 1999, YTL menerima sejumlah wang lagi daripada Wasli. Wasli turut diarahkan memberi hadiah berupa wang tunai RM500,000 kepada lapan ahli lembaga pengarah Bismark, selain Yong, beliau membayar wang tunai RM500,000 kepada setiap daripada lapan anggota lembaga Briskmark sebagai derma kepada mereka. Mereka ialah Datuk Salleh Otik, Datuk Ismail Jook, Abdul Kader Pateh, Laimun Laikim, Michael Emban, Talib Aning, John Liaw dan Catherine Yong.
Ketika menjadi ketua Menteri Sabah, beliau ada kaitan dengan sebuah syarikat iaitu Warisan Harta Sabah (WHS) rugi RM114 juta, berikutan keputusan YTL (ketika itu Pengerusi WHS) mengarahkan ‘share swap’ pemilikan saham WHS  dalam MISC sebuah syarikat yang dianggap memiliki saham ‘blue chips’ dengan saham North Borneo Trading (NBT) dan Sugarbun Corporation Berhad, dimiliki dua usahawan dari Sarawak yang merupakan saham spekulatif.
Berikutan itu bukan sahaja Warisan Harta rugi dalam tahun kewangannya sebanyak RM114  juta kerana kejatuhan harga kedua-dua saham tetapi juga kehilangan dividen daripada MISC. YTL juga mengarahkan BOD Amanah Saham Sabah (SAS) membeli saham-saham NBT dan Sugarbun, sehingga SAS mengalami kerugian teruk dan sehingga hari ini nilainya merosot dengan teruk dan ramai pelabur rakyat tempatan Sabah mengalami kerugian.
Lebih 55 ribu pelabur Sabah, yang kebanyakannya terdiri daripada pesara dan yang berpendapatan rendah kehilangan pelaburan mereka (pada 1996) akibat kejatuhan saham SAS daripada RM1 seunit kepada 17 sen seunit ketika itu.
Selama tempoh dua tahun Yong menjadi KM Sabah, banyak dasar-dasarnya tidak popular termasuk memperkenalkan Forest Management Unit (FMU) yang mengasingkan 2 juta hektar kawasan balak negeri Sabah kepada kurang daripada 20 syarikat untuk tempuh 100 tahun. 
Semasa menjadi Ketua Menteri terlalu banyak  hak-hak rakyat dikatakan telah dinafikan oleh beliau dan antaranya adalah geran-geran tanah untuk kampung-kampung tradisional Melayu seperti kawasan Inanam, Gudon,Tebobon,Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri (untuk keuntungan peribadi). Tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra. Tiada peluang pekerjaan untuk anak-anak Bumiputra.
Hak rakyat lain yang dikatakan diambil oleh YTL ialah;-
I)             1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion dari Tenom hingga ke Kalabakan.
II)            Tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta.
III)          Tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta.
IV)          Tanah-tanah Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) bernilai lebih RM2 billion diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd.
V)           Wang saham rakyat dalam Koperasi Pembangunan Desa (KPD) bernilai RM60 juta diambil melalui Benta Holdings.
VI)          Duit rakyat di Perbendaharaan Negeri berjumlah RM36 juta setahun melalui Angkatan Hebat Sdn Bhd (kontrak sewa kereta kepada semua agensi kerajaan)
VII)         Merobohkan rumah-rumah kerajaan di Tanjung Aru untuk pembinaan resort oleh sebuah syarikat kroni tetapi sehingga kini tanah tersebut terbiar kerana tanah berkenaan tidak mempunyai geran.

YTL juga dipercayai mempunyai perwatakan pemimpin yang tidak boleh dipercayai malah disifatkan antara pemimpin yang mendokong sifat opurtinis dengan mengambil kesempatan atas hubungan baiknya dengan Datuk Joseph Pairin Kitingan hingga membolehkan beliau diberi kepercayaan memegang jawatan Timbalan Presiden PBS pada 30 September 1989. Pada 19 Julai 1990, YTL dilantik oleh Ketua Menteri (Pairin), sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri sehingga 19 Januari 1994.
Rentetan krisis dalaman PBS pada waktu itu mendorong YTL keluar PBS  bertindak pantas menubuhkan sebuah parti baru iaitu SAPP pada 19 Januari 1994 dengan membuka keahlian kepada semua kaum, sama seperti PBS.  YTL menjadikan 'hilang kepercayaan' sebagai alasan meninggalkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Kitingan, yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik Bahkan, YTL sendiri mengepalai kumpulan mengkhianati Pairin.
YTL dipercayai mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar Ibrahim dan banyak menerima dana melalui kapasiti Anwar sebagai Menteri Kewangan. Pada 18 Jun 2008, Teck Lee yang menjadi Presiden SAPP mengatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bersedia untuk menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Kemudian YTL umum SAPP keluar BN pada 17 September 2008.
Sebaliknya, pengumuman Yong itu bercanggah dengan pendiriannya sebelum PRU 2008 apabila beliau dilaporkan memuji dan menyatakan sokongan padu kepada kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah membuat kenyataan “'Saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya (YTL)” bagi mengulas tindakan YTL itu. Maksudnya, YTL merupakan satu-satunya Presiden parti komponen BN Sabah yang tidak tercalon dalam PRU 2008. YTL menuntut janji jawatan Senator, tetapi tidak dipenuhi Musa dan Tun Abdullah Badawi. DUN Sabah yang bersidang tidak mencadangkan nama YTL sebagai Senator tetapi Musa mencadangkan nama lain.
YTL dipercayai termakan janji habuan yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim berikutan “angan-angan 16 September”, iaitu pertukaran kerajaan berdasarkan kontroversi puluhan MP akan lompat parti. YTL juga mengakui pernah menemui Anwar sebanyak dua kali dalam tempoh itu, masing-masing di Hong Kong dan Kuala Lumpur. Tindakan SAPP keluar BN hanyalah strategi untuk meredakan kegagalan ’16 September’.
Bagaimanapun,  di pihak YTL, tindakan itu seperti ‘melangsaikan hutang’ dengan Anwar terutama hubungan Ketua Menteri - Menteri Kewangan dahulu. Dengan keputusan Yong Teck Lee mengeluarkan SAPP daripada BN, bermakna Yong Teck Lee tidak lagi berhutang dengan Anwar.
Pada 20 September 2008, Timbalan Presiden SAPP Datuk Raymond Tan, Exco Pemuda merangkap Ketua Pemuda Zon Sandakan Alex Lim Su Chung, dan Exco Wanita, yang juga Ketua Wanita Zon Sandakan Jane Ng Nyuk Jin, bersama 2000 ahli SAPP yang lain bertindak keluar parti itu kerana tidak bersetuju dengan keputusan YTL. Menurut Raymond, perkara itu tidak mendapat persetujuan SAPP, tetapi hanya diputuskan secara de facto oleh YTL dan penyokongnya di kalangan ahli Majlis Tertinggi SAPP.

Thursday, October 28, 2010

PRK P185 Batu Sapi, Sandakan: The Beauty of 20 Points Agreement for Sabah

Warisan Tamar
29 Oktober 2010, Jumaat

PERJANJIAN 20 Perkara merupakan perjanjian yang membawa banyak pengaruh dalam peranan Sabah dalam Malaysia. Saya percaya 20 Perkara ini penting untuk diperhalusi dan tidak diabaikan. Namun saya juga percaya bahawa membincangkannya secara terbuka dan melulu tanpa mengambilkira semangat dan kejayaan yang dicapai dalam Perjanjian tersebut juga adalah tidak wajar. Mempolitikkannya juga akan lebih merumitkan dan tidak dapat tidak mampu memecahbelahkan perpaduan. Pada saya, tindakan secara politik haruslah diambil sebagai satu langkah terakhir untuk mendesak dan memastikan pematuhan Perjanjian tersebut. Saya tidak fikir SAPP melalui Yong Teck Lee jujur dalam memperjuangkan perkara ini. Beliau juga merupakan seorang `political animal' di Sabah dan walaupun ada yang mengagumi beliau kerana berani menimbulkan isu sensitif seperti Sabah for Sabahan, Perkara 20 dan sebagainya. 


THE 20 POINTS

Point 1: Religion

While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo

Point 2: Language

  • a. Malay should be the national language of the Federation
  • b. English should continue to be used for a period of 10 years after Malaysia Day
  • c. English should be an official language of North Borneo for all purposes, State or Federal, without limitation of time.

Point 3: Constitution

Whilst accepting that the present Constitution of the Federation of Malaya should form the basis of the Constitution of Malaysia, the Constitution of Malaysia should be a completely new document drafted and agreed in the light of a free association of states and should not be a series of amendments to a Constitution drafted and agreed by different states in totally different circumstances. A new Constitution for North Borneo (Sabah) was of course essential.

Point 4: Head of Federation

The Head of State in North Borneo should not be eligible for election as Head of the Federation

Point 5: Name of Federation

“Malaysia” but not “Melayu Raya”

Point 6: Immigration

Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.

Point 7: Right of Secession

There should be no right to secede from the Federation.

Point 8: Borneanisation

Borneanisation of the public service should proceed as quickly as possible.

Point 9: British Officers

Every effort should be made to encourage British Officers to remain in the public service until their places can be taken by suitably qualified people from North Borneo.

Point 10: Citizenship

The recommendation in paragraph 148(k) of the Report of the Cobbold Commission should govern the citizenship rights in the Federation of North Borneo subject to the following amendments:
  • a) sub-paragraph (i) should not contain the proviso as to five years residence
  • b) in order to tie up with our law, sub-paragraph (ii)(a) should read “7 out of 10 years” instead of “8 out of 10 years”
  • c) sub-paragraph (iii) should not contain any restriction tied to the citizenship of parents – a person born in North Borneo after Malaysia must be federal citizen.

Point 11: Tariffs and Finance

North Borneo should retain control of its own finance, development and tarif, and should have the right to work up its own taxation and to raise loans on its own credit.

Point 12: Special position of indigenous races

In principle the indigenous races of North Borneo should enjoy special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the present Malaya formula in this regard is not necessarily applicable in North Borneo.

Point 13: State Government

  • a) the Chief Minister should be elected by unofficial members of Legislative Council
  • b) There should be a proper Ministerial system in North Borneo.

Point 14: Transitional period

This should be seven years and during such period legislative power must be left with the State of North Borneo by the Constitution and not be merely delegated to the State Government by the Federal Government.

Point 15: Education

The existing educational system of North Borneo should be maintained and for this reason it should be under state control.

Point 16: Constitutional safeguards

The power of amending the Constitution of the State of North Borneo should belong exclusively to the people in the state. 

(Note: The United Party, The Democratic Party and the Pasok Momogun Party considered that a three-fourth majority would be required in order to effect any amendment to the Federal and State Constitutions whereas the UNKO and USNO considered a two-thirds majority would be sufficient.)

Point 17: Representation in Federal Parliament

This should take account not only of the population of North Borneo but also of its size and potentialities and in any case should not be less than that of Singapore.

Point 18: Name of Head of State

Yang di-Pertua Negara.

Point 19: Name of State

Sabah.

Point 20: Land, Forests, Local Government, etc.

The provisions in the Constitution of the Federation in respect of the powers of the National Land Council should not apply in North Borneo. Likewise, the National Council for Local Government should not apply in North Borneo.


Wednesday, October 27, 2010

PRK P185 Batu Sapi, Sandakan: PKR Teruskan Budaya Gaduh


Warisan Tamar
28 Oktober 2010, Khamis


SEPERTI yang kita semua ketahui, bukanlah PKR namanya jika tiada pergaduhan di sana sini! Ada gaduh baru sah PKR namanya. Budaya gusti ala WWF/WWE dalam PKR seperti biasa ditonton orang ramai di kedai-kedai kopi di sekitar bandar Sandakan lazimnya kedengaran di Semenanjung. Kini, masyarakat Sandakan mungkin akan berpeluang menyaksikan `kehebatan' PKR dalam mempertontonkan aksi-aksi stunt seperti baling kerusi, pecah sana sini dan sebagainya. 

Umum tahu bagaimana `hardcore' Thamrin bertembung dengan `hardcore' Ansari di Lapangan Terbang Sandakan. Kata orang, itu baru permulaan sebelum beberapa siri `gusti' yang lebih kamikaze! Jika ingin menyertai PKR pastikan tuan/puan sudah mempersiapkan diri tuan/puan dengan ilmu kekebalan, kerana kalau kurang ilmu mempertahankan diri alamat tuan/puan akan menjadi mangsa belasahan. Bayangkan PKR ini memerintah negara! Mereka telah diberi peluang oleh rakyat di Selangor untuk memerintah. Namun hakikatnya, lihatlah bagaimana budaya gusti dan samseng terus diterapkan samada dalam soal pengurusan parti mahupun pentadbiran negeri.




Jika pengundi di Batu Sapi masih juga mempercayai `angan-angan Putrajaya' PKR ~ apakan daya! Meskipun saya amat yakin orang Sabah mempunyai `vote power' yang luar biasa, tapi bukanlah PKR yang layak untuk menjadi galang ganti kepada parti pemerintah. Bayangkan saja, jika BN itu lemah dan buruk ~ PKR dan Pakatan Rakyat itu lebih buruk dan lembab selembab lembabnya! Pilihan ditangan pengundi!




Simpati atas nasib calon PKR Ansari bersama tim kempen beliau yang `terpaksa' basah kuyup terjun ke dalam laut. Saya tidak hairan jika pemimpin PKR akan menyalahkan UMNO dan BN sebab itu sudah perkara biasa. Walhal kisah orang lain dapat sedap meliwat pun disalahkan orang lain inikan pula kisah terjun dalam laut! Apa pula komen `hard core' Thamrin? Dukunglah dan sokonglah calon PKR kalian kesayangan Anwar Azmin! Pesan kepada Sdr Thamrin ~ anda masih belum cukup kuat ampu dan bodek. Anda juga tidak `jambu'...hehehe! Jika anda ada semua itu, tidak mungkin Ansari terpaksa `diimport' dari Tuaran walaupun sudah bertanding sekian banyak pilihanraya tapi tidak pernah menangpun.

Akhir kalam, untuk renungan pengundi Batu Sapi ~ jika Ansari ditolak oleh pengundi Tuaran apakah pengundi Batu Sapi bersedia menerima calon yang ditolak oleh pengundi dan rakyat ditempat Ansari sendiri? Jangan jadikan anda pengundi Batu Sapi menjadi bahan sindirin sinis pengundi dan rakyat Sabah khususnya di Tuaran. Mengundi Ansari bererti bersetuju dengan aktiviti terlarang liwat meliwat, mengundi Ansari juga bermakna Batu Sapi sudi menerima calon `reject' di kampung halamannya sendiri! Fikir-fikirkan...

 #Mungkin pengundi Batu Sapi boleh menafsirkan `logo baru' PKR ini? Usah perjudikan masa depan bersama PKR...

Tuesday, October 26, 2010

PRK P185 Batu Sapi, Sandakan: BN Steady, PKR Kalut & SAPP Spoiler !

Warisan Tamar
26 Oktober 2010, Selasa

SAH sudah pertandingan 3 penjuru antara Datin Linda Tsen (BN), Datuk Yong Teck Lee (SAPP) dan Ansari Abdullah (PKR) di PRK P185 Batu Sapi. Impian Pakatan Rakyat untuk menampilkan calon solo untuk menafikan kemenangan BN tidak kesampaian. Maka, bersuaralah Wan Azizah, Presiden (Boneka) PKR lalu `menghentam dan menyalahkan' Datuk Yong dan SAPP kerana `kacau daun.' Marah sangat Wan Azizah dengan `kedegilan' SAPP untuk melutut kepada PKR. Wan Azizah mungkin beranggapan SAPP akan tunduk sebagaimana ahli-ahli PKR yang tunduk dan akur dengan ahli-ahli keluarga Wan Azizah dalam apa jua urusan PKR. PKR bukankah milik keluarga?...Anwar Ibrahim Sdn Bhd!

PKR memang amat perasan berpeluang untuk memenangi dan menewaskan BN. Kalau  bertanya apakah alasan kekalahan PKR kelak,  PKR sudah pasti  akan menjadikan SAPP kambing hitam...Soal mereka akan menghentam dan memfitnah BN...itu sudah perkara biasa! Mungkin PKR menganggap Datuk Yong boleh `dikawtim'...Malangnya, Datuk Yong pun sama rakus dengan PKR! 

Nampak sangat PKR kelihatan `kalut' dalam bermimpi untuk memenangi PRK ini. Inilah namanya tidur sebantal, mimpi lain-lain! Harap Datuk Yong tidak membalas ayat-ayat cinta Wan Azizah dengan menyebut perkataan liwat atau yang sewaktu dengannya!  Itu sensitif dan bakal menaikkan nafsu amarah suami Wan Azizah. Elakkan juga makan karipap terutamanya di hadapan Wan Azizah!...Are you OK Mr Yong? Just my 2 cents advise!

Bandar Sandakan lazimnya tidak mengalami masalah trafik dan agak tenang, mula menerima `lautan' manusia dari serata negara. Sudah pasti ia akan menjanjikan limpahan peluang dan keuntungan ekonomi yakni dari sekecil hinggalah sebesar perniagaan! Cuma diharap usahlah rakus dan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Selepas 4 November kelak, sudah pasti masyarakat Sandakan merindui suasana `hiruk pikuk' PRK ini. Anggaplah, PRK ini satu pesta yang menggembirakan!!! Walaupun ada yang geleng kepala...kerana merasakan `keamanan' hidup selama ini `dirampas' untuk tempoh singkat. Bersabarlah!!!

Sunday, October 24, 2010

PKR: Sah Menyertai World Wrestling Federation (Smackdown)

 


JIKA pengundi di Batu Sapi inginkan jagoan gusti dalam PKR terus beraksi dan berbangga dengan `demokrasi' dalam PKR, maka pilihlah Ansari Abdullah sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi. Untuk makluman, rakaman video diatas bukanlah rancangan gusti kesukaan ramai seperti biasa ditonton di kedai-kedai mamak di bandar Sandakan tetapi adalah salah satu daripada `aktiviti' yang sinonim dengan proses perjalanan `demokrasi' dalam mana-mana mesyuarat PKR! Bayangkan jika parti ini menguasai pentadbiran Putrajaya, dalam tempoh singkat lebih banyak harta awam akan dimusnahkan oleh penggusti-pengusti dalam PKR.

Meng-Galas Batu Sapi



Warisan Tamar
25 Oktober 2010, Isnin


CALON Barisan Nasional untuk Pilihanraya Kecil (PRK) sudah pun diumumkan iaitu Abd Aziz Yusof di Galas dan Datin Linda Tsen di Batu Sapi. Maka, `berpestalah' Galas dan Batu Sapi dengan kehadiran ramai ke Gua Musang dan Sandakan. Nikmatnya tentu sekali turut dirasai oleh golongan peniaga mahupun pengusaha tempat penginapan. 

Secata umumnya, keputusan di kedua-dua PRK tidak akan sama sekali mengubah kedudukan kerajaan PAS di Kelantan mahupun BN di Persekutuan. Namun, ia menarik dilihat memandangkan ramai pihak mula merasa kehangatan PRU13. Pelbagai tanda-tanda sudah pun dikiaskan oleh Perdana Menteri meskipun tarikh sebenar PRU13 masih ada lebih 2 tahun lagi dan ia ada didalam benak fikiran Perdana Menteri. Justeru, tidak syak lagi kemenangan di PRK ini amat diperlukan oleh kedua-dua pihak untuk dijadikan tonik sebelum berhadapan PRU13 kelak.

Setakat ini, lawan bagi calon BN di Galas adalah Dr Zulkifli dari PAS. Manakala di Batu Sapi, Yong Teck Lee (SAPP) dan Ansari Abdullah (PKR) sudah diumumkan akan bertanding. Semua pihak berkeyakinan untuk menang. Calon BN adalah calon-calon yang masih `fresh' sedangkan calon-calon lawan adalah calon yang sudah melalui proses `recycle' dan sudah `mangli' dengan suasana pilihanraya. 

Hanya Yong Teck Lee sahaja yang pernah merasai `nikmat' menjadi Yang Berhormat malah menduduki tampuk kerusi Ketua Menteri Sabah (kuota kaum Cina semasa penggiliran Ketua Menteri). Pada saya, apabila meletakkan calon `import' disesuatu kawasan menunjukkan betapa `kepupusan' pemimpin sesebuah parti dikawasan yang ditandingi. Mungkin benar mereka `mengamalkan' apa yang dikatakan `winable candidate' yakni meletakkan calon yang boleh menang. Tapi di Sabah, siapa yang tidak kenal Yong Teck Lee dan Ansari! Jika mereka boleh `dijual dan dipasarkan' diseluruh ceruk negeri Sabah, rasa saya mereka sudah lama menguasai pentas poltik negeri Sabah. Hakikatnya, saya yakin pengundi di Batu Sapi khususnya sedar apakah harapan dan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen boleh digalas oleh Yong Teck Lee atau Ansari? Mereka sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada keluarga `political animal' di Sabah...



Friday, October 22, 2010

Alahai KJ...


Warisan Tamar
23 Oktober 2010, Sabtu


HARI ini hari akhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ke 61. Ucapan dasar Presiden UMNO nampaknya begitu berkesan kepada ramai pihak hinggakan saya lihat Chua Soi Lek pun terkulat-kulat dan perut memulas-mulas dalam kedinginan Dewan Merdeka PWTC disebabkan terhangatkan ucapan DS Najib! Bravo Mr Presiden...

Apapun, insan `desperado' ketika PAU 2010, tidak lain tidak bukan adalah hak milik kekal (free hold!) YB Khairy Jamaluddin (KJ) Sang Ketua Pemuda parti UMNO yang sangat berminat dan mengasihi pemuda dan pemudi bukan UMNO...Maka, Sang Ketua KJ ini pun `mengumumkan' 10 senarai sikap dan sifat buruk yang dikatakan oleh beberapa rakan blogger seumpama menggambarkan sikap dan sifat Sang Ketua KJ itu sendiri...Maka jua, juak-juak Sang Ketua KJ pun berkokok disana dan disini mengatakan ucapan berapi-api dan penuh toleransi dari Sang Ketua kesayangan mereka. Sang Ketua kononnya sudah menjadi terlalu matang dan bijak berpolitik sejak menang jawatan Sang Ketua secara `shopping sakan'. Matang dan bijak sebab banyak menggunakan pemikiran kepala lutut!

Nun di diseberang laut...negeri di Bawah Bayu, berlaku `pergeseran' antara kelompok ketua-ketua Pemuda...Mereka nampaknya teruja dengan cara `merampas' kuasa Anwar Ibrahim dan cara parti Gerakan menghebohkan sindrom `undi tidak percaya'...Ketua-ketua ini, ada antaranya menang pun serupa stail Sang Ketua KJ...jadi tidak hairanlah spesies Sang Ketua benar-benar meresapi tubuh sanubari kelompok ketua-ketua pemuda yang cakap macam mereka hebat sangat!!! Apakah ceritanya? Sampai masa kita kongsi bersama! 

Maknanya, pemuda zaman KJ lebih bermasalah dan sememangnya bermasalah pun...kata orang dah menang jadi Sang Ketua pun dengan cara `shopping sakan';...kiri kanan atas bawah semua pun balun! Suka hati engkolah KJ!!! Teruskanlah usaha untuk `meminta-minta' menjadi Pak Menteri...Saya cadangkan jadi Duta Timor Leste bertaraf Menteri pun elok juga!

Sang Ketua KJ juga `dikritik' dan amat diragui `keupayaannya melalui tulisan Farah Deeba. Tapi juak-juak Sang Ketua KJ kata, KJ ini matang dan berwawasan dalam politik! Betullah tu, matang dan berwawasan dalam membalun segala harta benda...hahaha!!!

Ucap selamat untuk Sang Ketua KJ...KJ Boleh!!!!

KJ Boleh!!!

KJ Boleh!!!

KJ Boleh Blahhhhh...



`Welcome' Rooney! I'm Staying...

22 October 2010, Friday


# Nothing impossible...just make U-Turn if you think best!

Wayne Rooney has agreed a new five-year contract to stay at Manchester United until at least June 2015.
The agreement follows intensive discussions between the Club and the player’s representatives and means that by the end of his contract Wayne will have been a Manchester United player for 11 years.



Sir Alex Ferguson said: “It’s been a difficult week, but the intensity of the coverage is what we expect at Manchester United.  I said to the boy that the door is always open and I’m delighted Wayne has agreed to stay.

“Sometimes, when you’re in a club, it can be hard to realise just how big it is and it takes something like the events of the last few days to make you understand.  I think Wayne now understands what a great club Manchester United is.

“I’m pleased he has accepted the challenge to guide the younger players and establish himself as one of United’s great players. It shows character and belief in what we stand for.

“I’m sure everyone involved with the Club will now get behind Wayne and show him the support he needs to produce the performances we know he is capable of.”

Wayne Rooney said: “I’m delighted to sign another deal at United.  In the last couple of days, I’ve talked to the Manager and the owners and they’ve convinced me this is where I belong.  I said on Wednesday the Manager’s a genius and it’s his belief and support that have convinced me to stay.

Wednesday, October 20, 2010

GOODBYE WAYNE ROONEY!
















YB Khairy Jamaluddin : Duta Bertaraf Menteri???

Warisan Tamar
20/10/2010, Rabu

BACA sekali ingatkan GAP bagitau KJ jadi Menteri...Baca betul-betul, rupanya ada mamat Pemuda dari negeri yang bukan diperintah oleh Barisan Nasional iaitu Selangor Darul Ehsan ~ namanya Sdr Zainuri mendesak (ni macam kes desperate ni!) Sdr YB KJ menerima jawatan Menteri jika ditawarkan oleh Perdana Menteri.

Ni kalau Parpukari tahu ni, mahu meroyan member ni...hahaha! Apapun, Sdr Zainuri ni dah habis modal nak berbahas kut? 

Tafsiran negatif:
1)   Ini hujah membodek, mengampu dan yang sewaktu dengannya...
2) Kat Selangor khususnya, sudah tiada isu yang boleh diketengahkan oleh wakil pembahasnya walaupun negeri makmur ini diperintah (bahasa lain ~ dirampas) oleh Pakatan Rakyat.
3) Pembahas ini ~ dah  boleh agak dah...mesti baca skrip punya!!! hahaha...ada lah `mat-mat ghaib' tukang sedia teks...
4) Kpd Sdr Lokman Adam, kat Selangor dah tandus sangat pembahas ke? 
5) Kalau KJ, jadi Menteri...agak2 apa mamat ni nak dari KJ sebagai Menteri? Pegawai Khas? Setiausaha Sulit? Setiausaha Politik? Pemandu? Pengawal Keselamatan @ Bodyguard? Tukang reka teks ucapan?...Tukang bancuh kopi?...hahaha

Kpd Sdr Zainuri, KJ mesti `himpit' kamu lepas ni bro...hahahaha!!!!

# Lantik KJ jadi Duta bertaraf Menteri pun OK juga kut? Negara mana yang sesuai...???  Harap KJ jangan pulak menolak...kesian Zainuri bikin kecoh kat PWTC!

Tuesday, October 19, 2010

Perhimpunan Agung UMNO ke 61: Meniti Arus Transformasi

Warisan Tamar
19 Oktober 2010,Selasa


Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ke 61 sudah dibuka tirainya. Esok sayap-sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri akan mengadakan persidangan masing-masing sebelum kemuncak persidangan sekaligus tirai dilabuh pada 23 Oktober nanti.

Saya percaya bukan setakat ahli-ahli UMNO malah majoriti jika tidak semua sekali rakyat Malaysia juga tertumpu kepada perjalanan PAU ini. Dan sudah tentu juga PAU ini akan menggamit perhatian pihak pembangkang. Justeru, UMNO harus inklusif dan tidak bersifat eksklusif. UMNO dilaung-laungkan agar melakukan perubahan dan transformasi. Sejak keputusan PRU12 2008 yang kurang memberangsangkan, UMNO sebenarnya dihimpit, disiku malah dilabel sebagai sebuah parti `useless' dan parti orang-orang `arrogant'. 

Mungkin skrip sejarah dan realiti pada masa tersebut akan berbeza sama sekali jika keputusan PRU12 itu mengekalkan majoriti 2/3 kerajaan Barisan Nasional di Parlimen. Jelas bahawa kehilangan majoriti 2/3 itulah yang dijadikan kayu ukur dan diinterpretasikan sebagai petanda UMNO lemah dan semakin lemah. Akhirnya pelbagai pihak melaksanakan bermacam kajian, diskusi, andaian, hipotesis, forum, retreat dan sebagainya tentang apakah nasib UMNO pada PRU13 kelak?

Sebenarnya pada saya UMNO telah diheret dan `diajak' menjerumuskan diri ke dalam dilemma. Dilemma untuk membuktikan parti masih relevan, masih jitu dalam memperjuangkan untung nasib agama, bangsa dan negara. Demikian juga dilemma untuk mengekalkan kuasa dalam tampuk kerajaan. 

Menjelang Mac 2011 nanti, akan genaplah tiga tahun selepas PRU12. Bermakna sudah 60% tempoh wajib sesebuah kerajaan memegang tampuk sebelum PRU13 diadakan. Umum tahu bahawa kebiasaannya tempoh berkenaan tidak akan dipenuhi 100%. Jika tempoh tersebut mengambil kira bahawa kelaziman membubarkan kerajaan adalah selepas melalui 70%-80% tempoh pemerintahan maka UMNO dan BN harus sudah berada ditahap jauh bersedia untuk mengorak langkah transformasi yang lebih laju dan jauh. 

Mungkin juga perpaduan dalam BN malah perpaduan di dalam UMNO masih menjadi tanda tanya. Namun saya percaya, ia tidaklah seteruk apa yang sedang berlaku dikalangan parti pembangkang. Bukan mudah mewujudkan perpaduan dalam komposisi yang berbeza dari banyak aspek termasuk golongan sasar perjuangan masing-masing yang berbeza. Pada saya, transformasi harus dipacu sebaik mungkin dan semaksima yang mampu. Saya percaya gesaan untuk mewujudkan model politik baru perlu diperhalusi dan dilakukan sebaiknya.

Dalam pada itu juga, saya bersetuju sistem kuota dalam pengagihan kerusi pilihanraya juga harus ditransformasikan. Sudah muncul golongan menganggap mereka adalah `wira-wirawati' sedangkan mereka diangkat menjadi YB kerana kuota tersebut dan menang atas ihsan kuasa majoriti pihak lain. Yang menariknya `wira-wirawati' ini mempersoalkan kuota untuk golongan tertentu sedangkan mereka juga `hidup' dan selamat dari tsunami politik PRU12 kerana dasar kuota yang diperlekehkan oleh mereka sendiri.

Akhir kalam, saya bimbang terlalu banyak impian dan harapan transformasi dicanangkan akan menemui kesukaran dan kegagalan  apabila akar umbi menerima `mesej' yang salah. Dimana ia bukan lagi mesej transformasi yang dicanangkan tetapi bertukar menjadi  mesej `trans-for-basi'! Amat malang jika kita memiliki kerangka pemikiran yang hebat tapi akhirnya gagal direalisasikan. Mungkinkah wujud manusia berwatak si Kitol dalam UMNO? Atau gunting dalam lipatan? Atau api dalam sekam? Siapa pula `trojan horse' didalam pasukan? 

Selamat bersidang & Salam Transformasi....

Monday, October 18, 2010

Datuk Karim Ghani: Keluar Baris! Apa cerita Datuk Musa Aman?

 
Warisan Tamar
18 Oktober 2010, Isnin

# Datuk Karim Ghani ~ mengumumkan keluar dari parti UMNO. Pada saya selain dari perkara berkaitan dengan USNO (Baru) seperti saya terbitkan DISINI ~ tentunya ada `permasalahan' lain khususnya dalam UMNO Sabah itu sendiri. Sama-sama kita nantikan apa kisah disebaliknya sambil melayan percaturan dan kempen di Batu Sapi, Sandakan yang dikepalai oleh Datuk Musa Aman dan Datuk Joseph Pairin Kitingan!

KOTA KINABALU 18 Okt. - Seorang ahli politik veteran utama yang membawa UMNO masuk ke Sabah, Datuk Karim Ghani, mengumumkan beliau keluar dari parti itu hari ini.

Karim adalah antara bekas pemimpin USNO (United Sabah National Organization), termasuk Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan membawa UMNO masuk ke Sabah pada 1990-an. Usno dibubarkan untuk memberi laluan kepada UMNO. 

Karim berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya ke ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur dan pejabat negeri parti itu di sini, awal hari ini.

"Saya telah keluar dari UMNO berkuatkuasa serta merta hari ini. Saya tetap dengan keputusan ini dan dalam pada itu saya tidak berparti sehingga menemui parti politik yang sesuai,” katanya pada sidang akhbar di sini. 
 
 

Sunday, October 17, 2010

Belanjawan 2011: CUEPACS ~ Lebih Baik Belajar Bersyukur....

Warisan Tamar
18 Oktober 2010

BUKAN tidak bersetuju dengan tuntutan CUEPACS tetapi biarlah berpada-pada dan belajarlah bersyukur. Alasan penjawat awam akan menjadi lemah semangat untuk bekerja sebab tidak mendapat bonus, pada saya satu alasan yang sangat menjijikkan dan memalukan penjawat awam itu sendiri! Belajarlah erti bersyukur. Jika sebulan bonus bermakna kerajaan akan membelanjakan lebih RM3 Bilion untuk lebih 1.2 juta penjawat awam, lalu CUEPACS yang bijak pandai berkata bahawa kalau setengah bulan gaji CUMA RM1.5 BILLION sahaja!!! 

Saya bukan menentang `usul' kekecewaan CUEPACS kerana tiada bonus diumumkan dan akan diberi oleh kerajaan. Saya pun manusia biasa, sudah tentu menginginkan sesuatu yang lebih dari kebiasaan. Namun, seperti kata DS Najib kerajaan tidak mahu berlagak seperti Saudagar Mimpi! Pemberian bonus bukanlah sesuatu yang wajib. CUEPACS boleh meminta itu dan ini tetapi ia juga bergantung kepada kemampuan kewangan. Dalam sektor swasta juga kadangkala tiada bonus diberi atau kurang berbanding tahun sebelumnya.

Seorang penjawat awam berkata `undi penjawat awam kepada parti politik adalah bergantung kepada pemberian bonus kerajaan'. Terlalu dangkal dan murahan pemikiran seperti ini. Apakah dengan mengundi waima sebagai undi protes sekalipun, maka kerajaan baru kelak akan memberi bonus `tetap' kepada penjawat awam? Seharusnya penjawat awam bersyukur bahawa dalam keadaan ekonomi gawat sekalipun, tiada pembuangan kerja oleh `majikan' mereka sedangkan di sektor swasta yang menawarkan bonus yang lumayan ada yang terpaksa gulung tikar dan terpaksa membuang pekerja...Bersyukurlah kerajaan sudah memberi RM1000 seorang...berhemahlah untuk berbelanja! Jika diberi RM10,000 sekalipun jika tidak berbelanja secara berhemah, tetap tidak mencukupi jua akhirnya...tepuk dahi tanya sendiri!

Agak-agak lah CUEPACS woiiii.....

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membentangkan isu tiada bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam dalam Bajet 2011 pada mesyuarat khas kongres itu Selasa ini. 

Presidennya, Omar Osman berkata, pada mesyuarat itu beliau dijangka menerima maklum balas daripada semua peringkat ahli kongres di seluruh negara. 

Beliau berkata, menerusi maklum balas itu, pihaknya akan berbincang dan membuat analisis mengenai apakah kesan ke atas penjawat awam ekoran ketiadaan bonus tersebut.

"Kongres bimbang, kekecewaan itu akan menyebabkan penjawat awam tidak lagi komited dengan kerja mereka dan sekali gus boleh mengakibatkan ekonomi merudum semula,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau diminta mengulas penjelasan Perdana Menteri berhubung kerajaan tidak boleh memberi bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM3.1 bilion. 

Bagaimanapun, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin mengumumkan penjawat awam akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 bagi meringan beban dan menampung perbelanjaan persiapan sekolah untuk anak-anak. 

Omar berkata, pihaknya akur jika RM3.1 bilion untuk 1.2 juta kakitangan awam akan membebankan kerajaan, namun sekurang-kurangnya kerajaan wajar memberi setengah bulan gaji iaitu ia hanya melibatkan RM1.5 bilion sahaja. 

Beliau memberitahu, wang bantuan khas sebanyak RM500 yang diperuntukkan itu tidak mencukupi untuk kakitangan awam khususnya yang mempunyai lebih daripada seorang anak tetapi untuk pesara ia sudah memadai. 

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata, pengumuman tiada bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini tidak menepati hasrat penjawat awam. 

Menurut beliau, berdasarkan keadaan ekonomi negara pada tahun 2010 yang semakin pulih sepatutnya kerajaan mampu memberikan bonus kepada penjawat awam sebagai tanda penghargaan. 

''Sekurang-kurangnya sebahagian besar wang bonus itu dapat digunakan oleh penjawat awam pada akhir tahun untuk menyelesaikan pembiayaan anak-anak yang kini semakin membebankan. 

''Kita tidak memperlekehkan wang bantuan khas itu tetapi ia masih tidak mencukupi khususnya penjawat awam yang mempunyai anak lebih daripada dua orang,'' jelasnya.


Najib Bersama Rakyat Kerdil!

