Tuesday, November 9, 2010

PKR Terus Karam


Warisan Tamar
10 November 2010

PKR umpama sebuah parti yang sedang karam dan bila-bila masa akan tenggelam umpama kapal Titanic. Ratusan atau ribuan tahun akan datang mungkin jika pun belum kiamat, manusia masa depan akan menemui tinggalan yang ada didasar laut. Manusia akan mengkaji apakah dia PKR? Malangnya, PKR tetap sama ~ tidak bernilai langsung kepada agama, bangsa dan negara apatah lagi dunia amnya! Manusia akan menyesali dan mengutuk kewujudan PKR dimuka bumi!

Saya petik soalan akhbar dan jawapan Zaid Ibrahim seperti dibawah;-

SOALAN: 
Datuk menyesal masuk PKR dengan segala penyelewengan, duit pun sudah habis banyak?

ZAID: 
Tidak. Kalau saya tak masuk, mana saya tahu semua ini?

Untuk membaca lebih lanjut DISINI!

Saya rasa Zaid sudah mempunyai harta dan wang yang banyak lalu kemana mahu dibelanjakan semuanya? Peluang dan kejayaan beliau hasil jerih payah kerajaan BN dan polisi DEB...hasil jualan bangunan UMNO di Kota Bahru dan sebagainya. Sebagai rakyat biasa, saya berbangga dengan Zaid Ibrahim pada asalnya khususnya dengan `kejayaan' firma ZICO beliau dulu. Tapi `kebangangan' beliau adalah menggunakan hasil kekayaan beliau ke jalan yang tidak betul. Saya akan terus berbangga dengan beliau jika harta kekayaan beliau `dilaburkan' untuk memajukan dan membantu agama, bangsa dan negara.

Dalam pada sedemikian ramai pemimpin kanan PKR termasuk mereka yang kelihatan begitu setia dan sangat sinonim dengan PKR dan Anwar Ibrahim  meninggalkan PKR seperti YB Ezam, YB Zul, YB Zahrain, barisan bekas pegawai2 Anwar sendiri dan ramai lagi ~ Zaid Ibrahim memilih untuk terjun dan bergelumang ke dalam parti yang busuk dan hancur. Sepandai-pandai Zaid, saya cuma menggelengkan kepala kerana dia juga banyak `bodohnya'! Nah!!! sekarang seperti jawapan Zaid `kalau dia tidak masuk ke dalam PKR, manalah dia tahu betapa busuk dan bernanahnya PKR'

Saya rasa Zaid akan cuba `bertahan' dengan prinsip beliau dan berharap PKR akan berubah! Zaid akan menyesal seumur hidupnya jika masih bergantung harap kepada PKR dan Pakatan Rakyat untuk melihat demokrasi sebenar. Sifir saya mudah! Jika Zaid mengatakan BN/UMNO itu buruk ~ Zaid tahu dan sedar bahawa PKR dan Pakatan Rakyat lebih teruk dan busuk. 

Kepada ahli dan penyokong PKR dan Pakatan Rakyat ~ jika masih mahu setia dan percaya serta sanggup bergelumang dengan kebusukan PKR dan Pakatan Rakyat, saya hormati pilihan anda! Anda memilih untuk karam bersama PKR dan Pakatan Rakyat ~ saya percaya samada secara terbuka atau senyap-senyap, anda akan menerima hakikat bahawa PKR dan Pakatan Rakyat hanyalah `cantik' diluar sahaja tetapi sangat busuk dan menjijikkan didalamnya! Lawan tetap lawan...Liwat tetap liwat!

Dont judge the book by its cover! 



No comments: