Warisan Tamar
8 November 2010
AIDC merupakan sebuah blog yang secara total atau 99.99% mendedahkan wajah sebenar insan bernama Anwar Ibrahim. Bagi yang inginkan fakta dan banyak kisah `dalaman' yang sukar ditemui di mana-mana blog, media massa, media elektronik maka AIDC adalah jawapannya!
Saya mengikuti AIDC sebelum saya memulakan blog Warisan Tamar pada tahun 2008. AIDC secara tidak langsung juga telah memberi kekuatan dan semangat kepada saya. Dalam pada itu, ia juga menjadi `sumber' kepada saya terutama dalam mengenali dan mengetahui kerakusan manusia bernama Anwar Ibrahim!
AIDC sebenarnya telah begitu banyak menyumbang kepada rakyat Malaysia. Dengan `barisan' pasukan yang saya percaya sangat dedikasi dan tidak berkepentingan, saya yakin `perjuangan' mereka adalah seikhlas hati. Namun, kini AIDC diambang gelap...bukan kerana AIDC sudah tidak punya tempat di hati pembaca blog mahupun blogger tetapi kekangan kewangan sudah pasti telah menyukarkan pergerakan mereka dalam meneruskan misi perjuangan murni khususnya dalam membuka pekung pemimpin yang penuh dengan tipu daya ~ Anwar Ibrahim!
Kepada rakan pembaca, blogger malah mereka (individu/organisasi') yang mendapat `laba' dari perjuangan AIDC selama ini serta tidak lupa parti politik terutamanya Barisan Nasional, apa kiranya dapat menyumbang semampu dan sedaya yang boleh kepada kelangsungan perjuangan AIDC !!!



2 ulasan:
MOGA KITA DAPAT SELAMATKAN AIDC DENGAN BERKAT KERJASAMA KAWAN2
AMIN
aminnn...
semoga AIDC dapat bangkit dan meneruskan perjuangan murni seadanya!
Terimakasih kepada penyumbang!
Post a Comment