Warisan Tamar
18 Oktober 2010

KITA mempunyai impian dan harapan masing-masing. Bagi Mohammad Nur Aliff Omar, 10 impiannya dalam keadaan beliau yang menghidap penyakit  "Duchenne Muscular Dystrophy" sejak 3 tahun lepas hanyalah untuk bertemu dengan Perdana Menteri dan melawat Zoo Negara. Itulah impian dan harapan seorang rakyat kerdil yang agak mengusik hati. Mengusik hati kerana penyakit dihidapinya mempunyai peluang sangat tipis untuk pulih. Terima kasih kepada DS Najib kerana sentiasa membuka pintu `Seri Perdana' untuk rakyat kerdil walaupun cuma seketika....sekurang-kurangnya, adik Aliff boleh berbangga dan bergenbira kerana impiannya sudah tercapai, kiranya Allah lebih menyayanginya...tenanglah disisi Nya!


TANYA SAMA ITU HUD HUD



` Tanya Sama Itu Hud-hud '



Pada suatu hari bermasyhadatlah sekelian burung-burung di rimba membincangkan nasib dan keadaan mereka. Mereka merasa kecewa melihatkan kekacauan di masyarakat mergastua yang tidak mempunyai pemimpin. Walhal tiada suatu kaum pun yang di bawah langit yang teratur masyarakatnya kalau tidak mempunyai raja.


Maka dalam satu perhimpunan bersama rakyat, warga mergastua bermusyawarah tentang melantik ketua mereka. Akhirnya sekelian hadirin bersetuju memilih Sang Belatuk untuk menjadi imam mereka. Menurut sang-sang burung, Sang Belatuk dipilih kerana beliau mempunyai pengalaman yang paling luas di kalangan mereka. Ini kerana Sang Belatuk pernah berkhidmat dibawah kerajaan Nabi Sulaiman a.s. sebagai peninjau kerajaan Puteri Balqis; dan juga pernah bersama Nabi Nuh a.s. semasa ditugaskan untuk mencari daratan (kampong baru) selepas peristiwa banjir besar itu.


Pada mulanya Sang Belatuk agak keberatan untuk menerima perlantikan tersebut, maka bangunlah akan beliau lalu berucap; Aku telah mengalami pertukaran hari dan masa dan aku telah mengenal kebiasaan manusia. Aku telah berusaha sekuat tenaga untuk mencari kebenaran. Aku pernah berteman dengan Nabi Sulaiman a.s. Lembah yang rendah telah kuturuni, yang tinggi telah kudaki, yang hampir telah kudatangi dan yang jauh telah kukunjungi.


Dalam perjalanan sejauh itu, aku telah mengetahui bahawasanya kita pada hakikatnya ada mempunyai raja, tetapi aku tidak berupaya pergi sendirian mengunjungi baginda. Kalau sekiranya kita semua berkerjasama tolong-menolong, akan sampailah kita semua ke mahligai baginda. Nama raja kita ialah SIMURAQ. Tempat bersemayam baginda adalah di sebalik bukit bernama Qaf. Tempat itu dekat dengan kita tetapi kita yang jauh daripadanya.


Dia terlindung di dalam pagar larangan kebesarannya, dan dikelilingi oleh beratus-ratus dinding. Tiada sanggup untuk mulut menerangkan sifatnya

Pada mulanya Maharaja SIMURAQ itu terbang pada malam dinihari, dalam kegelapan lautan China. Akan jatuhlah sehelai bulu sayapnya maka tercenganglah dan gegap gempitalah seluruh isi alam melihatkan keindahan warna bulu itu. Tidakkah saudara-saudara mendengar suatu hadis; "Tuntutlah olehmu ilmu sekalipun ke negeri China". Kalau tidaklah menjelma sehelai bulu itu ke alam ini, tidaklah semua burung akan ada di dunia ini.



Mendengarkan akan panjang lebar isi kandung ucaptama oleh Sang Belatuk itu, maka semua burung pun terbitlah suatu perasaan rindu hendak menghadap Maharaja SIMURAQ.


Mesyuarat diteruskan dengan Sang Belatuk menerangkan secara panjang lebar betapa peri sulitnya dan bahayanya perjalanan menuju ke mahligai itu. Mendengar akan betapa sangat sulit dan banyak rintangannya XPDC itu, banyaklah di antara burung-burung itu merasa lemah semangat dan tidak sanggup untuk pergi.


Berkata Sang Kenari; "Aku adalah Imamul Asyikin, imamnya seluruh orang yang rindu dendam. Segala hati ingin mendengar nyanyianku. Maka bagaimanakah aku akan sanggup berpisah dengan kembang-kembang mekarku?".


Berkata Sang Kakaktua; "Ambillah ikhtibar daripada nasibku. Seluruh insan terpedaya oleh warna bulu SIMURAQ itu, lalu badan diriku telah mereka kurung. Maka penuhlah hidupku dengan kerinduan, rawan dan kesedihan hati. Pada hal terbang dibawah kipasan sayap SIMURAQ itu saja pun, aku tidak sanggup".


Berkata Sang Merak; "Dulu aku hidup bersama Nabi Adam a.s. di dalam syurga, tetapi akhirnya aku pun sama terusir dari sana. Keinginan aku ialah untuk pulang ke asal tempat diamku itu. Kerana itu tidaklah ada keinginan aku hendak mengembara mencari Maharaja SIMURAQ".


Berkata pula Sang Itik; Aku telah biasa hidup di dalam kesucian dan biasa berenang di dalam air. Tiada lain yang aku rindukan lagi. Aku tidak sanggup keluar dari dalam air dan tidak biasa hidup di tempat yang kering".


Berkata pula Sang Rajawali; Aku sudah biasa hidup di pergunungan. Di sanalah duduk-ku. Bagaimana aku akan sanggup meninggalkan sejauh itu".


Berkata pula Sang Jelatek; "Aku hanya seekor burung yang kecil dan lemah. Bagaimana akan sanggup makhluk sekecil aku mengembara sejauh itu?".


Akhir sekali berkata lah pula Sang Helang; "Saudara-saudara sudaah tahu bagaimana kedudukan aku disisi raja-raja. Makatidaklah sanggup aku meninggalkan tempat semulia itu".


Setelah mendengar segala luahan rasa mereka itu maka berkatalah pula Sang Belatuk; "Aku tidak akan lalai menyampaikan nasihat aku kepada saudara semua. Tujuan aku adalah suci. Apakah sebabnya saudaraku semua mencari dalih kerana kebiasaan hidup!? Dan saudara tinggalkan cita-cita yang suci murni kerana diikat kesenangan? Azam yang kuat dan hati yang teguh dan sabar akan memudahkan segala kesulitan dan mendekatkan segala yang jauh'.


Kemudian bertanyalah seekor dari burung-burung itu; "Dengan cara apakah dan jalan manakah akan kita sampai ke tempat yang jauh dan sulit itu? Dengan alat perkakas apakah kita akan sampai ke sana menghadap maharaja yang maha agong itu?".


Maka tercetuslah berbagai lagi pertanyaan.


Berkata Sang Belatuk; "Apakah ertinya segala pertanyaan ini? Apakah ertinya kelemahan semangat ini? Mengapa mundur melangkah untuk mengatasi kesulitan? Bersiap-siaplah dengan alat bekalan iaitu hikmah yang tinggi, azam yang kuat dan tabah hati.


Sesungguhnya kecintaan itu akan mengubah yang pahit menjadi manis, tanah menjadi emas, yang keruh menjadi jernih, yang sakit menjadi sembuh, penjara menjadi taman, kekasaran menjadi kasih sayang, kecintaanlah yang melunakkan besi, mencairkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan kepadanya...
(Jalaluddin Rumi)


Adapun perhubungan di antara segala burung dengan Maharaja SIMURAQ sudahlah nyata dan jelas seperti matahari di belakang awan, telah jatuh ke bumi beribu-ribu cahaya dari celah-celah awan itu. Kamu semuanya, wahai saudara-saudaraku adalah cahaya dari Maharaja SIMURAQ itu. Kamulah! Jika kerinduan itu benar-benar timbul dari hati yang tulus, akan mudahlah bagi orang-orang yang asyik melalui jalan bagaiman sulit sekalipun. Segala pagar akan dapat dilewati kerana ingin bertemu dengan kekasihnya".


