Sunday, June 29, 2008

ANWAR BERAKSI LAGI!

Warisan Tamar
29 Jun 2008

Rasanya bukan DS Anwar seorang diri terkejut malah ramai lagi orang terutamanya penyokong beliau yang terkejut beruk dan tak percaya apabila Pembantu Khas beliau (Saiful Bukhari Azlan) membuat laporan polis - Dia di liwat / sodomised oleh DS Anwar pada 26 Jun 2008!!!

Ini bukan main-main tapi kenyataan. PM mengambil langkah selamba seperti kebiasaannya - malas nak fikir lebih-lebih! Pak Lah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Polis untuk melakukan siasatan. Manakala pihak Polis melalui Pengarah Siasatan Jenayah - Datuk Bakri Zinin menegaskan siasatan terperinci akan dilakukan bagi memberikan keadilan bukan setakat kepada DS Anwar tetapi juga kepada Pengadu a.k.a mangsa liwat!

Sementara itu, DS Anwar terus `menyorokkan diri' dengan alasan ada ancaman bunuh ke atas beliau dan terkini dipercayai berada di bangunan kedutaan Turki di ibunegara. Garu kepala pula saya dengan perkara ini!!! Main sorok-sorok pula dia... Dua sidang akhbar termasuk pada jam 2 pagi, tanpa kehadiran DS Anwar tapi `bala tentera' beliau termasuk isteri dan Presiden PKR hadir bagi mempertahankan DS Anwar. Kedua-dua sidang akhbar menafikan dakwaan liwat tersebut dan menegaskan ia adalah konspirasi dalam menyekat kebangkitan politik DS Anwar. Lagi-lagi konspirasi....

Pada saya, DS Anwar akan menghadapi kes liwat ini tanpa hulubalang reformasinya sepertimana 9/10 tahun yang lalu. Betul dia ada ribuan atau jutaan penyokong parti dan PR tapi mereka adalah ahli parti dan bukan `pejuang' tegar sepertimana pejuang reformasi yang mempertahankan setiap inci diri beliau. Dan itu 10 tahun yang lalu!!! 10 tahun kemudian ramai juga anak muda yang cerdik berfikir dan menerima logik dan fakta yang sebenar.

DS Anwar kononnya terlalu agung dan istimewa hinggakan musuhnya sanggup berkonspirasi menjatuhkannya dalam isu atau dongengan liwat. Kenapa tidak konspirator itu mencipta reka cerita DS Anwar adalah ejen Amerika dan diputuskan mengugat keselamatan negara lalu dihumban DS Anwar ke dalam kurungan ISA tanpa bicara. Konspirasi sepertimana berulang kali dilafazkan oleh DS Anwar dan penyokongnya, lebih terarah kepada menggunakan cerita liwat. Bukan mudah! Kenapa bila cerita liwat asyik-asyik kena kepala DS Anwar? Cuba kali ini konspirator yang didakwa itu menggunakan cerita lain seperti kes rogol ke, ada perempuan simpanan ke dan sebagainya asalkan bukan cerita liwat. Bukan apa - DS Anwar dah letih sangat nak jawab, jawapan standard `angkara konspirator terhadap diri beliau'.

WT- Anwar oh Anwar, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari...memang tak kena kata-kata ini tapi interpretasikan seperti ini ` ku sangkakan kau dah berubah@ bertaubat dan berjuang benar-benar kerana Allah s.w.t tapi rupanya kau buat lagi benda tu!'. 16 Sept 2008 patut ada PM baru katanya- alahai melepaslah lagi....

Selamat Mempertahankan Diri DS Anwar - Berani kerana benar, takut kerana salah, keluar dari persembunyianmu, para pejuang dan penyokongmu teruja melihat wajahmu dan bertanya benarkah Datuk Seri buat? Maka jawablah, ini semua konspirasi yang diatur untuk memusnahkan diri saya!!!

Kata seorang sahabat sekampus `dahulu aku simpati dan tak percaya tapi sekarang aku tak nak bagi simpati aku lagi'. Jawabku mudah - seseorang tidak bersalah selagi tidak didapati bersalah! Kami tersenyum sesama sendiri. Opps!!! bukan nak buat gitu-gitu tau. Tersenyum seakan mengerti apa maksudku!

1 comment:

silaun said...

Jangan bicara soal pjuangan klu takut dgn risiko...ini pigi btapuk d turkey embassy ni apa cerita? Press statement pun org lain yg baca, mcm bukan Bro. Anwar yg kukenali...apakah saifulbahri ni dipihak yg benar?
balik2 konspirasi...ugutan bunuh... rekaan...entahlah!