Setelah mengemukakan beberapa perbandingan dan contoh dan juga kisah seorang alim bernama Syeikh Syanaan. Oleh kerana asyiknya, Syeikh Syanaan telah terkeluar dari agamanya, walaupun dinasihatkan oleh murid-muridnya tetapi tidak dipedulikan. Tetapi kemudiannya dia pun insaf dan bertaubat serta diberi keampunan oleh tuhan kerana punca kesesatan adalah kerana keasyikannya itu.


Bercerita panjanglah Sang Belatuk tentang hal itu. Sehingga timbul kembali perasaan kerinduan sekelian mergastua itu hendak berjumpa dengan Maharaja SIMURAQ.


Maka akhirnya putuslah permuafakatan untuk mereka semuanya meneruskan XPDC mencari Maharaja SIMURAQ. Satu kafilah mesti disusun dan seorang ketua mesti dipilih. Sang Belatuk menjadi pemimpin pilihan dan diletakkan di atas kepalanya mahkota kebesaran. Majulah Sang Belatuk ke hadapan dan terbanglah mereka beramai-ramai untuk menuju tujuan.


Lama penerbangan yang jauh itu, tiada juga kelihatan tanah yang dituju. Maka bertanyalah seekor burung; "Mengapa perjalanan ini menjadi sepi, semakin lengang dan menakutkan, wahai peminpin kami?".


Sang Belatuk, raja mergastua menjawab; Memang banyak manusia tidak berani melalui jalan ini kerana takut. Tidak kah saudara-saudara pernah mendengar kisah Syeikh Abu Yazid yang keluar ke tengah padang di malam hari, di waktu bulan di kala semua orang sedang nyenyak tidur? Maka tertariklah dia olah keindahan malam yang sunyi itu. Merasa hairanlah beliau, mengapa tiada orang yang berani merempuh jalan ini, sehingga sepi sahaja? Pada halnya, ianya sebegini indah?".


Kemudian terdengarlah beliau suatu suara; Maharaja tidak memberi izin kepada semua orang untuk melalui jalan ini. Kebesaran kami kadang-kadang membuat hanya sedikit orang yang mengharapkan kurnia kami dari pintu kami."


Expidisi itu disambung semula dan kemudian kelihatanlah suatu jalan tetapi tujuannya tidak kelihatan. Terasalah sakit akibat penderitaan yang tiada ubatnya. Di waktu itu berhembuslah angin 'kekayaan/kebesaran' dan merendahlah langit ke bumi. Kelihatanlah padang pasir Sahara yang tandus. Padang itu tidak sanggup menerima kedatangan 'Merah Langit', bagaimanakah akan sanggup menerima burung bumi?


Maka berkatalah seekor burung; "Wahai Sang Belatuk, raja kami, engkau telah membawa kami terbang tinggi dan sememangnya engkau telah biasa terbang jauh. Tetapi sekarang dan akhir ini, banyaklah yang terasa di hati kami. Berhentilah sebentar dan naik ke mimbar, berilah fatwa untuk menghilangkan beberapa keraguan yang telah timbul sepanjang perjalanan yang sulit ini."


Permintaan itu dipersetujui oleh Sang Belatuk dan mereka berhenti sebentar. Tetapi sebelum dia memberikan nasihat, Sang Kenari telah terlebih dahulu naik ke mimbar. Beliau menyanyi dengan merdunya. Mendengarkan suara merdu itu, hilanglah segala kepayahan dan keraguan tadi. Seluruh burung pun bernyanyi mengikutkan rentak nyanyian Sang Kenari.


Selepas itu, perjalanan mereka pun disambung semula lagi.


Di pertengahan perjalanan, bertanyalah seekor burung; "Wahai tuan Belatuk, imam kamil, aku hairan mengapakah tuan lebih utama daripada kami? Mengapa pula martabat kita berbeza-beza?"


Sang Belatuk pun menjawab; "Keutamaan aku ini adalah anugerah kurniaan daripada maharaja kita sendiri. Inilah kekuasaan besar anugerah baginda yang diberikan kerana limpah kurnia pandangan baginda semata-mata. Kelebihan ini tidak dicapai semata-mata kerana taat. Walhal Si Iblis laknatullah itu dahulunya pun seorang yang taat. Sungguhpun begitu, bukanlah aku memandang soal taat sebagai satu perkara yang kecil.


Tetapi janganlah itu yang dipandang penting dan jangan meminta upah. Kerjakanlah segala perintah dengan patuh dan jangan mengharapkan apa-apa balasan. Harapan kepada balasan itulah yang menjatuhkan harga kepatuhan. Itulah sebabnya maka Nabi Sulaiman as telah menjatuhkan pandangannya ke atas diriku."


Banyaklah lagi persoalan yang dibangkitkan. Kesemua soalan dijawap olah Sang Belatuk dengan bijaksana dan saksama. Soalan yang seterusnya begini bunyinya; " Apakah hadiah yang layak kita persembahkan kepada maharaja yang akan kita kunjungi itu?"


Sang Belatuk menjawab; "Di hadapan kita terbentang tujuh lurah. Tetapi lebar setiap lurah, tidak kita ketahui. Sebab belum ada orang yang kembali dari sana yang dapat mengkhabarkan berapa luasnya. Tujuh lurah itu ialah Lurah Keinginan (thalab), Lurah Kerinduan (Isyq), Lurah Makrifat, Lurah Kepuasan (Istighna), Lurah Tauhid, Lurah Kagum (Hairan), Lurah Fakir dan Lurah Fana.


Setiap lurah itu diterangkan oleh Sang Belatuk sifatnya dan segala macam isinya. Sampai semasa menerangkan lurah yang ketujuh iaitu Lurah Fana, dia berkata; "Wahai saudaraku semua. Inilah lurah yang dahsyat, kelu lidah kerana tidak dapat menerangkannya. Tuli telinga dan habislah daya. Ribuan bayangan hilang semuanya kerana cahaya matahari. Apabila ombak lautan telah bergelora, bagaimana lagi akan tinggal sebarang garis dipermukaan air? Tetapi sesiapa yang hilang dirinya di dalam lurah ini, sampailah dia ke dalam ketenteraman yang abadi."


Lalu dihikayatkan pula satu kisah;


"Pada suatu malam berkumpullah Sang Rama-Rama di dalam keadaan gelap gelita. Mereka berhimpun mengelilingi sebatang lilin yang sedang menyala. Masing-masing dari mereka ingin mendapat cahaya lilin itu. Maka dipilihlah seekor rama-rama supaya terbang menuju ke lilin yang terbakar terlebih dahulu untuk meninjau dan mengetahui sifatnya. Si rama-rama tadi pun terbang pulang dan mengkhabarkan kepada teman-temannya. Maka berkatalah seekor dari rama-rama yang lebih berpengalaman; "Kalau begitu engkau belum kenal lagi kepada lilin."


Lalu diutuskan pula seekor lagi untuk kerja meninjau itu. Rama-rama ke-2 itu pun pergi menghampiri lilin itu dan didekatinya sampai terasa olehnya panas api. Dia pun pulang mengkhabarkan penglihatan dan perasaannya. Sang Rama-rama yang lebih berpengalaman tadi pun berkata; "Yang engkau ceritakan itu tidaklah lebih dari apa yang diceritakan oleh temanmu tadi."


Maka terbanglah seekor lagi, rama-rama. Si rama-rama ke-3 ini pula terbang menari-nari di dalam kegembiraan dan kerinduan. Dia pergi ke lilin itu, dilihatnya, dihampirinya, lalu dihempaskan dirinya kepada lilin yang terbakar maka hangus terbakarlah seluruh badannya. Dalam keadaan terbakar itulah, dia pulang kepada teman-teman yang mengutuskannya itu. Ketika itu berkatalah Sang Rama-Rama yang tua tadi; "Hanya engkau saja yang tahu apa ertinya lilin."


Kerana tidaklah kita mengenal orang yang kita cintai itu melainkan dengan mengfanakan diri kepadanya.


Mendengar kisah Sang Belatuk itu, maka seluruh burung-burung pun merasa takut. Semuanya merasakan tidak mungkin akan sampai dalam perjalanan sejauh ini. Maka ada burung-burung yang mati dipertengahan perjalanan kerana rasa putus asa. Yang tinggal, meneruskan juga perjalanan dengan menempuh pelbagai rintangan dan merbahaya yang mengakibatkan banyak yang gugur mati. Mati kehausan di puncak bukit atau mati kerana kepayahan. Setengahnya pula, tercengang-cengang melihat ganjilnya jalan yang dilalui, lalu berhenti dan tidak sanggup meneruskan perjalanan lagi. Setelah bertemu olehnya apa yang merintang di hatinya, maka timbullah perasaan malas untuk meneruskan perjalanan. Pada mergastua yang lain pula, lain pula bentuk kesulitan dan halangannya.


Dari beribu-ribu banyaknya anggota kafilah itu, sebahagian besarnya telah binasa. Hanya tiga puluh ekor sahaja yang dapat meneruskan perjalanan tersebut (Tiga puluh dalam bahasa Parsi bermaksud - SIMURAQ)


Beribu yang pergi hanya tiga puluh ekor yang sampai. Sesudah menempuh berbagai gelora dan kesulitan, hampir-hampir binasa kerana sulitnya.




*Nota : Hud-hud juga adalah nama lain bagi Sang Belatuk


Apakah yang mereka dapat setelah sampai pada tempat yang dituju?


Mereka mendapati perkara-perkara yang tidak dapat diceritakan dengan mulut, penuh kehairanan dan termanggu akal fikiran melihatkannya.


Memancarlah kilat kebesaran, terbakarlah ratusan alam, beribu-ribu matahari dan bintang-bintang dalam sekelip mata.


Dalam keadaan setengah kebingungan, mereka berkata; “Wahai payahnya perjalanan kita ini. Di sinilah kita melihat ratusan falak hanya laksana butir-butir pasir kecil belaka. Apakah ertinya wujud kita dan apa ertinya Adam kita dihadapan Hadrat ini?”


Manusia itu ditimpa kehinaan di manapun mereka berada, kecuali yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.
(Surah Ali Imran ayat 112)

Dengan penuh perasaan kagum, mengeluh dan kepayahan, mereka menunggu. Tiba-tiba keluarlah Hajib, pengawal Istana Kebesaran itu lalu menegur; “Hai orang-orang yang penuh kebingungan. Dari mana asal-usul kamu? Apakah maksud datang ke mari? Siapa nama kamu? Dari siapa kamu mendengar tentang tempat ini, sehingga kamu tertarik untuk hadir ke mari? Siapakah yang menyatakan kepada kamu yang sejemput bulu kecil dan tulang serupa kamu ini sanggup terbang sejauh ini?”


Burung-burung itu berkata; “Kami datang ke mari kerana hendak menjunjung tinggi raja kami SIMURAQ. Lama sudah perjalanan kami ini. Dahulunya kafilah kami ini beribu-ribu banyaknya, tetapi yang sampai hanyalah tiga puluh sahaja dari kami. Kami datang dri tempat yang sangat jauh, dan berhadap agar diberi izin untuk menghadap hadrat kami dan sudi memandang kami”.


Hajib berkata; “Hai orang-orang yang bingung! Apakah keadaan kamu? Apakah ertinya Wujud kamu dan apakah erti Adam kamu di hadapan Hadrat Maharaja yang Mutlak dan Baqa? Ribuan alam ini tidaklah setimbal sehelai rambut di hadapan pintu ini. Pulang sahajalah akan kamu, dan kembalilah wahai orang-orang yang sengsara.”


Burung-burung terus merayu; “Walau apapun kehinaan yang kami perolehi di muka pintu ini adalah kemuliaan bagi kami. Kami akan tinggal di sini selama-lamanya, sampai kami hangus terbakar, laksana Sang Rama-rama di hadapan api tadi. Kami tidak akan berputus-asa dari Rahmat Maharaja.”


Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang sentiasa berusaha membaiki amalannya.
(Surah An Ankabut ayat 69)


Mendengarkan pertelingkahan di antara Sang-sang burung tadi dengan Hajib itu, maka tiba-tiba muncullah Hajibur Rahmat. Diperintahkannya mereka berdiri, lalu dibukakannyalah akan kelambu hijab penutup itu, satu demi satu, yang beratus-ratus banyaknya hingga tak terkata. Maka termancarlah sinar dan terbentanglah sifat Tajalli dan dipersilakan sang-sang burung itu duduk dekat Hadrat Rubuiyah.


Setiap seekor burung diberikan sepucuk surat. Bila mana mereka terbaca sahaja segala amal-amal yang telah mereka kerjakan. Maka pengsanlah kesemuanya kerana malu akibat wajah itu tidak tertentang. Maka terhapuslah segala yang tertulis itu dan lupa semuanya, sehingga burung-burung itu tidak ingat apa-apa lagi. Itulah Fana!


Maka memancarlah Matahari Kehampiran. Terbakarlah segala nyawa. Demi kelihatanlah oleh mereka akan SIMURAQ itu, kelihatanlah oleh mereka tiga puluh ekor burung (Simuraq), kelihatan SIMURAQ.


Apabila mereka melihat diri mereka sendiri dan melihat pula kepada SIMURAQ itu, kelihatanlah kedua-duanya satu adanya. Mereka hairan tercengang, lalu mereka bertanya; “Apakah rahsianya jadi begini?” Maka datanglah jawapan; “Hadrat ini adalah kaca. Siapa yang datang ke mari tidak lah melihat selain dirinya sendiri. Tuan datang tiga puluh (Simuraq), tentu yang akan tuan lihat ialah SIMURAQ (tiga puluh). Betapa penglihatan dapat melihat kami” Bagaimana mata langit dapat mengukur bintang Suria?


Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (pelita), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya (Timur) dan bukan sahaja semasa turunnya (Barat); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya, memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api;(sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda):cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah An-Nuur ayat 35)

 

Perkara ini bukanlah sebagaimana yang kami lihat dan sebagaimana yang kamu ketahui. Bukan jua sebagaimana yang kamu katakan atau yang kamu pernah dengar.


Tetapi kamu telah keluar dari dalam dirimu sendiri. Sekarang tahulah kamu bahawa tempat yang sebenarnya ialah di sini.”


Maka hilang lenyaplah mereka semuanya. Hilanglah sinaran segala cahaya kembali ke dalam matahari.


Demi berlalu ratus-ribuan tahun, iaitu kurun-kurun yang tidak diikat oleh perhitungan zaman dan tempat, kembalilah sang-sang burung itu kepada dirinya. Demi setelah mereka kembali kepada dirinya dari selain dirinya, maka kembalilah mereka ke dalam alam baqa sesudah fana.


Wahai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau redha dan diredhai (di sisi Tuhanmu)!
(Surah Al-Fajr ayat 27-28)


kisah dipetik dari
MASYHADAT MERGASTUA (Manthiq al-Thayr)
oleh Syeikh Fariduddin Attar